Tawaran Latihan Usahawan, Bantuan Modal Untuk Pekerja Muslim Di Premis Tidak Halal

sgorflagLarangan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dalam menguatkuasakan Enakmen Jenayah Syariah Selangor yang menghalang umat Islam melibatkan diri dalam urusan penjualan arak merupakan satu langkah untuk membendung umat Islam daripada terjerumus kepada pekerjaan yang tidak halal.

Enakmen tersebut juga menggesa agar umat Islam supaya memilih pekerjaan yang memberikan rezeki yang lebih berkat.

Kerajaan negeri merasa simpati kepada umat Islam yang berkerja di premis-premis seperti kilang arak, kelab malam dan premis-premis yang melibatkan arak dalam sektor pekerjaan mereka.

Justeru, kerajaan negeri telah memperuntukan RM 10 juta untuk membantu mereka  untuk memilih pekerjaan alternatif yang lebih lumayan dan berkat .

Menerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Usahawan,wang tersebut akan digunakan untuk menawarkan mereka latihan keusahawanan dan bantuan modal bagi memulakan perniagaan. Antara sektor perniagaan yang ditawarkan bantuan modal adalah kecantikan, jahitan, masakan, membaiki telefon bimbit dan lain-lain.

Kepada mereka yang berminat boleh terus ke Tingkat 5, Bahagian Sektoral, Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN), Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. Mereka juga boleh menghubungi pegawai di Bahagian Sektoral di talian 03-5544 7115 atau 03-5544 7965.

Mohd Rezwan B Alias
Pegawai Dasar
Pejabat EXCO YB Dr Hj Yaakob Sapari

Source: Suara Keadilan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>