Posts Tagged ‘Tempat Mengundi’

PRU13: PAS lapor polis isu Borang 14

Posted on the August 28th, 2013 under Politik by

KUALA LUMPUR: PAS hari ini membuat tiga laporan polis berhubung dengan kesalahan membabitkan Borang 14 pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.

Tiga laporan polis tersebut dibuat oleh Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub membabitkan Parlimen Pulai, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr. Dzulkefly Ahmad bagi Parlimen Kuala Selangor dan Pengerusi Jabatan Hal Ehwal Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (Juham), Ahmad Zamri Asa’ad Khuzaimi untuk Parlimen Titiwangsa.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu yang turut hadir ke IPD Dang Wangi sebentar tadi menjelaskan, laporan tersebut dibuat apabila mahkamah mengatakan pemalsuan pengisian Borang 14 merupakan satu kesalahan jenayah.

Katanya, perkara ini timbul apabila PAS yang mengemukakan kesalahan berkaitan Borang 14 di dalam petisyen pilihanraya, namun mahkamah telah menolak dengan alasan mereka tidak mempunyai kuasa untuk mendengar aduan mengenai kesalahan tersebut.

ADUN kata kejadian lampu padam memang berlaku

Posted on the May 26th, 2013 under Politik by

ADUN Seri Serdang Noor Hanim Ismail menuntut timbalan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Datuk Wan Ahmad Wan Omar memohon maaf kerana mendakwa gambar mengenai kejadian lampu padam di satu pusat pengiraan undi yang tersebar di Internet merupakan satu lakonan.

Wakil rakyat PAS itu mendakwa, kejadian tersebut sememangnya sememangnya berlaku pada 5 Mei lalu di Sekolah Kebangsaan Serdang, dan dirakam oleh ejen penjumlahan undi dari parti tersebut.

“Gambar tersebut dengan jelas menampakkan logo SPR di tepi kotak kiraan undi yang digunakan.

“Sewaktu kejadian itu berlaku, wakil calon kami juga telah berusaha membekalkan lampu suluh ke bilik kiraan undi tersebut bagi memastikan proses kiraan undi berjalan dengan lancar.

Sekurang-kurangnya 3 petisyen – Tuan Ibrahim

Posted on the May 11th, 2013 under Politik by

TEMERLOH: PAS Pahang mendakwa berlaku terlampau banyak kelemahan pada Pilihan Raya umum (PRU) ke-13 baru-baru ini berikutan kegagalan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam menjalankan tanggungjawab mereka dengan baik khususnya melibatkan ketua tempat mengundi (KTM).

Sambil menyifatkan mungkin KTM tidak faham peraturan dan tidak diberi latihan mencukupi, Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, terdapat beberapa kes serius yang membabitkan KTM antaranya tidak mengembalikan borang 14 (keputusan) kepada wakil parti yang bertanding.

Menurutnya, sebagai contoh di Dewan Undangan Negeri (Dun) Guai, tiga borang 14 tidak dikembalikan kepada wakil parti walaupun setelah banyak kali PAS memohon daripada mereka.

“Di Dun Dong, Raub, berlaku kes di mana KTM memasukkan borang 14 ke dalam peti undi dan di Dun Pulau Tawar pula berlaku kesilapan teknikal apabila borang parlimen bertukar dengan borang Dun,” katanya dalam sidang media hari ini selepas mesyuarat PAS negeri pertama selepas PRU13. (Gambar atas)

Berbelit-belit SPR menjawab isu dakwat kekal

Posted on the May 3rd, 2013 under Politik by

Pada 30/4/2013 suatu sejarah baru telah tercipta di dalam negara Malaysia. Itulah julung kalinya, dakwat kekal digunakan dalam suatu pengundian pilihan raya.

Perkara 19(4) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981 {“PPP”] menyatakan, “…ketua tempat mengundi atau mana-mana orang yang bertindak di bawah kuasanya hendaklah membuat suatu tanda pada jari telunjuk kiri pengundi itu dengan menggunakan dakwat kekal …”

Tan Sri Aziz selaku Pengerusi SPR banyak kali memberikan jaminan bahawa dakwat ini akan tahan lama sehingga 7 hari, iaitu sehingga 5 Mei 2013. Tujuan dakwat kekal ini digunakan adalah untuk mengelakkan kebarangkalian orang boleh mengundi 2 kali.

Ini kerana sudah menjadi rahsia yang diketahui ramai, berlaku banyak pertindihan nama dalam daftar pemilih dan berlaku penyamaran yang mana ada pihak yang keluar mengundi bagi pihak orang lain.

Umno akui tukar alamat mengundi siswa Melaka

Posted on the April 22nd, 2012 under Politik by

Speaker DUN Melaka Datuk Wira Othman Mohamad mengakui wujud gerak kerja untuk menukar alamat tempat pengundian pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) di negeri Melaka.

Beliau yang mengetuai gerak kerja itu berkata, ia bertujuan bagi memudahkan pelajar terbabit untuk mengundi sekiranya pilihan raya umum ke-13 dijalankan bukan di dalam cuti semester.

Jelasnya, perkara itu turut dilaksanakan di negeri lain, termasuk negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat terutamanya di Selangor bagi memberi peluang kepada siswa terbabit menunaikan tanggungjawab itu.

“Perkara ini dilakukan setelah menyedari pada PRU ke-12 tahun 2008 lalu, lebih 2,000 siswa tidak dapat melaksanakan tanggungjawab itu kerana tidak bekesempatan pulang ke kampung halaman masing-masing.

