Posts Tagged ‘Perubatan’

Arak & maksiat: Contohi Brunei

Posted on the September 20th, 2013 under Tempatan by

Syabas Kerajaan Negara Brunei Darussalam apabila Duli Yang Maha Mulia Sultan Brunei sendiri mengumumkan bahawa segala penerbangan yang membabitkan ‘Royal Brunei Airline’ tidak lagi boleh menghidangkan minuman keras didalam penerbangannya.

Negara Brunei yang berdaulat dan sentiasa peka dengan pembawaan Islamnya kini semua sedia maklum akan keberkatannya kerana boleh dikatakan seluruh rakyat Brunei dididik dengan pengetahuan agama yang mendalam dan mereka mengamalkannya.

Setiap kali apabila adanya sambutan kebesaran Islam seluruh rakyat komited bersama dengan pemerintah meraikannya dengan penuh kyusuk dan ikhlas. Pada masa yang sama, Brunei melarang keras penjualan arak secara terbuka mahupun tertutup, bahkan difahamkan tiada pusat hiburan saperti kelab malam atau kelab dangdut termasuk pusat karaoke. Hotel-hotelnya sentiasa dipantau dan bersih daripada kegiatan kemaksiatan dan setiap mereka yang ingin menginap dengan pasangan perlu memberikan butiran tentang hubungan mereka.

Pengisian ibadah dimasjid dan surau sentiasa penuh dengan majlis zikir dan selawat berterusan dan tidak ketinggalan dengan ceramah yang mampu memberikan manfaat kepada rakyatnya. Setiap rakyat yang sudah dewasa dan berkelayakan dapat menunaikan Haji secara percuma. Segala kebajikan saperti perubatan untuk penyakit kronik ditanggung oleh Kerajaan. Begitu juga elaun sara hidup bagi mereka yang memerlukan sentiasa sahaja diberikan bantuan. Walaupun nilai mata wang Brunei itu tinggi (mengikut nilai dolar Singapura) dan kos sara hidupnya yang agak tinggi, tetapi pendapatan dan gaji kakitangan Kerajaan dan juga swasta berpadanan dengan kos hidup.

Pada pandangan saya untuk membenteraskan segala minuman keras di dalam syarikat penerbangan kita dan mencegah maksiat perlu dilihat sejauh manakah komitednya pemimpin kita dalam menegakkan sebuah negara islam mengikut segala perintah yang diperturunkan melalui Al-Quran yang disampaikan oleh Rasulullah SAW itu. Tidak ada istilah tangguh atau apa juga alasan menidakkan hukum-hakam-Nya.

Selagi kita tidak kembali kepada Islam yang sebenarnya, selagi itulah masalah jenayah, maksiat dan masalah sosial yang lainnya tidak dapat diselesaikan malahan bertambah berat lagi. Hanya melalui kaedah Islam sahaja yang mampu memberikan jawapannya dan penyelesaianya.

Sumber: Harakah

Jemaah haji mula masuk Makkah malam ini

Posted on the September 15th, 2013 under Tempatan by

MAKKAH – Sebanyak 862 kumpulan pertama jemaah haji Malaysia yang berada di Madinah akan bergerak memasuki tanah suci Makkah mulai hari ini.

Pengurus Maktab 90 Abraj Janadriyah, Sohaimi Abd Rahim berkata jemaah terawal yang menaiki pesawat KT1 dan KT2 itu dijangka tiba secara serentak di pusat penginapan Maktab berkenaan pada pukul 12.30 tengah malam ini waktu tempatan (6.30 pagi 16 Sept waktu Malaysia).

Katanya Maktab 90 akan menampung sebanyak 3,169 jemaah yang tiba secara berperingkat sehingga 9 Okt depan manakala Maktab 91 yang dikenali sebagai Qasr Janadriyah pula akan menampung 3,168 orang.

