Posts Tagged ‘Kata Kata Nasihat’

Imam Hoslan berpeluang berdakwah dalam penjara

Posted on the October 12th, 2012 under Politik by

Hoslan mencium seorang anaknya sebaik dibebaskan, semalam.

KUALA LUMPUR: Imam Hoslan Husin, 46, yang baru sahaja kembali ke pangkuan anak dan isterinya semalam selepas hampir tujuh bulan menjalani hukuman penjara akan meneruskan kehidupan biasa dengan berniaga buku dan kitab-kitab pengajian agama Islam.

Itulah sumber pendapatan beliau selain bekerja makan gaji dengan vendor alam sekitar sebagai ‘water monitoring’.

Bagaimanapun, beliau akan merujuk semula dengan majikannya itu kerana difahamkan akan diberi ruang untuknya di sana selepas ini.

Malah katanya, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyokong penuh perjuangannya.