Najib nafi Laporan Bank Dunia

Datuk Seri Najib Razak menafikan Laporan Bank Dunia yang mendakwa dasar yang memberi keutamaan kepada Bumiputera menyebabkan berlaku masalah “brain drain” dan kurang kemasukan pelaburan ke negara ini.

Perdana Menteri berkata, pelaburan langsung asing (FDI) ke Malaysia sebaliknya meningkat kepada RM9 bilion tahun lalu daripada RM1.4 bilion pada 2009.

“Saya rasa laporan itu kurang tepat tapi daripada segi ‘brain drain’ itu, memang kita dah kenal pasti sebagai salah satu daripada masalah yang perlu dicari penyelesaiannya.

“Sebab itu kita menubuhkan Talent Corp dan langkah pertama saya telah umumkan di Invest Malaysia baru-baru ini ialah pemberian insentif cukai pendapatan pada kadar tetap 15 peratus bagi tempoh lima tahun jika mereka (profesional rakyat Malaysia) balik ke Malaysia.

“Ini salah satu daripada inisiatif pertama dan inisiatif lain yang telah dipersetujui dan kita akan ambil langkah selanjutnya,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Kebangsaan di Putrajaya hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai Laporan Bank Dunia semalam bahawa lebih sejuta rakyat Malaysia bekerja di luar negara manakala pelaburan langsung asing ke Malaysia adalah kurang disebabkan oleh dasar itu.

Najib berkata, beliau yakin Malaysia akan mampu menjamin pertumbuhan yang sihat untuk FDI dan pelaburan domestik.

“Jangan lupa, ia bukannya semata-mata soal FDI tetapi juga pelaburan demostik. Sebanyak 73 peratus daripada perancangan kita membabitkan pelaburan domestik,” katanya.

Beliau juga berkata, projek Program Transformasi Ekonomi secara besar-besaran yang sedang dan akan dilaksanakan juga akan memberi peluang lebih terbuka kepada rakyat untuk mengambil bahagian dalam pembangunan negara.

- Bernama

Dr M: Malaysia perlu galak pelaburan domestik

mahathir responses to suaram report 01Malaysia perlu lebih bergantung kepada pelaburan domestik daripada pelaburan langsung asing (FDI) bagi menjana pertumbuhan ekonomi yang berterusan, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.Beliau berkata, sudah terdapat banyak syarikat tempatan yang kini berupaya merangsang pertumbuhan ekonomi negara melalui pelaburan domestik mereka.

“Malaysia tidak boleh lagi bergantung kepada FDI kerana sekarang kita sudah tidak memperolehi banyak FDI,” katanya semasa berucap pada Ceramah Malaysia 2020 di sebuah pusat peranginan di Ayer Keroh di Melaka hari ini.

Hadir sama Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob dan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Dr Mahathir yang dalam lawatan dua hari ke Melaka bermula hari ini berkata, terdapat lebih 14 syarikat besar tempatan yang keupayaan operasinya sehingga ke luar negara boleh membantu merangsang pertumbuhan ekonomi negara.

Beliau berkata, bagi menggalakkan pelaburan domestik, kerajaan perlu memberi insentif seperti pengecualian atau pengurangan cukai sebagai dorongan untuk syarikat tempatan lebih berjaya.

Beliau yang yakin Malaysia akan mencapai matlamat negara maju menjelang 2020, wawasan yang dicetuskan beliau pada 1990, berkata negeri-negeri yang belum mencapai status negeri maju perlu giat berusaha termasuk memajukan aset yang terdapat di negeri masing-masing.

Katanya, rakyat juga perlu membantu kerajaan bagi mencapai wawasan berkenaan, antaranya mempersiapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan menjadi pekerja mahir berpendapatan tinggi.