Mereka yang tiba dari Madinah itu adalah dalam berihram dan akan menunaikan ibadah umrah terlebih dahulu sebelum mengerjakan ibadah haji yang bermula 14 Oktober depan.

Sohaimi berkata jemaah berkenaan juga akan diberi peluang untuk berehat di bilik masing-masing dan diberikan taklimat sebelum dibawa untuk mengerjakan tawaf dan saie pada esok pagi.

“Kita telah bersiap sedia untuk menguruskan penginapan dan menyusun atur cara untuk semua jemaah sejak 12 Sept lagi dan semua pusat perkhidmatan telahpun memulakan operasi masing-masing,” katanya kepada wartawan Malaysia di sini hari ini.

Antara pusat perkhidmatan yang beroperasi itu ialah Perkhidmatan Kewangan, Perkhidmatan Kesihatan dan Perubatan dan Pusat Perkhidmatan Guru Agama.

Dua maktab penginapan itu terletak di dalam bangunan dikenali sebagai Abraj Janadriyah turut menempatkan pusat pentadbiran utama Tabung Haji (TH).

TH menyewa lapan buah bangunan yang menempatkan enam maktab penginapan jemaah haji pada musim ini.

Sohaimi berkata pengurusan TH juga menyediakan infokit mengandungi maklumat mengenai aktiviti penting dan jadual pergerakan mereka sepanjang berada di Makkah.

“Melalu infokit ini, kita berharap jemaah tidak lagi perlu tertanya-tanya mengenai aktiviti yang disusun atur untuk mereka dan perkara penting seperti nombor telefon kecemasan dan peta laluan ke Masjidil Haram,” katanya.

Mengenai perkhidmatan katering, jemaah haji diingatkan bahawa mereka hanya diberikan makan tengah hari dan makan malam manakala sarapan pagi atas tanggungan sendiri.

“Mereka boleh membeli makanan di kafeteria untuk sarapan pagi atau di beberapa buah tingkat terpilih,” katanya.

Lebih 5,000 jemaah haji Malaysia kini berada di Madinah dan akan bertolak ke Makkah secara berperingkat mulai hari manakala mulai 20 Sept ini penerbangan dari Malaysia akan membawa jemaah terus ke Makkah.

Sebanyak 22,320 jemaah haji dengan 65 penerbangan dari Malaysia akan menunaikan rukun Islam kelima di Tanah Suci pada tahun ini dan jumlah itu berkurangan 20 peratus dari tahun sebelumnya. – Bernama

Syria: 600 terbunuh diserang senjata kimia rejim Assad

Posted on the August 21st, 2013 under Dunia by

DAMSYIK: Suruhanjaya Umum Revolusi Syria (SRGC), iaitu salah satu kumpulan utama pembangkang Syria, mendakwa 635 terbunuh manakala lebih 3,600 cedera diserang dengan senjata kimia oleh tentera regim Assad semalam.

Mereka mendakwa tentera rejim membuat serangan di Ghota dan membunuh 300 di Hammuriyah, 78 di Irbin, 67 di Sepqa, 140 di Kafr Batna dan 50 di Mudamiyah, lapor Anadolu Agency.

Jawatankuasa Penyelarasan Tempatan Syria (LCC) pula menyifatkan serangan tersebut sebagai “pembunuhan beramai-ramai” dan bimbang dengan jumlah mangsa yang meningkat disebabkan kekurangan bekalan perubatan di hospital-hospital lapangan.

Seorang doktor Halid Mahmud mendakwa, serangan semalam oleh regim tentera Assad itu menggunakan senjata kimia berupa “gas sarin”.

Serangan gas itu katanya telah menyebabkan mangsa muntah, sukar bernafas, muntah, tidak sedarkan diri termasuk golongan kanak-kanak sekolah.

Baca lagi..

Sembunyi Morsi satu lagi jenayah tentera Mesir

Posted on the July 17th, 2013 under Dunia by

Menyembunyikan Presiden pilihan rakyat, Dr.Morsi merupakan satu lagi jenayah kumpulan “perampas kuasa” di Mesir yang sehingga hari ini tidak diketahui secara tepat di mana beliau disembunyikan.

