Posts Tagged ‘Datuk Seri Nazri Aziz’

50 anak muda Sabah lapor polis atas Musa Aman

Posted on the December 17th, 2012 under Politik by

50 anak muda Sabah mengiringi rakan mereka membuat laporan polis ke atas Musa Aman.

KOTA KINABALU: Kira-kira 50 anak muda Sabah mengiringi rakan mereka bagi membuat laporan polis terhadap Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Aman.

Beliau didakwa menerima wang sebanyak RM40juta berbentuk rasuah untuk kekayaan peribadi merujuk kenyataan bersumpah Datuk Seri Lajim Ukim 11 Disember yang lalu.

Menurut Boby Bin Lewat @ Ewat, Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Sabah berkata, mereka turut membuat laporan SPRM terhadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz yang punyai hubungkait dengan ahli perniagaan, Michael Chia.

Ia didedahkan di pelbagai sumber media bahawa anak Nazri iaitu Nedim Nazri Aziz dan keluarganya mendapat manfaat melalui sebuah kenderaan mewah jenis Hummer hitam dengan nombor pendaftaran WNX 9776.

Kenderaan mewah ini dianggarkan berharga lebih RM459,000 dan dimiliki oleh Michael Chia disahkan melalui carian saman di laman MyEG.

Micheal Chia yang rapat dengan Musa ditahan di Hong Kong berikutan disyaki terlibat dalam penggubahan wang haram RM40 juta turut dituduh terlibat rasuah berhubung lesen pembalakan yang juga melibatkan Musa Aman.

Menurut Lajim dalam akuan bersumpahnya, pada 9 Oktober 2012 Nazri telah mengumumkan bahawa dakwaan rasuah terhadap Ketua Menteri Sabah, Musa Aman dan Michael Chia berhubung dakwaan wang rasuah berjumlah RM40 juta yang dikaitkan telah digugurkan di atas alasan wang RM40 juta yang disiasat itu merupakan derma politik kepada UMNO Sabah dan bukannya untuk kegunaan peribadi Ketua Menteri.

Namun kenyataan bersumpah Lajim Ukim menceritakan sebaliknya apabila beliau mengesahkan Umno Sabah tidak pernah menerima sebarang derma politik sebesar jumlah RM40 juta, seperti yang didakwa oleh Nazri Aziz di Parlimen.

“Apakah ini satu komplot terancang Musa dan Nazri untuk menyelamatkan antara satu sama lain?” soal SAMM dalam kenyataannya.

Sebagai Ahli Majlis Tertinggi Umno dan Anggota Badan Perhubungan Umno Sabah, Lajim Ukim yang terlibat secara langsung dengan apa jua aktiviti Umno di Sabah termasuk perihal kewangan.

Lajim memperakui tiada sebarang urusniaga dan transaksi yang membuktikan Umno Sabah penerima dana RM40 juta tersebut.

Jika ada, pasti ia dibentangkan kepada Majlis Tertinggi UMNO atau Badan Perhubungan UMNO Sabah, menurut Lajim.

Perkembangan terbaru ini jelas menunjukkan berlaku percanggahan daripada apa yang diumum oleh Nazri dan menerbitkan unsur penipuan yang membabitkan wang rakyat sebanyak RM40 juta, kata kenyataan itu.

Pengumuman Nazri Aziz juga didapati menyeleweng dan berniat untuk menutup isu yang lebih besar iaitu dakwaan salahguna kuasa dalam anugerah lesen pembalakan di Sabah.

Dengan perkembangan ini juga SAMM mendesak SPRM supaya membuka satu kertas siasatan baru melibatkan Musa Aman dan Nazri Aziz.

Kesediaan DS Lajim untuk memberi kenyataan kepada mana-mana pihak berkuasa bagi menyiasat skandal RM40 juta ini merupakan satu kelebihan dan kesempatan ini harus diambil oleh SPRM.

