Posts Tagged ‘Harakahdaily Net’

Turun harga minyak, bukan hanya potong gaji menteri

Posted on the September 10th, 2013 under Politik by

KUALA LUMPUR: Cadangan agar gaji menteri dipotong beberapa peratus bukanlah cadangan yang menyeluruh sebaliknya kerajaan harus memikirkan kesan jangka panjang yang akan menimpa rakyat akibat kenaikan harga minyak.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, rakyat perlu memberikan desakan yang kuat kepada kerajaan agar menurunkan kembali harga minyak.

“Potong gaji menteri bukanlah penyelesaian holistik dan tidak memberikan kesan yang besar kepada rakyat.

“Desakan harus dibuat kepada kerajaan dengan memandang ke depan dan konstruktif,” kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Jimat: Selesaikah masalah potong elaun menteri?

Posted on the September 10th, 2013 under Politik by

KOTA KINABALU: Pengerusi PKR Sabah, Datuk Seri Panglima Lajim Ukin mempersoalkan adakah cadangan memotong elaun menteri mahupun pemimpin Barisan Nasional (BN) ataupun Pakatan Rakyat sebagai satu langkah terbaik untuk penjimatan ekoran kenaikan harga minyak sebelum ini.

Beliau ketika ditemui Harakahdaily di pejabatnya memberitahu Pakatan Rakyat tidak mempunyai masalah untuk mengambil tindakan tersebut tetapi tidak yakin ia dapat menyelesaikan masalah tersebut.

“Kita tidak ada masalah untuk turut sama memotong elaun, tetapi kita perlu persoalkan adakah ia dapat menyelesaikan masalah penjimatan berhubung dengan kenaikan harga minyak.

“Kerajaan perlu memikirkan satu pendekatan jangka panjang, bukannya berfikir untuk tempoh singkat. Perlu mencari jalan terbaik untuk menyelesaikan masalah tersebut,” jelasnya.

Naik tidak sejajar dengan harga minyak mentah

Posted on the September 9th, 2013 under Politik by

KUALA LUMPUR: Kenaikan terbaru harga minyak disifatkan tidak sejajar dengan trend kenaikan harga minyak mentah sejak dua tahun lalu sekiranya benar harga kenaikan ditentukan oleh harga pasaran.

Malah, kuota pengeluaran Pertubuhan Negera Pengeluar Minyak (OPEC) juga tidak menunjukkan sebarang perubahan yang mengekalkan kuota pengeluaran kepada 30 juta tong sehari dan ianya ke dilihatkal sejak dua tahun lalu.

Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS Pusat (PPP), Dr. Dzulkefly Ahmad berkata ini ditambah dengan pengeluaran Shale Oil yang semakin meningkat dari Amerika Syarikat yang kini mengeluarkan tujuh juta tong sehari dari simpanan Shale Oil.

“Kadar pengeluaran ini dilaporkan akan terus meningkat ke sembilan juta tong sehari dalam tempoh terdekat. Sebagai pengimpot dan pengguna minyak terbesar dunia, sudah pasti ini akan menstabilkan lagi pasaran minyak dunia lantas harga minyak pasti lebih mapan,” kata beliau kepada Harakahdaily.

Tidak mustahil mansuh RON95, guna RON97

Posted on the September 5th, 2013 under Politik by

SHAH ALAM: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad tidak menolak spekulasi mengatakan kerajaan ingin mewujudkan petrol RON92 adalah bagi memansuhkan RON95 yang dinaikkan harga sebanyak 20 sen kelmarin.

Katanya kepada Harakahdaily, adalah terlalu sukar untuk kerajaan menyediakan tiga jenis minyak bagi kegunaan pemandu apatah lagi ia melibatkan kos pengubahsuaian yang besar kepada pengusaha stesen minyak.

“Saya tidak menolak dan ada kemungkinan besar bila wujudnya minyak RON92 atau nama lain regular, ia bagi tujuan untuk memansuhkan minyak RON95.

Tambah beliau, jika ini keputusan yang diambil oleh kerajaan maka ia telah memberi tekanan kepada pengguna minyak RON95 untuk beralih kepada RON97 yang harganya lebih mahal.

Menurutnya RON92 hanya sesuai kepada kenderaan yang lama dan penggunaan minyak tersebut tidak sesuai dengan kenderaan keluar terbaru yang disarankan menggunakan RON95.

Akhirnya Hatijah Aam umum bertaubat

Posted on the September 5th, 2013 under Tempatan by

KUALA LUMPUR: Dalam satu perkembangan yang mengejutkan, balu bekas pemimpin Al-Arqam, Allahyarham Ustaz Asaari Muhammad yang juga Pengerusi Eksekutif Global Ikhwan Sdn Bhd (GISB), Hatijah Aam mengumumkan bertaubat dan meninggalkan ajaran Aurad Muhammadiah yang menjadi pegangan kumpulan tersebut.

Dalam tiga pucuk surat yang diemel kepada Harakahdaily, Hatijah (gambar), Timbalan Pengerusi GISB, Rasidi Abdullah dan Ketua Pegawai Eksekutif GISB, Lokman Hakim memohon maaf kepada pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), polis, akhbar, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Kerajaan Malaysia kerana melanggar fatwa, memutuskan silaturrahim dan bersangka buruk.