Mengapa pengundi tidak tahu alamat ditukar?

Posted on the April 2nd, 2012 under Politik by

KUALA LUMPUR, 2 April: “Bagaimanakah SPR boleh menukarkan tempat mengundi seseorang pemilih secara sembrono tanpa ada siasatan yang teliti terhadap borang permohonan seseorang pemilih,” kata Pengarah Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), Mohd Sany Hamzan (gambar).

Sehubungan itu, tegasnya pihaknya mengecam tindakan tidak bertanggungjawab pihak-pihak yang cuba melakukan perbuatan khianat dengan memindahkan seseorang pemilih berdaftar dari Dun atau kawasan Parlimen sedia ada ke Dun dan Parlimen yang lain tanpa pengetahuan pemilih tersebut.

Seorang pengundi, Zawawi Abdul terkejut apabila semakan di laman web Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mendapati alamat tempat mengundinya telah ditukar tanpa pengetahuannya.

Beliau yang merupakan pengundi di Peti Undi Bukit Lintang dalam Dun Ayer Molek sejak tahun 1970-an lagi kini ditukar menjadi pengundi di Dun Duyong.

Situasi selepas Parlimen bubar lebih menakutkan BN

Posted on the April 2nd, 2012 under Politik by

Ramalan bahawa pilihanraya umum ke 13 akan berlaku pada bulan November 2011 sudah berlalu. Ramalan bahawa PRU13 akan berlaku pada Mac 2012 pun berlalu juga nampaknya.

Ramalan terbaru yang sangat popular ketika ini ialah awal bulan Jun tahun ini. Hampir kesemua PRU di negara ini diadakan ketika cuti penggal sekolah kerana sebahagian besar tempat mengundi dan mengira undi adalah di sekolah, jadi rutin persekolahan tidak terganggu sewaktu cuti.

Faktor terpenting untuk berlakunya PRU di Malaysia ialah waktu di mana parti pemerintah (BN) dijangka mampu menang. Hari ini sudah tidak banyak negara dalam dunia yang menjadikan tarikh pilihanraya sebagai bahan spekulasi. Segelintir negara, yang termasuklah Malaysia itu, kebanyakannya adalah negara yang sangat primitif amalan demokrasi dan diperintah oleh kerajaan separa diktator.

Adakah jika PRU diadakan bulan Jun maka BN akan menang besar atau sekurang-kurang mereka terus berkuasa di Pusat? Ia bergantung kepada kajian professional yang mereka lakukan.

PRU13: Rakyat gusar taktik kotor Umno BN

Posted on the March 30th, 2012 under Politik by

KUALA LUMPUR, 30 Mac: PAS Wilayah Persekutuan (PAS WP) merasa yakin sekiranya Pilihan raya Umum ke 13 dijalankan dengan adil, bersih dan telus berkemungkinan besar Pakatan Rakyat akan menguasai Putrajaya.

Ketua Penerangannya, Mohamad Suhaimi Abdul Aziz berkata, ini hasil kajian daripada pelbagai pihak, dan daripada ‘mood’ serta momentum yang dicetuskan oleh rakyat dengan semangat mahukan angin perubahan dalam pilihanraya umum ke 13.

Namun demikian, ujarnya sejak akhir-akhir ini, sudah beberapa gambaran taktik dan strategi kotor dalam PRU digunakan dapat dikesan melalui pendedahan beberapa individu.

Ini, katanya termasuk pendedahan bekas pemimpin terrtinggi Umno, Tan Sri Syeikh Abdul Kadir Syeikh Fadzir bahawa Umno mengamalkan taktik membeli undi dalam pilihanraya sebelum ini.

“Pengakuan bekas Ketua Penerangan Umno bahagian Pekan, Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz bahawa Umno mengamalkan taktik persempadanan kawasan mengundi bagi memenangkan mereka menguatkan lagi hujah penipuan yang telah dan bakal dicipta,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Pindah tempat mengundi, SPR akan dipanggil

Posted on the March 29th, 2012 under Politik by

KUALA LUMPUR, 29 Mac: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz (gambar) akan memanggil pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi memberi penjelasan khususnya berhubung ‘pembetulan lokaliti’ yang membawa kepada pertukaran tempat mengundi.

Keputusan itu dibuat selepas pelbagai soalan berbangkit diaju bertubi-tubi oleh ahli parlimen Pakatan Rakyat kepada beliau ketika menggulung Titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat hari ini.

Katanya, semua ahli parlimen khususnya pembangkang yang mempunyai pertikaian berhubung perkara itu boleh mengajukannya kepada SPR pada pertemuan itu nanti.

“Saya akan bagitahu kepada SPR mungkin Isnin satu lagi, 16 haribulan.

170,818 pengundi guna kod negara misteri

Posted on the September 21st, 2011 under Politik by

KUALA LUMPUR, 20 Sept: Dewan Pemuda PAS Pusat hari ini mendedahkan pula sekurang-kurangnya 170,818 pengundi tidak diketahui negara asal kelahiran tetapi layak mengundi.

Mereka merujuk kepada kod negara “71 ” yang terdapat pada no kad pengenalan pengundi tersebut seperti dalam Daftar Pemilih Induk (DPI) suku ke dua 2011 SPR.

“Berdasarkan kepada semakkan laman web JPN, tiada kod “71” disenaraikan sebagai kod rasminya.

Oleh itu Pemuda PAS menganggap bahawa kod “71” adalah suatu kod warganegara yang tidak diketahui negara asal kelahirannya,” kata Pengerusi Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Dewan Pemuda PAS, Suhaizan Kayat.