Harakahdaily.net

Banyak persoalan isu wang RM40 juta dari Hong Kong

Posted on the October 20th, 2012 under Politik by

KUALA LUMPUR: Banyak persoalan menuntut jawapan tentang wang ‘seludup’ RM40 juta dari Hong Kong ke Malaysia yang berakhir sebagai ‘sumbangan kepada Umno Sabah’.

Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang dalam satu kenyataan hari ini berkata, sepatutnya Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz menjelaskan di Parlimen pada hari Isnin sewaktu peringkat jawatankuasa perbahasan Belanjawan 2013 di Jabatan Perdana Menteri.

Baginya, Nazri Aziz telah menjerut dirinya dalam percanggahan apabila beliau mengatakan bukan SPRM ICAC Hong Kong yang membersihkan nama Datuk Seri Musa Aman daripada kes rasuah wang ‘seludup’ RM40 juta dari Hong Kong pada Ogos 2008.

Berikut kenyataan penuh beliau.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz telah menjerut dirinya dalam percanggahan apabila beliau mengatakan di Parlimen semalam bahawa bukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tetapi Suruhanjaya Bebas Pencegahan Rasuah Hong Kong (ICAC) Hong Kong yang membersihkan nama Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman daripada kes rasuah wang ‘seludup’ RM40 juta dari Hong Kong pada Ogos 2008.

Menjawab soalan tambahan oleh Ahli Parlimen DAP Cheras, Tan Kok Wai, Nazri berkata di Parlimen semalam:

“Yang Berhormat bercakap tentang wang yang dibawa masuk daripada Hong Kong. Saya hendak sebut di sini itu bahawa siasatan yang dijalankan bukan daripada SPRM. Siasatan dijalankan oleh ICAC iaitu Hong Kong yang terkenal dengan penyiasatan without fear or favor.ICAC telah pun menyatakan itu bahawa tidak ada kes rasuah di sini. Soal sumbangan kepada mana-mana pertubuhan pun tidak ada kesalahan. Kalau macam mana-mana parti pun hendak menerima wang tidak ada kesalahan, boleh terima orang hendak sumbang bagilah, apa salahnya.”

Akan tetapi, Nazri menceritakan perkara yang berlainan dalam jawapan bertulisnya kepada Ahli Parlimen PKR Batu, Chua Tian Chan minggu lepas berkenaan perkara yang sama iaitu:

  1. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, Jabatan Peguam Negara telah meneliti dan mempertimbangkan keterangan yang dikemukakan oleh SPRM dan memutuskan bahawa elemen perbuatan rasuah tidak dibuktikan. Dana tersebut ialah sumbangan yang dibuat kepada Badan Perhubungan UMNO Sabah dan bukannya untuk tujuan persendirian Ketua Menteri.
  2. Pada masa yang sama kes tersebut telah turut disiasat oleh Independent Commission Against Corruption Hong Kong (ICAC). Berdasarkan siasatan ICAC berkaitan kes ini dan keputusan siasatan SPRM yang tersebut diatas, ICAC juga tidak mengambil apa-apa tindakan lanjut.
  3. Mengenai kes yang turut difailkan di Mahkamah Switzerland,  ia merupakan permohonan Bantuan Bersama dalam Perkara Jenayah (MACMA) oleh ICAC bagi tujuan menyiasat perkara yang sama. Permohonan MACMA ini juga telah ditarik balik atas alasan yang sama yang dinyatakan diatas.