Pada awal rampasan kuasa berlaku, situasi masih samar dengan tindakan sebuah unit dalam tentera yang dinamakan “Pengawal Republik”. Tidak kurang yang beranggapan Pengawal Republik menyembunyikan Morsi suatu yang “baik” dan menyebelahi Morsi.

Sememangnya unit Pengawal Republik bertugas menjaga keselamatan Presiden. Selepas kejatuhan Mubarak 2011 sehingga Jun 2012, Pengawal Republik tidak mempunyai tugasan ini kerana tiada seorang Presiden dipilih sehingga Morsi diisytiharkan Presiden yang sah Julai 2012, unit ini kembali bertugas.

Panglima unit ini merupakan salah seorang yang menjadi anggota kepada Majlis Tertinggi Angkatan Bersenjata yang dipengerusikan oleh Menteri Pertahanan, Abdul Fatah As-Sisi.

Andaian bahawa unit Pengawal Republik menyebelahi Morsi dengan menyembunyikannya adalah silap. Dengan kenyataan demi kenyataan oleh pimpinan Ikhwan dan pertubuhan hak asasi manusia kebelakangan ini membayangkan bahawa keadaan Mursi dalam bahaya.

Pada Ahad 14 Julai, Naib Presiden FJP Dr.’Esom Eryan secara jelas meminta keluarga, peguam dan pakar perubatan dibenarkan untuk menziarahi Morsi. Kenyataan AJK FJP Pusat, Dr.Mohammed Beltaji yang menyusul sehari kemudian juga menggelarkan tindakan menyembunyikan Morsi sebagai “jenayah kejam” dilakukan oleh tentera.

Begitu juga desakan dunia seperti Turki, Jerman dan wakil Kesatuan Afrika yang turut menggesa Morsi dibebaskan.

Semalam, Dewan Senat yang mengadakan persidangan di Raba’ah (selepas Bangunan Senat di Tahrir tidak lagi dibenarkan setelah dekri tentera yang membubarkan dewan ini) menubuhkan sebuah jawatankuasa kesihatan dan keselamatan yang terdiri dari wakil Kesatuan Perubatan dan Kesatuan Peguam yang akan cuba menziarahi Morsi terdekat. Selain itu, mereka turut meminta kunjungan wakil PBB ke Mesir atas tujuan yang sama.

Sementara hari ini, sebuah pertubuhan hak asasi manusia “As-Syehab” pula mendesak tentera dan kerajaan “haram” hari ini mendedahkan di mana Morsi disembunyikan. Dari sumber Ikhwan sendiri, mereka menerima maklumat Morsi disembunyikan di Bangunan Pengawal Republik dan ada yang mengatakan di Kementerian Pertahanan.

Walau dimana jua sekalipun, Morsi kini ditahan dan dilayan seperti orang salah, satu tindakan yang tidak selayaknya diterima seorang pemimpin pilihan rakyat.

HDO

Tragedi Houla: Kutukan Antarabangsa Belum Cukup Memaafkan Kekejaman Ini

Posted on the May 30th, 2012 under Dunia by

Dunia sekali lagi dikejutkan oleh laporan Human Right Watch (HRW) keatas pembunuhan rakyat Syria yang terjadi pada hari Jumaat lalu, 25hb Mei, sekitar pukul 2 petang sebaik sahaja selesai solat Jumaat. Sebahagian besar warga kota Houla adalah warga Sunni yang tinggal dikelilingi oleh desa-desa Syiah dan Alawi yang menyaksikan pertelagahan antara tentera Kerajaan Syria dengan Tentara Pembebasan Syria, namun pertempuran tersebut meluas hingga membunuhi warga sekitar.