- Bernama

Source: Malaysiakini

Umno-BN Hancurkan Sistem Pendidikan Negara Setelah 50 Tahun Memerintah

RamaKUALA LUMPUR 19 Nov – Mutu pendidikan di Malaysia semakin merosot dari tahun ke tahun kerana sejak Merdeka, Umno-Barisan Nasional telah mempolitikkan isu pelajaran sehingga menjejaskan keyakinan pelabur untuk menanam modal dalam sektor yang penting ini.

Senator Dr S Ramakrishnan berkata walaupun berbilion ringgit peruntukan telah dicurahkan dalam bentuk prasana dan kemudahan persekolahan namun kualiti pendidikan berada pada tahap yang rendah.

“Kerajaan membelanjakan kira-kira 20 ke 21 peratus daripada belanjawan untuk sektor pendidikan. Berdasarkan kepada laporan UNHDP 2009, Malaysia memperuntukkan 8.1 peratus daripada Keluaran Salam Negara Kasar (KDNK) kepada pendidikan dan berada pada kedudukan ke-10 dalam dunia.

“Amerika Syarikat membelanjakan kira-kira 5.7 peratus manakala Britain pula 5.3 peratus. Jadi Malaysia dikira sebagai negara yang tinggi peruntukannya kpada pendidikan dan kita tidak sepatutnya mempunyai masalah dengan kemahiran dan kepakaran dan seterusnya mentransformasi dari ekonomi berpendapatan sederhana kepada pendapatan tinggi,” kata Dr Ramakrishnan.

Bagaimanapun kata beliau pelabur serta pelaburan langsung asing (FDI) menyisihkan diri daripada Malaysia disebabkan mutu pendidikan yang rendah, tidak kompetitif dan sumber tenaga yang tidak pro-aktif ditambah pula dengandasar yang berubah-ubah, tidak konsisten dan kerenah birokratik.

Kata Dr Ramakrishnan lagi sebagai negara yang tinggi tahap perbelanjaannya untuk pendidikan agak pelik mengapa pekerja mahir dan pakar asing tidak tertarik untuk menapak di negara ini dan lebih parah lagi pengubal dasar pendidikan tidak langsung mempunyai terhada masalah ini.

“Di mana salahnya? Begitu banyak sumber dihabiskan tetapi tidak memberi hasil yang diinginkan. Kerajaan seolah buat-buat tidak nampak walhal penyelesaiannya berada di depan mata.

“Pihak kementerian dan pembuat dasar membelanjakan berbilion ringgit membina infrastrukur, komputer, peralatan dan sebagainya, Malah pembelian peralatan memakan sebahagian besar peruntukan kementerian disamping perbelanjaan besar untuk menganjurkan seminar dan latihan di mana fokusnya bukan kepada pembelajaran tetapi kepada makan, minum, penginapan di hotel mewah dan bersiar-siar.

“Berbilion juga dibelanjakan untuk pendidikan agama di mana penekanannya adalah kepada isu halal dan haram, lebih kepada bentuk daripada isu seperti isu kandungan modul propaganda BTN.

“Sekolah baru dibina dimerata tempat tetapi kualiti pengajaran terus merudum serta kualiti pengetua juga turut jatuh. Pernaha dahulu kita berbangga dengan pengetua yang hebat dan guru yang dibanggakan yang mampu dijadikan model ikutan pelajar,” kata beliau dalam nada kesal.

Dr Ramakrishnan berkata kejatuhan mutu pendidikan di negara ini bermula apabila Umno-BN menjadikannya percaturan politik dengan menjadikan Dasar Ekonomi Baru sebagai landasan mendapatkan sokongan masyarakat Melayu.

Malah dalam proses itu Umno-BN merubah perkhidmatan awam yang dahulunya dianggotai pelbagai kaumn kepada satu badan yang majoritinya didominasi oleh satu kaum dan agama.

Penjawat awam yang berdedikasi dan berpengalaman seperti guru, doktor dan professional lain tidak dinaikkan pangkat tetapi sebaliknya tempat mereka diganti oleh kakitangan yang lebih rendah.

