Posts Tagged ‘Hari Ini’

Kumpulan ‘pro-kangkung’ bakar patung ‘Kai Lan’

Posted on the January 20th, 2014 under Politik by

Lee Khai LoonSHAH ALAM, 19 JAN: Anggota Umno Pulau Pinang dan sekutu mereka menganjurkan sebuah lagi perhimpunan membantah flash mob wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang menyindir kenyataan ‘kangkung’ Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, di Bukit Mertajam, hari ini.

Memetik Malaysia Kini, peserta himpunan itu membakar patung dengan gambar Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Machang Bubuk, Lee Khai Loon dan turut meludah serta memijaknya,

Mereka juga menyimbah air ke atas poster pemimpin DAP, Lim Kit Siang dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang bertulis ‘Guru yang ajar DAP biadab Melayu’.

Kira-kira 200 orang menyertai perhimpunan di kawasan pasar malam di Alma dan sebelum itu terdapat ucapan yang menggelar Khai Loon sebagai kurang ajar, bodoh dan bermulut kotor.

Rakyat tidak mahu ISA dikembalikan

Posted on the January 13th, 2014 under Politik by

Oleh: Mohd Ezli Mashut

anti-isaSHAH ALAM 12 JAN: Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sudah tidak relevan lagi, dan isu itu tidak perlu dibangkitkan lagi, kata Adun Seberang Jaya, Dr Afif Bahardin.

Beliau berkata rakyat yang berfikiran waras tidak mahu akta drakonian tahanan tanpa bicara itu dikembalikan di negara ini.

Katanya, ISA merupakan satu akta zalim dan tidak berperikemanusiaan kerana menahan individu itu tanpa bicara sehingga 60 hari.

“Sampai bila Malaysia perlu kembali berpatah balik sedangkan negara lain kian maju ke depan, negara dunia kelas pertama membuktikan kebebasan bersuara dapat menjamin titik perubahan kepada negara.

Tiada sebab ada pihak mahu guling kerajaan – Ahmad Maslan

Posted on the December 31st, 2013 under Politik by

BAGAN DATOH: Tidak ada sebab pihak tertentu mahu menggulingkan kerajaan berikutan peningkatan kos sara hidup rakyat kerana kepimpinan negara sentiasa berusaha menanganinya dengan formula terbaik.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan berkata kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) mempunyai kemampuan untuk melaksanakan pelbagai program bagi meringankan beban rakyat kerana ia adalah satu amanah.

“Tidak ada sebab pihak tertentu mahu menggulingkan kerajaan sedangkan kerajaan BN berusaha untuk memberi pelbagai bantuan kepada rakyat dengan menyediakan peruntukan dan subsidi bernilai berbilion ringgit,” katanya kepada pemberita selepas memberi taklimat isu semasa kepada pelbagai pemimpin masyarakat di kawasan Parlimen Bagan Datoh hari ini.

Beliau berkata kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bercita-cita tinggi untuk membantu meringankan beban rakyat.

Kempen ‘2014-Tahun Membantah GST’ dilancar

Posted on the December 31st, 2013 under Politik by

KUALA LUMPUR: Sebuah kumpulan yang menamakan diri mereka Gabungan Bantah GST hari ini melancarkan kempen yang bertema ‘2014-Tahun Membantah GST’.

Gabungan ini terdiri daripada wakil-wakil Pakatan Rakyat, Parti Sosialis Malaysia (PSM), Gabungan Rakyat Tertindas (Jerit) dan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Bank (Nube) dan beberapa NGO lain.

Menurut Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli, tidak mustahil kerajaan akan membatalkan rancangan melaksanakan GST jika rakyat konsisten mengadakan bantahan.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Krai berkata, Rang Undang-undang mengenai GST belum dibacakan untuk kali kedua selepas mendapat tentangan dariapda Ahli Parlimen Pakatan Rakyat.

“Rang Undang-Undang GST dibentang kali pertama pada 2010 dan kita lancar kempen bantah GST.

SAMM bercadang saman timbalan ketua polis KL

Posted on the December 30th, 2013 under Politik by

Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin berkata beliau bercadang untuk mengemukakan saman ke atas timbalan ketua polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh Ishar Singh atas tuduhan yang mengaitkan beliau dan NGO tersebut ‘himpunan guling kerajaan’.

Beliau akan mengemukakan saman tersebut sekiranya Amar Singh tidak meminta maaf dan menarik balik tuduhan tersebut.