Rentetan dari itu pelbagai media asing dan antarabangsa tidak dibenarkan masuk ke Syria untuk mendapat maklumat yang lebih tepat. Hanya beberapa rakaman dari mangsa yang menyaksikan pembunuhan itu dan tidak kurang juga laporan individu yang berjaya membongkar tragedi yang sangat menyayat hati. Pihak PBB, melalui setiausaha agungnya Ban Ki-moon dan Pertubuhan Keamanan Liga Arab, melalui Kofi Annan mengeluarkan kenyataan mengutuk kekejaman keatas rakyat Syria ini yang melibatkan kematian lebih dari 90 orang awam sebagai satu bentuk kekejaman dan pelanggaran kepada undang-undang antarabangsa. Bukti pembunuhan secara besar-besaran keatas orang awam termasuk wanita dan kanak-kanak ini telah juga dikenalpasti oleh wakil pemerhati PBB ke Syria.

Ikatan Pengamal Perubatan Muslimin Malaysia (I-Medik) ingin menegaskan bahawa masyarakat antarabangsa perlu terus mendesak dan mengutuk kekejaman secara terancang ini. Walaupun isu ini dipermainkan dan terus dipertikaikan siapa sebenar pelaku disebalik tragedi ini dan dikaitkan dengan kuasa-kuasa besar barat, kita amat perihatin dan sensitif kepada hak manusia itu sendiri untuk mendapat kehidupan dan diperlakukan dengan norma-norma seperti termaktub dalam undang-undang sesebuah negara yang bebas.

I-Medik juga mengutuk sekeras-kerasnya dalam segala bentuk serangan yang tidak berperikemanusian ini dengan menggunakan pelbagai bentuk senjata tanpa ada rasa perikemanusiaan dan sebahagian mayat pula diperlakukan seolah-olah tiada lagi ‘kasih sayang’ dalam dunia ini. Mangsa-mangsa dibunuh dan diperlakukan seperti ‘binatang’ dan apatah lagi anak-anak yang tidak faham apa itu konflik politik dan kemanusiaan itu juga dibunuh sedemikian rupa. Kita sedar bahawa konflik antara tentera pemerintah ini dengan kekuatan bersenjata pihak penentang masih berlanjutan sehingga kini dan tidak terkecuali juga ada pihak yang mengambil memanfaatkan situasi ini. Namun ini tidak bermakna kita sebagai rakyat Malaysia dan masyarakat antarabangsa hanya mampu melihat dan melemparkan kutukan demi kutukan tanpa membuat sesuatu yang wajar sebagai tanggungjawab kemanusiaan.

I-Medik juga menegaskan supaya pihak PBB dengan misi pengawas situasi di Syria itu amat wajar mengambil tindakan yang cepat dan menyelamatkan situasi yang semakin tertekan untuk penduduk awam. Tidak terkecuali pemerintah Syria yang masih berkuasa harus bertanggungjawab atas kematian ratusan orang awam di Houla. Walau apapun penafian yang diberikan oleh pihak Kerajaan pimpinan Assad itu, ianya belum cukup untuk menafikan hak rakyat Syria dari dihina dan dibunuh sedemikian rupa.  Sebagai rakyat Malaysia yang sangat cintakan kedamaian dan amat perihatin kepada hak-hak individu, kita wajib terus memberi sokongan dan mengutuk dengan sekeras-kerasnya tanpa batasan atas apa yang telah berlaku di Houla.

Oleh:

Dr Azizi Ayob
Pengerusi Ikatan Pengamal Perubatan Muslimin Malaysia (I-Medik)
Selangor/Wilayah Persekutuan

Tragedi Penyembelihan Haulah: Kronologi ringkas, klik di sini ->http://www.harian-metro-online.com/kronologi-kes-penyembelihan-haulah-oleh-tentera-bashar

Kematian Baharudin: Keluarga Tuntut Inkues

Posted on the August 9th, 2011 under Politik by

KUALA LUMPUR 9 OGOS : Keluarga kepada allahyarham Baharudin Ahmad memfailkan satu notis usul di Mahkamah Tinggi hari ini bagi memaksa Pejabat Peguam Negara menjalankan inkues terhadap kematian lelaki berkenaan.

