Posts Tagged ‘Ketua Pengarah Jpj’

Menteri, KP digesa jawab dakwaan guna logo JPJ

Posted on the November 21st, 2012 under Politik by

NGO berkaitan PKR, JINGGA 13 mendesak menteri pengangkutan dan ketua pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menjawab dakwaan tindakan kontraktor AES menggunakan kenderaan berwarna dan berlogo JPJ dalam tempoh seminggu dari sekarang.

Setiausaha Agung Jingga 13, DK Vicky berkata, rakyat mahu tahu siapakah yang telah membenarkannya sepertimana dakwaan dalam laporan polis yang dibuat oleh dua ahli Parlimen PAS semalam.

Laporan tersebut dibuat oleh Ahli Parlimen PAS – Datuk Mahfuz Omar yang juga pengerusi Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (KASE) dan Mohd Firdaus Jaafar – di Balai Polis Dang Wangi semalam.

Mereka mendakwa kontraktor AES menggunakan kenderaan dengan warna dan logo JPJ dan mendakwa melanggar Seksyen 170 dan Seksyen 171 Kanun Keseksaan, iaitu menyamar sebagai penjawat awam dan memakai pakaian atau membawa tanda yang digunakan pejawat awam dengan niat menipu.

Selangor tak benarkan penguatkuasaan AES

Posted on the November 12th, 2012 under Tempatan by

Kerajaan Selangor tidak akan membenarkan penguatkuasaan kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang telah dipasang di negeri ini kerana Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) gagal membuktikan AES adalah cara terbaik untuk mengatasi peningkatan kadar kemalangan jalan raya.

Setelah mendengar taklimat oleh Ketua Pengarah JPJ, Datuk Solah Mat Hassan dalam mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) semalam, kerajaan negeri bercadang untuk melantik penilai bebas untuk mengkaji sama ada Kementerian Pengangkutan telah mengambil kira secara menyeluruh langkah-langkah sepatutnya sebelum membuat keputusan untuk mengunapakai dan memasang sistem AES ini.

Dari pembentangan tersebut, Kerajaan Negeri juga mendapati Kementerian Pengangkutan telah gagal mendapatkan kebenaran untuk pembinaan struktur bagi sistem AES daripada pihak berkuasa tempatan (PBT).

Justeru, Kerajaan Negeri mengarahkan semua PBT untuk memaklumkan  kepada kementerian menyatakan bahawa pemasangan AES telah tidak mematuhi undang-undang dan tidak boleh dilaksanakan sehingga perkara ini dipatuhi.

JPJ Langgar Perlembagaan Halang Perbaharui Cukai Jalanraya

Posted on the February 28th, 2011 under Politik by

MO11Datuk Solah Mat Hassan, Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia terus menggesa semua pemandu dan pemilik kenderaan yang dikatakan memiliki saman tertunggak supaya segera menjelaskannya pada atau sebelum 28/02/2011. Kegagalan menjelaskan saman-saman tertunggak ini akan menyebabkan pemegang lesen memandu dan pemilik kenderaan disenarai hitam dan dihalang daripada memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu bermula 1/3/2011.

Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (KASE) amat kesal dengan kenyataan berbaur ugutan daripada Ketua Pengarah JPJ tersebut. Sebagai seorang penjawat awam, beliau tidak sepatutnya mengugut rakyat yang belum didapati bersalah melakukan kesalahan supaya membayar denda kepada pihak berkuasa.

KASE memohon Ketua Pengarah JPJ dan Kementerian Pengangkutan merujuk kepada kes Leonard Lim Yaw Chiang lwn Director of Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sarawak & Anor [2009] 6 CLJ 280 yang telah memutuskan bahawa tindakan JPJ menghalang pemilik kenderaan memperbaharui cukai jalan di bawah Seksyen 17(1)(d) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (APJ 1987) tanpa siasatan dan alasan yang wajar adalah salah di sisi undang-undang dan bertentangan dengan Perkara 13 Perlembagaan Malaysia.

KASE sedia maklum alasan JPJ tidak mematuhi keputusan kes Mahkamah Tinggi Kuching tersebut tetapi berpendapat bahawa alasan JPJ tidak mematuhi keputusan kes tersebut adalah salah dan menghina Mahkamah. JPJ beranggapan bahawa kes Mahkamah Tinggi Kuching tersebut hanya terpakai kepada pemohon di dalam kes tersebut adalah salah. Alasan JPJ bahawa kes tersebut diputuskan sebegitu kerana isu saman di dalam kes tersebut mempunyai keraguan juga adalah tidak tepat.