Daripada jawapan bertulis Nazri minggu lepas, kes tentang mata wang Singapura bernilai RM40 juta di dalam bagasi seorang ahli perniagaan Sabah, Michael Chia yang cuba diseludup keluar dari Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong pada 14 Ogos 2008 bolehlah disimpulkan seperti berikut:

  1. Peguam Negara Tan Sri Gani Patail berdasarkan kertas siasatan yang diserahkan kepadanya membuat keputusan “elemen rasuah tidak dapat dibuktikan” dan bukannya ICAC Hong Kong.
  2. Walaupun ICAC turut melakukan siasatan-siasatan mereka sendiri, ia berdasarkan keputusan Peguam Negara dan siasatan SPRM yang menunjukkan “elemen rasuah tidak dapat dibuktikan” dengan itu ICAC tidak meneruskan sebarang tindakan lanjut. Itu sangat berbeza daripada apa yang Nazri katakan semalam bahawa ICAC yang membersihkan nama Musa daripada pertuduhan rasuah dan SPRM menurutinya!
  3. Berdasarkan keputusan Peguam Negara bahawa “elemen rasuah tidak dapat dibuktikan” maka ICAC menarik balik permintaannya kepada pihak berkuasa Switzerland memohon kerjasama dalam “urusan melibatkan jenayah” yang telah dilaporkan terhadap sebuah akaun bank Swiss.

Banyak persoalan menuntut jawapan tentang wang ‘seludup’ RM40 juta dari Hong Kong ke Malaysia yang berakhir sebagai “sumbangan kepada UMNO Sabah”, yang sepatutnya Nazri jelaskan di Parlimen pada hari Isnin sewaktu peringkat jawatankuasa perbahasan Belanjawan 2013 di Jabatan Perdana Menteri, termasuklah:

Pertama sekali, bilakah SPRM menghantar kertas siasatan tentang wang ‘seludup’ RM40 juta itu kepada Peguam Negara? Bilakah Peguam Negara membuat keputusan “elemen rasuah tidak dapat dibuktikan” lalu menutup fail? Adakah SPRM bersetuju sepenuhya dengan Peguam Negara bahawa  “elemen rasuah tidak dapat dibuktikan” dalam kes itu, jika begitu, bilakah SPRM sendiri sampai kepada kesimpulan sedemikian?

Bagaimana dengan arahan Panel Penilai Operasi SPRM kepada SPRM dalam mesyuaratnya pada bulan Mei untuk mengumpul bukti lanjut terhadap Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman sebelum dibawa untuk pendakwaan yang kemudiannya Peguam Negara dapati “elemen rasuah tidak dapat dibuktikan” terhadap Musa dalam kes wang ‘seludup’ RM40 juta dari Hong Kong?

Arahan Panel Penilai Operasi SPRM kepada SPRM dalam mesyuaratnya berkaitan dengan siasatan SPRM terhadap pertuduhan rasuah ke atas Musa Aman hanya didedahkan awal bulan ini oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM (Operasi), Mohd Shukri Abdul seperti yang dilaporkan Malaysiakini dalam berita bertajuk “Anti-graft panel wants more evidence against Sabah CM”.

Bolehkah disimpulkan bahawa sehingga awal bulan ini, SPRM tidak sedar bahawa Peguam Negara telah membuat keputusan yang “elemen rasuah tidak dapat dibuktikan” terhadap Musa Aman?

Kedua, bilakah ICAC Hong Kong dimaklumkan mengenai keputusan “elemen rasuah tidak dapat dibuktikan” oleh Peguam Negara dalam kes wang “seludup” RM40 juta Michael Chia dan bilakah pula ICAC menarik balik permohonan kepada pihak berkuasa Switzerland meminta kerjasama bagi sebuah pertuduhan serius penggubahan wang haram terhadap UBS, bank terbesar Switzerland, berikutan laporan pendedahan dokumen-dokumen yang mengaitkan Musa Aman dengan akaun rahsia bank UBS di Hong Kong dan Zurich?

Harakahdaily.net

Laporan Audit lewat kerana wujud audit kedua – Azan

Posted on the October 18th, 2012 under Politik by

KUALA LUMPUR 18 Oktober: Kelewatan pembentangan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2011 mungkin disebabkan wujud audit kedua, bukan berpunca daripada Jabatan Audit Negara, kata Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail.