“Bahawa kami GISB mengaku bersalah dan sanggup bertaubat dan bersumpah atas nama Allah! Sekiranya perkara ini diragui kebenarannya.

“Mohon pihak tuan aturkan apa sahaja program untuk mempastikan kami benar-benar selamat dari ajaran sesat ini!” kandungan surat bertajuk Memohon Maaf Kepada Pihak Berwajib itu dipetik.

Syria: Perancangan barat serangan bom kimia?

Posted on the August 28th, 2013 under Politik by

KUALA LUMPUR: Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) tidak menolak konflik berlaku di Syria mempunyai modus operandi yang diatur oleh pihak barat untuk menyerang negara itu.

Menurut Penyelaras Kempen Selamatkan Mesir, Aiman Athirah Al Jundi suasana di Syria hari ini tidak ubah sepertimana yang berlaku di Iraq dan Afghanistan.

“Misalnya isu di Syria, kita mengambil sikap berhati-hati untuk mengeluarkan kenyataan termasuk gas kimia yang dilepaskan menyebabkan lebih 2,500 rakyat termasuk kanak-kanak terbunuh,” katanya.

Ini kerana, jelasnya penggunaan bom kimia itu dipercayai ada unsur-unsur sabotaj daripada pihak barat kononnya tindakan itu adalah kesalahan Basyar Al Assad dan tenteranya.

Semua ahli PAS dikerah sertai Black 505 15 Jun

Posted on the June 10th, 2013 under Politik by

KUALA LUMPUR: PAS hari ini mengerahkan ahlinya menyertai perhimpunan aman Black 505 bagi menolak penipuan serta menuntut reformasi pilihan raya yang akan diadakan di Padang Merbok, Kuala Lumpur 15 Jun nanti.

Perkara tersebut dinyatakan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu ketika ditemui di Ibu Pejabat Agung PAS selepas mesyuarat bulanan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.

Menurutnya, keputusan tersebut telah diputuskan di dalam mesyuarat pagi tadi.

“Kita hari ini membuat keputusan untuk mengerahkan ahli-ahli PAS bagi menyertai himpunan aman Black 505 yang akan di adakan pada 15 Jun nanti.

PAS juga akan cadang wakil Pegawai Perhubungan Politik

Posted on the June 8th, 2013 under Politik by

KUALA LUMPUR: PAS Selangor akan menuruti langkah DAP bagi mencadangkan seorang wakilnya untuk jawatan Pegawai Perhubungan Politik kerajaan Negeri Selangor.

Perkara tersebut akan dibincangkan pada mesyuarat Badan Perhubungan PAS Selangor, Selasa depan, kata Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr. Abdul Rani Osman kepada Harakahdaily, hari ini.

Tegas Abdul Rani, adalah lebih baik setiap wakil parti dari Pakatan Rakyat Selangor dilantik bersama, memandangkan kejayaan Pakatan Rakyat di Selangor pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) lalu adalah kejayaan bersama di antara PAS, PKR dan DAP.

“Jadi, PAS akan mencadangkan agar jawatan itu turut diberikan kepada wakil PAS dan juga DAP, sepertimana diberikan kepada Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifudin Nasution Ismail,” tegas beliau ketika dihubungi.

SMM terus bersolidariti untuk Safwan Anang

Posted on the May 31st, 2013 under Politik by

KUALA LUMPUR: Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) akan meneruskan solidariti untuk Safwan Anang di hadapan Penjara Sungai Buloh malam ini.

Sekretariat SMM, Bukhairy Sofian yang juga Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) berkata, solidariti itu mesti diteruskan sebagai tanda sokongan kepada Safwan yang enggan diikat jamin sebaliknya memilih untuk dipenjarakan.

“Mahasiswa dan anak muda perlu bangkit, kita teruskan solidariti di Penjara Sungai Buloh untuk nyatakan sokongan kepada Safwan yang berani membuat keputusan demikian sebagai mempertahankan prinsip keadilan,” katanya ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Hari ini merupakan hari kedua Safwan di Penjara Sungai Buloh selepas enggan diikat jamin sebanyak RM5,000 semalam.

Tiada penyatuan PAS-Umno selagi saya hidup

Posted on the May 29th, 2013 under Politik by

KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau tidak akan membenarkan sebarang usaha ke arah penyatuan PAS dan Umno selagi beliau masih hidup.

Menurut bekas Menteri Besar Kelantan itu, PAS adalah milik semua ahlinya dan sebarang tindakan atau keputusan yang dibuat perlu mendapat persetujuan daripada semua ahli khususnya melalui muktamar.

“Tidak boleh sesiapapun mengatur usaha untuk mengadakan kerjasama antara PAS dan Umno apa lagi secara senyap-senyap, parti ini terbuka kepada orang ramai dan milik ahli.

“Saya tidak bagi, selagi saya masih hidup saya tidak akan benarkan usaha untuk menjalin kerjasama PAS dan Umno dilakukan,” ujarnya.