Katanya beliau juga akan memulakan saman ke atas agensi media yang menyiarkan “fitnah dan propaganda” tersebut.

“Saya akan ambil tindakan undang-undang terhadap Datuk Amar Singh Ishar Singh dan semua media jahat yang menjadi lidah penyambung fitnah tersebut.

Angkara budaya rasuah, Malaysia diambang bankrap

Posted on the December 23rd, 2013 under Politik by

KUALA LUMPUR: Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang menegaskan selagi Umno/BN dibiarkan terus memerintah, Malaysia bakal berdepan risiko bankrap.

Beliau berkata, pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) bukan penyelesaian untuk mengelak daripada masalah itu kerana punca utamanya adalah penyelewengan yang sehingga kini masih tidak dapat dibendung dan semakin membarah.

“Hari ini kita menolak GST kerana Malaysia belum bersedia untuk menerimanya.

“Apakah kekurangan GST menyebabkan bankrap? Tidak, bukan GST dan bukan juga cukai yang membawa kepada bankrap. Penyebab utamanya adalah urus tadbir buruk dan rasuah melampau dalam kerajaan.

“Selagi ia tidak dapat dihapuskan, GST tidak patut sama sekali dilaksanakan dalam negara ini,” katanya ketika menyampaikan ucapan dalam ceramah ‘Faham GST, Tolak GST di Padang Kelab Sultan Sulaiman, baru-baru ini.

Syiah: PAS sifatkan ‘bukti’ KDN terlalu dangkal

Posted on the December 13th, 2013 under Politik by

KUALA LUMPUR: PAS menyifatkan pendedahan Kementerian Dalam Negeri kononnya ‘bukti’ bagi mengaitkan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dengan ajaran Syiah sebagai terlalu dangkal.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata, bukti-bukti itu bukan sahaja dangkal, malah jauh sekali untuk mengaitkan Mohamad dengan akidah Syiah.

“Melawat Iran contohnya, ramai orang pergi lawat Iran. Saya sendiri beberapa kali pergi ke sana.

“Adakah orang yang pergi melawat China dikira menganut ajaran Komunis?

KDN fitnah, saya akan ambil tindakan – Mohamad Sabu

Posted on the December 13th, 2013 under Politik by

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berikutan dakwaan menuduhnya mengamalkan ajaran Syiah.

Tindakan serupa juga kata Mohammad akan diambil terhadap Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi yang didakwa mengemukakan ‘bukti’ yang memfitnahnya.

Menurut Mohamad, beliau melihat bukti yang didedahkan KDN hari ini sebagai fitnah terhadapnya dan merupakan lanjutan dari kenyataan Ahmad Zahid dalam ucapan penggulungan di Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini.

“Kenyataan Naib Presiden Umno, Zahid Hamidi memang mempunyai rekod tidak bertanggungjawab.

Rogol kumpulan, hukuman liwat lebih berat dicadang

Posted on the September 26th, 2013 under Tempatan by

Rogol berkumpulan dan penggunaan kekerasan oleh pasangan suami isteri antara dua konsep baru yang diperkenalkan dalam Kanun Keseksaan yang dibentangkan dalam rang undang-undang di Dewan Rakyat hari ini.

Rang undang-undang itu juga mencadangkan hukuman lebih berat, daripada 20 kepada 30 tahun penjara untuk kesalahan persetubuhan luar tabii (termasuk liwat) dan sumbang mahram.

Pada masa ini, hukuman untuk kesalahan rogol dan liwat adalah 20 tahun penjara dan sebatan.

Rang undang-undang pindaan bagaimanapun tidak menyebut berkaitan sebatan sebagai hukuman untuk kes rogol berkumpulan.

Anak Najib dalam SerSol Holdings

Posted on the September 26th, 2013 under Politik by

Nama Mohd Nazifuddin, anak kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, muncul sebagai pemegang utama dalam syarikat cat SerSol Bhd.

Kemasukannya ke dalam SerSol diikuti dengan lantikan Mohamed Ridzuan, anak bekas menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, sebagai pengarah pengurusan pada 3 September lalu.

NONEBerdasarkan siri fail Bursa hari ini, Nazifuddin (kanan) dan Lim Kim Chai kini secara tidak langsung memegang 20.76 peratus kepentingan dalam SerSol, melalui SerSol Holdings Sdn Bhd.

SerSol Holdings mempunyai 40 juta saham atau 20.76 peratus dalam SeSol.