Katanya, hasil semakan mendapati, laporan tersebut disahkan seawal 12 Jun lalu dan laporan penuhnya telah disemak pada 25 Julai oleh Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang.

“Ia telah diluluskan awal, jadi bagaimana mereka boleh kata Laporan Audit terpaksa dikeluarkan lewat sehingga sebulan atas alasan proses pengauditan?,” tegasnya.

“Kelambatan itu menyusahkan Ahli Parlimen untuk meneliti dan membahas sesuatu isu, ia pasti ada sebab lain, boleh jadi ada audit kedua,” kata Azan.

“Orang sering menyalahkan Jabatan Audit kerana kononnya mereka lambat buat kerja, tapi sekarang jelas, ada pihak lain yang menjadi punca,” sinisnya pada sidang media di lobi Parlimen semalam.

Hadir sama Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam.

Menurut Azan, kelewatan itu berlaku dua tahun berturut-turut dan pihaknya mengesyaki ada cubaan menyembunyikan ketirisan dalam kerajaan.

Azan turut menyentuh mengenai 70 peratus jabatan kerajaan yang ditegur Ketua Audit kerana tidak mematuhi peraturan pentadbiran kewangan seperti yang termaktub dalam perlembagaan.

“Hanya 30 peratus yang mematuhi peraturan, bayangkan bagaimana isu kebocoran kewangan tidak berlaku,” katanya merujuk LKAN muka surat 100 perenggan dua.

Rumusan penemuan audit daripada LKAN 2011 di muka surat 100 menunjukkan pengauditan secara mengejut mendapati kelemahan berlaku tidak banyak berubah dengan tahun sebelumnya.

Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz menyatakan kelewatan LKAN 2011 adalah untuk memberi peluang Ahli Parlimen membahaskan Bajet 2013 BN dengan lebih terperinci agar Ahli Parlimen tidak mencampur-adukkan dua perkara itu dalam satu masa.

Azan bagaimanapun menyifatkan alasan Nazri ini sebagai tidak munasabah.

Keadilandaily

Siapa penyumbang RM40 juta untuk Umno Sabah

Posted on the October 13th, 2012 under Politik by

KUALA LUMPUR: Jika wang RM40 juta yang cuba diseludup ke Malaysia untuk Umno Sabah dibuat dengan cara yang betul, mengapa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak takut mendedahkan siapa penyumbangnya, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Ketika ditanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Barisan Nasional (BN) malam tadi, Najib mengelak dari mendedahkan siapa penyumbang wang RM40 juta itu.

Bagi Mahfuz, antara persoalan utama berhubung sumbangan RM40 juta itu bukan sahaja siapa penyumbangnya tetapi mengapa ia disumbangkan.

“Tidak ada siapa percaya si penyumbang memberikan sumbangan kepada parti pemerintah dengan percuma begitu sahaja.

“Kalau penyumbangnya orang berniaga, semua tindakan perniagaan dibuat berdasarkan untung dan rugi sebab ia bukan badan kebajikan,” kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu sambil mempersoalkan keuntungan apa yang diharapkan oleh si peniaga tersebut dalam memberiikan sumbangan sebesar itu.

Sebab itulah, kata Mahfuz, isu utama berhubung sumbangan RM40 juta itu ialah kedudukan pihak yang menerima sumbangan dan pihak yang memberikan sumbangan.

“Yang menerima sumbangan ialah parti pemerintah dan tidak ada siapa pun yang percaya ia diberikan tanpa sebarang kepentingan,” kata beliau.

Apa yang berlaku itu juga membuktikan penguatkuasaaan undang-undang di negara ini dibuat secara double standard dan berpilih-pilih, kata Mahfuz.

“Kalau pihak yang kerajaan Umno BN tidak suka, sudah pasti dibongkar dan diburu habis-habisan seperti yang berlaku kepada Suaram sekarang.