“Dengan cara ini Umno-BN menafikan perkhidmatan awam mempunyai kakitangan yang berpengalaman dan mampu. Mereka gagamelihat bahawa sebagai sebuah negara berbilang bangsa perkhidmatannya perlu dibangunkan atas prinsip yang sama untuk memenuhi keperluan semua warganegara.

“Hasil tindakan Umno-BN mereka mewujudkan satu perkhidmatan awam yang tidak mampu membuat keputusan yang bersifat jangka panjang. Penjawat awam tidak dibenarkan menjadi matang dan berfikir secara bebas untuk kebaikan perkhidmatan awam dan akhirnya menghasilkan birokat yang hanya menjadi tujang angguk dan bermentaliti hamba,” jelas beliau.

Merujuk kepada dasar pembelajaran Bahasa Inggeris di sekolah, Dr Ramakrishnan menambah sistem pendidikan sekarang menidakkan pelajar mempunyai cara berfikir secara bebas, kritikal dan analitikal.

Kerajaan sepatutnya meneruskan sekolah aliran Inggeris tanpa mengorbankan kepentingan Bahasa Malaysia tetapi sebaliknya menutup semua sekolah Inggeris dan hanya mengajar mengajar matapelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa tersebut.

Langkah ini pun ditukar semula setelah lapan tahun dilaksanakan yang membabitkan berbilion ringgit.

‘Flip flop’ seperti ini telah menyebabkan kekeliruan yang hebat dan malah orang Melayu sendiri tidak lagi yakin kepada sistem pendidikan negara.

“Terdapat 70,000 pelajar Melayu di sekolah Cina, kadar penghijrahan professional Melayu ke luar negara semakin tinggi serta bilangan yang ramai pelajar Melayu di sekolah persendirian tempatan dan antarabangsa menunjukkan sistem pendidikan yang hanya menjurus kepada penghambaan kepada Umno-BN

“Semua dasar yang digubal membawa halatuju yang salah. Hasilnya sistem pendidikan Malaysia tidak mampu menarik kepakaran luar. Pelajar miskin bukan Melayu yang mempunyai keputusan peperiksaan yang baik sepatutnya diberi biasiswa dan tempa di universiti dalam kursus diminati mereka.

“Kepakaran rakyat Malaysia ada dimerata tempat di negara ini tetapi Umnoputra yang mendominasi kerajaan buta terhadap hakikat ini. Malah kepakaran rakyat Malaysia di luar negara kini membantu memakmurkan negara asing da pada masa yang sama Umno-BN meminggirkan rakyat negara ini yang berkaliber dan bermutu,” tegas beliau.

Source: Suara Keadilan

Umno-BN Tidak Berani Sentuh Isu FDI Dalam Belanjawan

KS10KUALA LUMPUR 15 Okt – Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad menyifatkan isu Pelaburan Langsung Asing (FDI) yang tidak sekalipun disentuh di dalam Belanjawan 2011 membuktikan ketakutan Umno-Barisan nasional untuk bersikap telus dengan rakyat berhubung kedudukan sebenar ekonomi negara.”Umno-BN dibelenggu ketakutan jika mereka cuba membuat unjuran mengenai kemasukan FDI kerana rakyat tahu laporan antarabangsa menunjukkan betapa Malaysia sudah hilang daya saing dan mendapat FDI paling corot di kalangan negara rantau Asia.

“Perdana Menteri tidak menyentuh langsung mengenai aspek-aspek bukan ekonomi seperti ketelusan, usaha melawan rasuah, kehakiman bebas dan sebagainya yang memberi kesan kepada ekonomi serta menjadi pertimbangan penting kepada pelabur asing,” komen Khalid kepada Suara Keadilan di lobi Parlimen.

Tambah beliau belanjawan yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hanya menonjolkan imej berbelanja tanpa memberitahu rakyat bagaimana kerajaan akan memperolehi atau meningkatkan pendapatan.

Source: Suara Keadilan