Posts Tagged ‘Youtube’

Video penganut Buddha sembahyang dalam surau

Posted on the August 13th, 2013 under Tempatan by

Surau-Tanjung-Sutera-Resort_Tanjung-SediliMalaysia kini ada pelbagai perkara pelik. Video bagaimana panganut Buddha menjalankan ritual agama mereka di Surau Tanjung Sutera Resort, Tanjung Sedili, Kota Tinggi Johor.

Video berkenaan telah dimuatnaik oleh sebtv atau pemilik saluran YouTube sebastianphiu semalam. Surau berkenaan dipercayai surau yang berada di dalam kawasan resort.

Video itu telah dimuatnaik di dalam blog sebastianphiu.blogspot.com ditulis oleh Sebastian Phiu Abdullah. Video yang berdurasi selama 1:25 saat kelihatan 13 orang penganut Buddha sedang menjalankan ritual mereka di dalam ruang solat surau. Ia jelas sebuah ruang solat kerana terdapat beberapa tulisan ayat suci Al-Quran di dinding surau.

KEADILAN dedah bukti Wan Muhammad Azri Wan Deris adalah Papagomo

Posted on the March 27th, 2013 under Politik by

VLUU L100, M100  / Samsung L100, M100Berikut disertakan butiran lanjut mengenai sumber dan laman yang menyabitkan Papagomo dengan Wan Muhammad Azri Wan Deris.

1. Menurut blog Papagomo, dia bersama wartawan Bernama dan TV3 telah sertai pelayaran Scorpene. Papagomo telah meletakkan beberapa gambar sebagai bukti pelayaran tersebut pada posting bertarikh 16 Disember 2011 [1]Berdasarkan gambar-gambar tersebut, terdapat beberapa ciri yang mengaitkan Papagomo sebagai Wan Muhammad Azri walaupun mukanya dihitamkan: (a) bentuk muka (b) susuk badan yang gempal (c) gelang silver yang dipakai di pergelangan tangan kanan.

2. Carian online menjumpai blog yang dimiliki oleh seorang wanita bernama Bellina Blaze (atau Bellina Chin) yang (pernah) mempunyai kaitan dengan Wan Muhammad Azri [2]. Berdasarkan posting blog [3][4], Bellina berniaga menjual barang perhiasan (terutamanya gelang-gelang tangan) sekitar tahun 2008-2009. Tempat perniagaan yang disenaraikan ialah 48-1, Jalan 2/23A, Taman Danau Kota iaitu terletak kira-kira 1.4km dari Villa Danau Apartment, kediaman Wan Muhammad Azri.

3. Juga disenaraikan di blog Bellina adalah akaun Maybank milik Wan Muhammad Azri Bin Wan Idris dengan nombor akaun 162384749602.

Video majlis sumpah undi BN tersebar di internet

Posted on the February 25th, 2013 under Politik by

KUALA LUMPUR: Selepas beberapa blog sebelum ini melaporkan penerima BR1M di Kelantan dipaksa bersumpah untuk mengundi Umno BN, kini video rakaman satu majlis sumpah dipercayai ada kaitan dengan pendedahan tersebut pula tersebar.

Video sepanjang 1.29 minit itu dipercayai dimuat naik ke laman perkongsian Youtube sejak semalam oleh akaun pengguna JkkkFanClub dengan tajuk “Umno terdesak memaksa penerima BR1M ikrar sokong Umno PRU13″.

Di bahagian bawah video tersebut tertulis maklumat bahawa insiden dalam rakaman itu berlaku di Kampung Temila, Pasir Puteh Kelantan.

Dalam rakaman yang dipercayai waktu malam di sebuah dewan itu, kelihatan beberapa orang lelaki berkopiah berada di hadapan menghadap sekumpulan yang lain.

Dr M mengamuk kata insiden ‘No’ palsu

Posted on the February 18th, 2013 under Politik by

KUALA LUMPUR: Insiden ‘No’ di majlis sambutan Tahun Baru Cina anjuran BN di Pulau Pinang baru-baru ini telah menyebabkan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad (gambar) mengamuk sehingga menyalahkan media alternatif.

“Di dalam media alternatif, hampir sesiapa sahaja yang boleh meletakkan apa-apa bahan yang mereka suka cakap di internet secara langsung, tanpa pengurus, editor atau sub-editor mengubah isi kandungannya.
“Kebebasannya hampir total. Inikah intipati demokrasi?” tanya Mahathir di tulisan terbaru dalam blognya.

Mahathir juga mendakwa video popular kini yang menggambarkan bagaimana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mendapat jawapan ‘No’ daripada para hadirin di Pulau Pinang ketika ditanya ‘Are you ready for BN?” telah diubahsuai.

“Sekarang, ia telah didapati bahawa (video) tersebut telah direka dengan membawa satu kumpulan ke dalam orang ramai, dengan membekalkan mereka dengan video kamera dan mikrofon.

ANAK dakwa video tunjuk konspirasi sekat ceramah

Posted on the February 13th, 2013 under Politik by

ANAK hari ini mendedahkan video yang didakwa sebagai bukti konspirasi beberapa pihak termasuk pengurusan Felda Sungai Tengi untuk menyekat program ceramah NGO tersebut dalam kejadian pada 4 Februari lalu.