“Umno bukan sahaja terima wang dari luar negara malah RM40 juta itu diseludup, tetapi menteri kata dalam Parlimen kononnya tidak ada unsur rasuah,” katanya.

Dalam jawapannya kepada soalan Ahli Parlimen Batu Tian Chua, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz berkata, “tidak ada unsur rasuah dibuktikan” di dalam kes itu.

Mahfuz juga mengecam Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menimbulkan kecurigaan besar berhubung siasatannya terhadap penyeludupan wang RM40 juta itu.

Ketua Menteri Sabah yang juga Ketua Umno negeri, Datuk Seri Musa Aman sebelum ini menafikan tuduhan yang mengaitkan dirinya dengan hartawan balak, Michael Chia yang pernah ditahan pada 2008 kerana cuba menyeludup wang haram berjumlah RM40 juta.

Bagaimanapun, SPRM membersihkan dakwaan rasuah terhadap Musa dan Chia.

Harakahdaily.net

Scorpene: Najib, Rosmah sembunyi lantikan peguam?

Posted on the April 20th, 2012 under Politik by

KUALA LUMPUR 20 April: Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah berkata, tindakan boleh diambil terhadap peguam terkemuka Shafee Abdullah kerana didakwa melanggar etika peguam dan memberikan gambaran palsu kepada badan kehakiman.

Ia berhubung surat yang ditulis Shafee kepada Ketua Hakim Negara, Presiden Mahkamah Rayuan dan Hakim besar Malaya untuk menangguhkan semua kesnya dari 1 April hingga 25 April, atas alasan dilantik kerajaan untuk melaksanakan ‘satu tugasan sulit’ di luar negara.

Namun pelantikan itu kemudian dinafikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz.

“Itu merupakan satu pembohongan sebab Nazri Aziz ketika ditanya di dewan rakyat mengesahkan bahawa memang tidak ada pelantikan dibuat terhadap Shafee oleh kerajaan Malaysia.

“Ia merupakan salah laku peguam dan tindakan boleh diambil. Kerajaan Malaysia patut membuat aduan termasuk Majlis Peguam,” ujar Sivarasa yang menyatakan laporan polis boleh dibuat terhadap Shafee.

Nazri sebelum ini berkata, kerajaan tidak boleh melantik peguam untuk mewakili isteri Perdana Menteri.

Keadilan difahamkan, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor melantik Shafee atas kapasiti peribadi, bagi mewakili mereka dalam kes perbicaraan Scorpene di Perancis.

“Isu ini merupakan pengetahuan umum bahawa peguam Shafee Abdullah dilantik secara peribadi untuk menyelesaikan satu tugasan guaman di luar negara yang melibatkan perdana menteri dan isteri yang cuba dirahsiakan.

“Rakyat Malaysia perlu tahu dan kerajaan wajib menerangkan kepada rakyat. Ini kerana rakyat boleh buat kesimpulan ada sesuatu yang cuba diselindungi oleh PM dan isterinya,” kata Sivarasa yang juga pengamal undang-undang.

Tegasnya, pelantikan Shafee untuk persediaan perundangan sensitif melibatkan empat bandaraya termasuk di Paris, bagi mewakili kerajaan Malaysia dalam tugas sulit itu, adalah satu pembohongan.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan ia merupakan satu percubaan peguam itu untuk mempengaruhi hakim supaya semua kesnya ditangguhkan, bagi menyelesaikan ‘misi sulitnya’ di luar negara.

“Ungkapan yang penting ditulis dalam surat berkenaan ialah tugasan itu mesti disiapkan sebelum pilihan raya.

“Namun Nazri membuat penafian mengenai pelantikan itu. Ini bermakna peguam bagi gambaran palsu kepada tiga hakim apabila surat memberi gambaran tidak benar bahawa Shafee dilantik oleh kerajaan Malaysia,” katanya.

