Ilmam gesa kerajaan pantau keselamatan pelajar M’sia

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Lepasan Mahasiswa Mesir (Ilmam) menggesa kerajaan Malaysia bertindak segera bagi menyelamatkan nyawa dan kebajikan mahasiswa Malaysia yang sedang menuntut di Mesir supaya proses pendidikan dapat berjalan seperti biasa.

Naib Presidennya, Syed Abdul Kadir Aljoofre berkata, pihaknya sentiasa memantau perkembangan mahasiswa melalui saluran wakil Ilmam yang berada di Kaherah.

“Ilmam mendoakan keselamatan mahasiswa di Mesir dan mengharapkan pihak kerajaan Malaysia juga sentiasa memantau dari semasa ke semasa perkembangan mahasiswa di sana,” katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Dalam operasi pembunuhan beramai-ramai oleh tentera semalam, sekurang-kurangnya 30 ulama Al-Azhar, serta lebih 2000 orang penyokong Presiden Dr Muhammad Mursi terbunuh termasuk wartawan dan jurugambar.

Dalam pada itu, Ilmam juga katanya menyokong desakan agar kerajaan Malaysia mengadakan sidang khas parlimen tergempar bagi menyatakan kekesalan terhadap insiden pembunuhan kejam itu.

Malaysia juga ujarnya perlu mendesak negara-negara Islam melalui Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC), Liga Arab bertindak di atas pembantaian dan pembunuhan beramai-ramai ini yang disifatkan mencemarkan nama baik Islam dan seluruh negara umat Islam amnya.

Baca lagi..

Najib Perlu Minta Maaf Umat Islam Hina Ulama Tersohor Dunia

AAKenyataan sembrono Perdana Menteri Najib Razak mengenai Dr Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi dan Ikhwanul Muslimin tidaklah memeranjatkan. Kenyataan menolak penyertaan Ikhwanul Muslimin dalam menentukan haluan politik Mesir dan Timur Tengah hanyalah semata-mata bertaklid dengan pendirian Amerika Syarikat.

Sebagai pemimpin negara yang menganggotai Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC), Najib telah menyinggung ulama tersohor dunia Islam dan seluruh warga Muslim di atas kenyataan tidak bertanggung jawab beliau di Istanbul, Turki yang dipetik oleh National Review Online pada 23 Februari 2011 bertajuk Malaysian PM: Muslim Brotherhood Must Renounce Violence or Be Left Out.

Demokrasi adalah proses politik yang bersifat inklusif. Satu proses politik yang menolak penyertaan sebahagian dari anggota masyarakat adalah bertentangan dengan semangat dan amalan demokrasi.

Sejak penubuhannya dalam tahun 1928 Ikhwanul Muslimin telah terlibat secara langsung dalam perjuangan rakyat Mesir melawan penjajahan. Ikhwanul Muslimin juga  pendukung terkuat kepada perjuangan rakyat Palestin.

Sejak diharamkan dalam tahun 1954 Ikhwanul Muslimin menjadi mangsa kepada kezaliman rejim tentera Mesir. Meskipun ditekan selama berdekad-dekad Ikhwan terus kuat dan merupakan organisasi yang paling konsisten melawan kezaliman pemerintahan tentera dan rasuah di negara tersebut.

Mereka yang berpandangan Ikhwan Muslim perlu dikeluarkan dari proses politik Mesir pasca Mubarak dan pasca rejim tentera adalah jahil terhadap sejarah politik Mesir dan aspirasi rakyat negara tersebut. Ikhwan adalah sebahagian dari rakyat Mesir dan merupakan kumpulan yang paling sedar terhadap kezaliman rejim Mubarak dan keperluan demokrasi di Mesir.

Kenyataan Perdana Menteri yang mengaitkan Sheikh Yusuf Qaradhawi dengan keganasan dan terorisma menunjukan Dato’ Sri Najib telah menjadi perkakas kepada propaganda Israel yang mendapat dukungan daripada golongan ekstrim dalam dasar luar Amerika Syarikat.

Sheikh Yusuf adalah ulama’ yang paling tegas memperjuangan hak rakyat Palestin. Oleh itu, propaganda Israel dan penyokong-penyokongnya di Amerika cuba menggambarkan Sheikh Yusuf sebagai penyokong keganasan.

Perdana Menteri harus sedar bahawa Sheikh Yusuf adalah ulama’ dunia Islam yang paling berpengaruh dewasa ini. Selama berdekad-dekad Sheikh Yusuf telah berjuang melalui tulisan dakwah beliau untuk melawan golongan ekstrimis dalam Islam dengan mengemukakan falsafah kesederhanaan (al-Wasatiah) dalam Islam.

Maka mengaitkan Sheikh Yusuf,  yang juga Tokoh Maal Hijrah tahun 2009, merupakan satu kejahilan yang tidak boleh dimaafkan. Kerana keceluparan tersebut saya menuntut Perdana Menteri memohon maaf kepada Sheikh Yusuf Qaradhawi.

Mohamed Azmin Ali
Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat

Source: Suara Keadilan

Hentikan Segera Pembunuhan Rakyat Libya

NM9Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), berasa amat sedih dan memandang serius perkembangan politik yang sedang berlaku di Libya sekarang ini.

Rakyat yang bangkit menentang pemerintah kuku besi berhadapan dengan tindak balas pihak berkuasa yang tidak berperikemaknusian. Jelas sekali, pemerintah Libya secara terbuka telah mengisytiharkan perang terhadap rakyatnya sendiri.

KEADILAN ingin menzahirkan sokongan terhadap rakyat mana-mana negara sekalipun yang bangkit menyatakan bantahan mereka terhadap pemerintah yang zalim. Kebebasan bersuara merupakan hak asasi rakyat. Pemerintah bertanggungjawab memastikan bahawa hak yang dijamin masyarakat antarabangsa ini dihormati  dan dilaksanakan.

Justru, KEADILAN menuntut pemerintah Libya segera menghentikan tindakan zalim membunuh rakyat secara beramai-ramai. KEADILAN yakin bahawa  rakyat Libya berupaya menentukan nasib mereka sendiri tanpa campur tangan mana-mana pihak yang berkepentingan.

KEADILAN menyeru seluruh lapisan masyarakat antarabangsa mengambil tindakan segera bagi menghentikan pelbagai tindakan tidak berperikemanusiaan.  Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, Liga Arab dan Pertubuhan Negara-negara Islam tidak boleh berdiam diri berpeluk tubuh membiarkan rakyat Libya terus dibunuh oleh pemerintahnya sendiri.

KEADILAN juga mendesak Kerajaan Malaysia yang menganggotai PBB, NAM dan OIC supaya berperanan tegas dalam menangani isu-isu seperti ini.

Dr Muhammad Nur Manuty
Ketua Penerangan

Source: Suara Keadilan