Permohonan siasatan khas itu dibuat susulan kepada laporan polis yang dibuat oleh balu mangsa berkenaan, Rosni Malan pada 17 Julai lalu yang mendakwa bahawa kematian Ahmad disebabkan oleh tindakan polis semasa perhimpunan berkenaan.

Turut dikemukakan dalam notis usul berkenaan ialah akuan bersumpah daripada seorang anak mangsa berhubung laporan bedah siasat Hospital Kuala Lumpur ke atas jenazah mangsa tersebut.

Difahamkan, keluarga berkenaan hanya menerima laporan bedah siasat bertarikh 15 Julai itu pada 3 Ogos.

Atas sebab tersebut, keluarga mangsa berkenaan mempertikaikan kenyataan yang dikeluarkan polis pada 10 Julai berhubung sebab kematian allahyarham Baharudin.

Polis memberitahu bahawa mangsa meninggal dunia akibat serangan jantung sedangkan hasil bedah siasat masih belum diperolehi, kata peguam Ahmad Jufliz Faiza ketika dihubungi Malaysiakini.

Anak perempuan Baharudin, Ummi Mirza dalam akuan bersumpahnya menyebut bahawa sebab kematian tersebut bukanlah sebab-sebab nyata yang ditentukan melalui siasatan terhadap jenazah ayahnya.

Sebaliknya, sebab kematian itu perlu meliputi “semua perkara yang perlu untuk membolehkan sesuatu pendapat dibuat (mengenai) bagaimana ayah saya menemui ajalnya.”

Katanya lagi, sebab kematian itu boleh “disebabkan atau dipercepatkan oleh perbuatan atau (perbuatan yang tidak dibuat) yang menyalahi undang-undang” oleh mana-mana individu, kumpulan atau ejen kepada mana-mana badan.

Laporan ‘bercanggah’

Akuan bersumpah berkenaan mendakwa, laporan perubatan yang diperolehi oleh keluarkan mangsa berkenaan mengandungi maklumat yang bercanggah dengan apa yang diberitahu oleh doktor yang memeriksa jenazah sebelum ini.

Laporan yang menyebut sebab kematian Ahmad sebagai serangan jantung “acute myocardial infarction” itu antara lain menyatakan bahawa bahagian paru-paru mangsa didapati tersumbat.

Walhal, beliau sebelum ini diberitahu bahawa bahagian paru-paru itu tidak tersumbat, kata Ummi Mirza lagi.

“Saya diberitahu oleh pakar forensik tersebut sebelum ini bahawa ‘paru-paru kelihatan sihat’, namun laporan bedah siasat menyatakan ‘sangat bengkak dan tersumbat’,” akuan bersumpah itu dipetik.

Ummi Mirza dalam dokumen yang diperakui semalam itu juga menyebut bahawa beliau melihat tanda gigi di sebelah kira atas bibir dan juga lebam di sekeliling kawasan tersebut.

Katanya, beliau diberitahu oleh pakar berkenaan bahawa bahagian trakea jenazah ayahnya itu juga sedikit tersumbat.

Beliau diberitahu bahawa keadaan itu mungkin berlaku akibat tindakan memasukkan tiub ke dalam rongga berkenaan.

“Tapi laporan bedah siasat menyatakan (bahagian trakea itu ‘jelas dan tidak tersumbat’,” kata Ummi lagi dalam dokumen berkenaan.

Tambahnya, laporan yang diperolehi itu menyatakan bahawa bahagian mulut mangsa tidak mengeluarkan cecair.

“Namun berbeza dengan apa yang saya nampak pada bibir arwah sebelum post mortem. Malah pada saat memandikan jenazah beliau, saya juga masih dapat melihat lebam pada bibir tersebut,” kata Ummi lagi dalam dokumen sama.