Keadilandaily

Pindah tempat mengundi, SPR akan dipanggil

Posted on the March 29th, 2012 under Politik by

KUALA LUMPUR, 29 Mac: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz (gambar) akan memanggil pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi memberi penjelasan khususnya berhubung ‘pembetulan lokaliti’ yang membawa kepada pertukaran tempat mengundi.

Keputusan itu dibuat selepas pelbagai soalan berbangkit diaju bertubi-tubi oleh ahli parlimen Pakatan Rakyat kepada beliau ketika menggulung Titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat hari ini.

Katanya, semua ahli parlimen khususnya pembangkang yang mempunyai pertikaian berhubung perkara itu boleh mengajukannya kepada SPR pada pertemuan itu nanti.

“Saya akan bagitahu kepada SPR mungkin Isnin satu lagi, 16 haribulan.

“Sesiapa ada apa-apa perkara nak mintak penjelasan, bagi notis awal lagi baik, mereka boleh datang dengan jawapan,” katanya.

Terdahulu, Nazri memjawab soalan Siti Zailah Mohd Yusoff (PAS-Rantau Panjang) berhubung dakwaan warga asing yang didaftarkan sebagai pengundi.

Persoalan sama turut dibangkitkan Datuk Saifuddin Nasution (PKR-Machang) dengan merujuk kepada merujuk kepada pengakuan SPR bahawa 42,000 nama sebelum ini diklasisfikasikan sebagai pengundi ragu kerana tiada atau tidak sepadan dengan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Ekoran itu beliau mahukan penjelasan sama ada mereka tersebut juga antara warga asing yang didaftar sebagai pemilih.

Selepas itu, Fuziah Salleh (PKR-Kuantan) pula bangkit mempersoal tindakan SPR memperbetul lokaliti yang mirip ‘persempadanan semula’ yang didakwanya melanggar peraturan pilihan raya.

Bagaimanapun Nazri mempertahan tindakan itu dengan mendakwa ianya dibuat mengikut sub peraturan 25(3) Peraturan-peraturan Pendaftaran Pemilih 2002.

Saifuddin kemudiannya bangun menyanggah dengan membawa kes Tan Sri Khalid Ibrahim yang dipindahkan tempat mengundi dari Petaling Jaya Selangor ke Parlimen Lembah Pantai, Kuala Lumpur.

Menurutnya tindakan itu secara jelas melanggar ‘prinsip belah-bahagi’ yang menetapkan pembetulan lokaliti tidak boleh melepasi sempadan Dun atau Parlimen.

Nazri kemudiannya mencadangkan akan memanggil SPR bagi diadakan satu pertemuan menjawab soalan-soalan yang dikemukakan itu.

Harakahdaily.net

Valentine’s Day: Sedarkah Mashitah pandangan rakan BN?

Posted on the February 14th, 2012 under Politik by

Utusan Malaysia hari ini di halaman 5 menyiarkan kenyataan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Dr Mashitah Ibrahim yang mempersoalkan pendirian YAB Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang dikatakan berdiam diri berhubung isu Valentine’s Day khususnya selepas kenyataan Karpal Singh yang dikatakan mendesak agar sambutan Hari Valentine’s Day dibenarkan.

Sedarkah Mashitah bahawa YAB Tuan Guru telah mengeluarkan kenyataan pada hari Khamis, 9 Februari 2012 yang lepas bahawa Valentine’s Day tidak boleh disambut dan mencadangkan agar diadakan sambutan Hari Suami Isteri? Dalam hal ini, pendirian YAB Tuan Guru telah jelas. Pendirian PAS ialah Valentine’s Day dengan pengisian yang ada pada hari ini tidak boleh disambut oleh masyarakat Muslim.

