Video Seks Fitnah Diedar Dalam Kawalan Ketat Polis

BANDAR BARU SELAYANG 18 MEI : Bagaimana video seks fitnah dan risalah lucah boleh diedarkan dalam keadaan kawalan polis yang ketat ?

Itu persoalan yang dilontarkan Pakatan Rakyat Selayang apabila lebih 6000 keping video seks dan risalah lucah diedarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab semasa majlis solat hajat anjuran Pakatan Rakyat berlangsung di Stadium Selayang Ahad lalu.

“Program ini dikawal oleh pihak keselamatan, polis yang menjaga sejak dari petang hingga ke malam. Tapi macamana pihak yang tidak bertanggungjawab boleh menyeludup masuk dan mengedarkan video itu dalam keadaan kawalan polis yang ketat ?,” soal Yang Dipertua Pas Selayang, Zaidy Abdul Talib.

Majlis solat hajat yang dikepalai Imam Besar Syiria, Sheikh Dr Wahbah Suhaily pada mulanya berjalan lancar, namun dicemari dengan insiden mengedar video tersebut kira- kira jam 8 malam.

“Dalam masa yang sama kita melahirkan rasa cukup kecewa dan terkejut sangat dan kita tak menjangkakan sebenarnya Umno dan Barisan Nasional boleh bertindak sejahat ini iaitu mereka telah mengedarkan ribuan video-video lucah yang mereka dakwa dan fitnah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim beserta dengan gambar-gambar,” katanya kepada Tv Selangor di sini semalam,” katanya.

Solat hajat tersebut diadakan untuk menolak fitnah berterusan yang dilemparkan UMNO BN ke atas Pakatan Rakyat.

Umno yang mulakan fitnah dan disokong oleh menteri-menteri, perdana menteri dan sebagainya seluruh kepimpinan Umno menyokong.

Video seks fitnah yang didalangi oleh ‘Datuk T’ yang merangkumi bekas Ketua Menteri Melaka, Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan, Shazryl Eskay Abdullah dan bekas bendahari PERKASA, Shuib Lazim kini tersebar secara meluas di Youtube.

Tidak cukup dengan itu, video ini dicetak dalam bentuk VCD dan diposkan kepada pemimpin politik tertentu serta diedarkan di kawasan perumahan termasuk di masjid.

“Bila mana berlaku insiden ini penyebaran ini dan ingin mensabotajkan program kita ini bagi kami tidak lain dan tidak bukan secara adalah jelas tersuluh lagi nyatalah bahawa yang buat ini adalah orang yang bersama-sama Umno dan Barisan Nasional,” katanya.

Sehubungan itu, Pakatan Rakyat Selayang meminta agar polis segera menyiasat perkara itu dan mengekang gejala tidak sihat daripada menular dikalangan generasi muda yang menonton video itu.

“Laporan polis demi laporan poils telah dibuat jadi kita minta supaya pihak polis respons terhadap benda ini,” katanya.

TVS NEWS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>