Baharudin, 59, didakwa rebah semasa menyertai perhimpunan di perkarangan KLCC pada 9 Julai lalu, dan disahkan meninggal dunia sebaik dibawa ke jabatan kecemasan, Hospital Kuala Lumpur pada petang tersebut.

Difahamkan, bedah siasat dijalankan ke atasnya kira-kira enam jam kemudian oleh dua orang ahli patologi.-Malaysiakini

Sebelas doktor tampil sahkan hospital diserang

Posted on the July 14th, 2011 under Politik by

Sekumpulan doktor kanan dan pakar perubatan telah mengeluarkan kenyataan membidas kerajaan berhubung ‘serangan polis’ ke atas peserta perhimpunan BERSIH 2.0 Sabtu lalu di dua buah hospital.

Sehubungan itu, dalam satu kenyataan media kepada organ rasmi PAS Harakahdaily hari ini, doktor berkenaan yang bertugas di Hospital Tung Shin dan Hospital Bersalin Cina di Jalan Pudu berkata mereka akan mengemukakan afidavit bagi menyokong hujah bahawa hospital diserang.

Mereka mendakwa tindakan polis pada Sabtu lalu jelas mencabul pengiktirafan antarabangsa apabila hospital sebagai tempat santuari diserang.

Malah menurut sebeles doktor berkenaan, semasa peperangan hospital juga tidak akan diserang tetapi dalam kes di Malaysia, polis memasuki bangunan hospital bagi mencari peserta yang melarikan diri daripada tembakan gas pemedih mata dan pancutan air berkimia.

“Apa yang paling menakutkan dan disaksikan ramai bahawa serangan yang tidak dihasut itu berlaku di kawasan hospital dan beberapa peserta masuk ke hospital bagi mencari perlindungan daripada tembakan gas pemedih mata dan pancutan meriam air,” kata mereka.

Ini adalah reaksi pertama oleh sekumpulan pakar perubatan berikutan penafian pihak polis dan kerajaan bahawa tidak ada gas pemedih mata dilontarkan ke perkarangan hospital pada 9 Julai lalu.
Isnin lalu, menteri kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata polis tidak menembak gas pemedih mata dan meriam air ke arah Hospital Tung Shin ketika menyuraikan perhimpunan BERSIH 2.0.

Katanya, dakwaan yang berlegar di media internet berhubung tembakan ke arah hospital itu adalah tidak benar.

Liow juga berkata sebenarnya polis menembak gas pemedih mata itu ke arah jalan besar dan asap berkenaan mungkin dibawa angin ke arah hospital berkenaan.

Beberapa rakaman video dan gambar yang dikemukakan terus diperlekehkan oleh kerajaan termasuk anggota jemaah menteri.

Menurut kesebelas-sebelas doktor berkenaan, pihak berkuasa tanpa rasa malu terus menafikan serangan itu di sebalik pelbagai bukti yang dikemukakan dan ramai saksi yang tampil membuat pengakuan.

Kenyataan media itu ditandatangani oleh Dr Musa Nordin, Dr Sheikh Johari Bux, Dr Ng Kwee Boon, Dr Ng Swee Choon, Dr Ronald Macoy, Dr David Quek, Dr Mary Cardozo, Dr Farouk Musa, Dr Mazeni Alwi, Dr Pixie Low dan Dr Steve Wong.

“Adalah menjijikkan pihak berkuasa yang diamanahkan tanggungjawab kepolisian menjaga negara dan melindungi mereka yang lemah, tanpa rasa malu menafikan perbuatan mereka secara umum, di sebalik kejadian itu disokong banyak gambar, video dan pengakuan saksi termasuk pemerhati berkecuali,” kata mereka.

Doktor-doktor itu berkata mereka tidak berhasrat menyertai polemik selepas perhimpunan itu, tetapi sebahagian daripada mereka yang sedang bertugas ketika kejadian, bersedia memberi keterangan bersumpah, jika diperlukan bagi memberitahu apa yang sebenarnya berlaku.