Presiden ANAK Mazlan Aliman mendakwa video berkenaan menunjukkan satu mesyuarat yang diadakan sebelum kejadian tersebut, bagi membincangkan usaha untuk menghalang program ceramah itu.

Mazlan mendakwa mesyuarat tersebut antara lainnya dihadiri wakil PERKASA, Umno, Majlis Belia Felda dan Jabatan Seranta Felda.

Beliau mendakwa, mesyuarat tersebut dirancang untuk menggagalkan program ANAK di kawasan Felda, termasuk mengadakan “huru-hara” dan juga untuk menghalang mereka daripada memasuki kawasan tanah rancangan tersebut.

PAS tawar ruang Najib dan Rosmah jawab Deepak

Posted on the January 2nd, 2013 under Politik by

Deepak membuat pelbagai dakwaan terhadap Najib dan Rosmah melalui TVPAS

KUALA LUMPUR: Memandangkan tiada media perdana yang berani menjawab apa-apa mengenai dakwaan ahli perniagaan Deepak Jaikishan, hari ini PAS menawarkan ruang di Harakahdaily dan TVPAS untuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Rosmah Mansor untuk menjawab segala dakwaan yang dibangkitkan.

“Oleh kerana Deepak melakukan dakwaan di media alternatif, termasuk Harakahdaily dan TVPAS, maka kita kini menawar ruang yang sama untuk Perdana Menteri dan isterinya untuk menjawab segala yang dibangkitkan oleh Deepak,” kata Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man hari ini.

Tuan Ibrahim berkata keadilan harus diberi kepada Najib dan Rosmah untuk membalas dakwaan yang dibuat Deepak dalam ruang yang sama, supaya pembaca yang sama mendapat penjelasan yang sewajarnya.

Ustaz Azhar tidak mahu jadi calon PAS

Posted on the September 16th, 2012 under Politik by

Penceramah bebas, Ustaz Azhar Idrus yang terkenal dengan koleksi ceramah agama di Youtube yang kini sebagai sandaran Pas memeriahkan ceramah politik parti itu telah menolak menjadi calon pada Pilihan Raya Umum Ke-13 yang dijangka berlangsung tahun 2012 ini. Kenapa?

Ustaz Azhar Idrus : Enggan Berpolitik Secara Serius!! Pesuruhjaya Pas negeri, Abdul Wahid Endut berkata, beliau difahamkan Ustaz Azhar Idrus enggan terlibat secara langsung dalam politik kerana mahu terus berdakwah dengan cara sendiri.

“Ustaz Azhar Idrus sekarang ini merupakan ikon khususnya di kalangan generasi muda, jika Ustaz Azhar Idrus berada di platform kita, ia sesuatu yang baik, tetapi awal-awal lagi Ustaz Azhar Idrus sudah menolak.

“Difahamkan, Ustaz Azhar Idrus menolak sebelum kami sempat membuat penelitian, lagi pun nama Ustaz Azhar Idrus tidak dikemukakan secara rasmi, cuma disebut-sebut di kalangan ahli parti,” katanya. ~harakahdaily

Rais tarik balik logo Hari Merdeka

Posted on the July 29th, 2012 under Politik by

KUALA LUMPUR: Selepas diserang kiri dan kanan akhirnya Datuk Seri Rais Yatim menarik balik logo hari kemerdekaan negara yang ke 55.

Namun, Rais berhelah bahawa “Bahan hiasan (artwork) yang dipaparkan oleh sesetengah pihak setakat ini hanyalah paparan selingan bukan logo rasmi.”

Rais berkata demikian dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim menjelaskan tiada logo rasmi digunakan bagi sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 tahun ini, melainkan logo 1Malaysia sepertimana sambutan pada tahun lepas.

Lagu Kebangsaan, sepatah pun tak sebut ‘merdeka’

Posted on the July 29th, 2012 under Politik by

KUALA LUMPUR: Belum reda dengan kritikan terhadap tema dan rekabentuk logo sambutan Hari Kebangsaan, kini lagu temanya pula jadi sasaran pertikaian.

Sejak ia dilancarkan awal bulan ini, dan dimuat naik pelbagai pihak di Youtube, hanya kritikan-kritikan pedas memenuhi ruang komen termasuk mereka yang memilih ‘dislike’.

Ada antara mereka memberi komen bahawa lirik lagu tersebut langsung tidak relevan dengan kemerdekaan apatah lagi untuk menanam semangat patriotik di kalangan rakyat.

“Sepanjang-panjang lirik ini, satu pun tak ada sebut perkataan Merdeka. Kata lagu tema Hari Kebangsaan,” komen seorang pengunjung youtube.

“Kalau Tunku Abdul Rahman hidup lagi mesti dia menyesal,” tambah yang lain.

Awani potong cabaran debat Najib-Anwar

Posted on the May 24th, 2012 under Politik by

Dr Maszlee, moderator debat Rafizi KJ yang memanaskan Najib

KUALA LUMPUR: Astro Awani dalam siaran ulangannya semalam, memotong bahagian moderator Dr Maszlee Malik yang mencabar debat antara Datuk Seri Najib Razak dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim diadakan segera.

Malam semalam, stesen berbayar itu menyiarkan secara langsung debat PTPTN anjuran Sinar Harian antara Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dengan Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli yang dikendalikan Dr Maszlee Malik sebagai perantara.

Menariknya, dalam debat itu moderator secara terbuka mencabar perdana menteri dan ketua pembangkang berdebat sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.