Malaysiakini

1 Malaysia pun komunis?

Posted on the June 29th, 2011 under Tempatan by

Dalam keghairahan mencegah dan mengekang demonstrasi Bersih kedua, kerajaan telah membangkitkan tentang ancaman komunisme, ekoran penangkapan sekumpulan aktivis Parti Sosialis Malaysia.

Tanpa membezakan sosialisme dengan komunisme, anasir komunisme yang pernah menjadi satu ancaman kepada negara satu masa dulu kembali dimunculkan.
Secara mudah, sosialisme lebih kepada satu bentuk fahaman berkaitan dengan pengurusan dan kawalan ekonomi oleh pemerintah, untuk memastikan kebajikan rakyat dipelihara.
Dalam banyak negara yang ditunjangi kapitalisme, unsur-unsur sosialisme wujud dengan kukuh untuk kepentingan rakyatnya seperti dilihat di negara-negara kebajikan di Eropah.
Sosialisme masih boleh berjalan di negara yang dikuasai kapitalisme. Sosialisme di negara-negara Eropah misalnya berperanan dalam memastikan hak pekerja mendapat pembelaan, dan rakyat mendapat khidmat perubatan murah atau percuma.
Sekiranya sosialisme dengan mudah dikaitkan dengan komunisme, unsur-unsur sosialisme yang dilaksanakan pemerintah juga boleh diletakkan sekali dalam satu kategori.
Kerajaan pimpinan Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak telah memperlihatkan unsur-unsur yang boleh dikait dengan sosialisme melalui kedai 1 Malaysia dan klinik 1 Malaysia yang dilancar lebih awal.
Dari segi kegunaannya, kedai dan klinik tersebut mempunyai tujuan membantu rakyat daripada kesan-kesan buruk kapitalisme, iaitu pasaran yang membenarkan harga barang keperluan dan perkhidmatan meningkat sehingga membebankan.
Apapun yang menjadi motifnya, dari segi amalan, bantuan untuk rakyat seperti itu amat rapat dengan sosialisme. Dalam hal ini, pemerintah tentu mahu membezakan sosialisme dengan komunisme.
Peranan utama negara dalam penubuhan kedai dan klinik 1 Malaysia ini juga menyamai amalan negara-negara yang melaksanakan amalan-amalan sosialisme dalam ekonomi.
Politik sosialis dan komunis memang mempunyai persamaan, tetapi kedua-duanya bukan tidak mempunyai sebarang perbezaan sehingga boleh dengan mudah disamakan dan dikait dengan ancaman terhadap negara satu masa dulu.

Source: SiasahDaily

Emolumen guru, doktor tertinggal dalam belanjawan 2011

Posted on the June 21st, 2011 under Politik by

KUALA LUMPUR: Sejumlah RM1.01 bilion yang diperuntukkan dalam belanjawan tambahan berjumlah RM 13.2 bilion digunakan bagi menampung kekurangan emolumen pada tahun 2011 untuk pegawai perubatan pelbagai gred dan skim.

Ia termasuk RM1.3 bilion emolumen yang sepatutnya dibayar untuk kakitangan awam di bawah kementerian pelajaran iaitu untuk guru serta kenaikan pangkat Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah dan Diploma.

Perkara itu dinyatakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika Perbahasan Belanjawan Tambahan Pertama 2011 di parlimen hari ini.

“Peningkatan perbelanjaan belanjawan berlaku akibat dari tindak balas pergerakan harga komoditi yang buruk. Namun yang dimusykilkan adalah peningkatan sebanyak 5 peratus emolumen sedangkan ianya sepatutnya mudah untuk diunjurkan.

“Apakah muslihat meninggalkan peruntukan emolumen yang wajib dimasukkan,” ujar Anwar yang juga bekas timbalan perdana menteri dan menteri kewangan.

Menurutnya, beliau khuatir kegagalan membuat unjuran yang tepat, tidak berupaya menjelaskan perbelanjaan belanjawan dan kelemahan mengurus ekonomi akan meletakkan negara dalam keadaan sukar.

“Kita perlu mengambil iktibar dari kegagalan negara akibat kecuaian pengurusan malah juga memutarbelitkan angka petunjuk ekonomi seperti mana berlaku di Greece,” tegas Anwar.

Menurutnya, belanjawan tambahan itu juga mewakili  peningkatan  8.2 peratus daripada belanjawan asal 2011 sebanyak RM162.8 billion, selepas hanya tiga bulan pusingan belanjawan tahun ini selesai.

Justeru itu katanya, tidak mustahil menjelang akhir tahun ini, peningkatan belanjawan kemungkinan mencecah 15 peratus.

“Ini menimbulkan suatu tanda tanya berhubung keupayaan kerajaan untuk merangka belanjawan negara, yakni salah satu tugas asas mengurus ekonomi negara selain memunculkan persoalan terhadap keupayaan mereka untuk membuat unjuran, penjelasan atau bertanggungjawab dan mengurus perbelanjaan yang telah diluluskan dalam Dewan Yang Mulia ini,” kata Anwar.

Di bawah peruntukan mengurus bagi bajet 2011, RM45.6 bilion adalah bagi emolumen dan RM28.2 bilion bagi perkhidmatan dan bekalan, RM86.4 billion diperuntukkan kepada Pemberian dan Kenakan Bayaran Tetap, RM1.4 bilion untuk Pembelian Aset dan RM1.2 bilion lagi bagi perbelanjaan lain

Source: KeadilanDaily

Putuskan Anwar bela diri, mahkamah berat sebelah- Suaram

Posted on the May 17th, 2011 under Politik by

KUALA LUMPUR: Suara Rakyat Malaysia (Suaram) menyatakan rasa kesal dengan keputusan hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengarahkan ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim membela diri dalam kes fitnah II.

Koordinator Suaram, Hasbeemasputra Abu Bakar berkata prosiding perbicaraan terhadap Anwar dijalankan secara berat sebelah.

“Sepanjang perbicaraan kes Anwar, Suaram mendapati mahkamah berat sebelah terutamanya apabila menafikan akses peguam Anwar kepada laporan perubatan dan lain-lain dokumen yang merupakan hak asas mereka dalam perbicaraan.

“Hal ini lebih melucukan apabila hakim beranggapan Saiful Bukhari adalah “saksi yang jujur dan boleh dipercayai” sedangkan Saiful sendiri berulang kali memberikan kenyataan bercanggah malah didapati menjalinkan hubungan sulit dengan salah seorang pendakwa raya ketika perbicaraan berlangsung,” kata Hasbeemasputra dalam kenyataannya semalam.

Katanya,   Suaram  juga tidak bersetuju dengan penerimaan hakim tentang kesaksian tiga doktor,  di mana ada percanggahan jelas dalam kesaksian mereka yang mengatakan wujud penetrasi.

“Tapi kemudian hakim menunjukkan keputusan yang tidak konsisten apabila dari awal menolak untuk menerima sampel DNA yang diperolehi daripada lokap di mana Anwar ditahan.

“Ini senario tidak masuk akal berdasarkan keterangan doktor apabila disoal peguam bela merujuk kepada laporan perubatan yang dibuat keatas Saiful,” kata beliau.

Dalam pada itu, beliau menyifatkan keputusan hakim, Mohamad Zabidin perlu dipertimbangkan semula kerana wujud elemen konspirasi politik dalam kes itu.

“Penting untuk diberikan perhatian bahawa asas penghujahan peguam Anwar adalah wujud konspirasi politik untuk menjatuhkan Anwar.

“Berkali-kali Suaram menyuarakan bahawa mahkamah telah dijadikan boneka oleh kerajaan yang memberikan keputusan berat sebelah bukan berdasarkan kepada keadilan,” tegasnya.

Source: KeadilanDaily