Sewajarnya Mashitah perlu menoleh kepada rakan-rakannya di dalam Barisan Nasional. Sedarkah Mashitah bahawa Setiausaha Agung MCA, Datuk Seri Kong Cho Ha telah mendesak agar sambutan Hari Valentine’s Day tidak dihalang. Begitu juga dengan Ketua Pemuda Gerakan Kedah, Tan

Keng Liang yang mendesak agar PAS tidak menentang sambutan Hari Valentine’s Day.

Dan yang lebih penting, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz hari ini di dalam New Straits Times, halaman 9 menyatakan, “What is wrong with celebrating Valentine’s Day? Can a one-day event cause the moral values of Malaysians to go down…?”

APA PENDIRIAN MASHITAH TENTANG PANDANGAN RAKAN-RAKANNYA SENDIRI DI DALAM BARISAN NASIONAL DAN UMNO?

Sila rujuk:

  1. Kenyataan Setiausaha Agung MCA: http://thestar.com.my/news/story.asp?file=%2F2012%2F2%2F12%2Fnation%2F10723987&sec=nation
  2. Kenyataan Ketua Pemuda Gerakan Kedah: http://malaysia-today.net/mtcolumns/newscommentaries/47128-apologise-for-valentines-day-claim-pas-told

Himpunan: Kerajaan patut henti ugut rakyat

Posted on the January 20th, 2012 under Politik by

KUALA LUMPUR, 19 Jan: Jawatankuasa Kempen Kebebasan Berhimpun (KKB) mengutuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz yang menyatakan bahawa kerajaan akan mengambil tindakan tegas jika menganjurkan sebarang perhimpunan jalan dalam waktu terdekat yang dikaitkan dengan Bersih 3.0.

“Kami melihat kenyataan ini sebagai satu ancaman politik dan satu bentuk intimidasi terhadap semua rakyat Malaysia,” kata Sekretariat KKB, E Nalini.

Katanya, kebebasan berhimpun adalah hak asasi semua rakyat Malaysia seperti yang termaktub dalam Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.

Tambahnya, jika kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah ikhlas dalam membuat pembaharuan, perubahan perlu dibuat dalam semangat untuk melindungi dan mempromosikan nilai-nilai hak asasi manusia.

Justeru, ujarnya kenyataan Nazri menunjukkan ketidakmatangan dalam memahami proses demokrasi dan hak kepada kebebasan berhimpun.

Katanya lagi, KKB percaya kerajaan mempunyai pandangan yang sangat sempit terhadap perhimpuna jalanan.

“Bantahan melalui perhimpunan jalanan adalah satu norma di negara-negara demokrasi sebagai satu kaedah untuk orang ramai untuk menyatakan pandangan mereka,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Beliau menambah, jika kerajaan Malaysia dapat menerima revolusi di Mesir dan negara-negara lain di mana perubahan berlaku melalui demonstrasi jalanan, mengapa mereka tidak dapat menerima keadaan sedemikian dalam negara mereka sendiri.

Ini, ujarnya jelas menunjukkan hipokrasi kerajaan Malaysia dan menggunakan keselamatan negara sebagai alasan untuk menutup ruang bagi rakyat Malaysia untuk bebas berhimpun.

“Kami percaya Nazri Aziz mengeluarkan kenyataan ini untuk mengingatkan rakyat Malaysia mengenai Akta Perhimpunan Aman yang telah diluluskan baru-baru ini.

“Akta Perhimpunan Aman mengenakan larangan terhadap demonstrasi jalanan,” katanya lagi.

Walau bagaimanapun, katanya KKB percaya bahawa apa-apa perbuatan atau mana-mana undang-undang yang menyekat kebebasan berhimpun tidak lagi ditakuti oleh rakyat Malaysia.

Katanya, kerajaan harus menghentikan semua ugutan dan ancaman terhadap rakyat dengan serta merta.

KKB, jelasnya menuntut kerajaan memansuhkan atau membatalkan Akta Perhimpunan Aman dengan serta-merta dan hormati hak rakyat untuk berhimpun dan bersuara sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan dan deklarasi hak asasi manusia antarabangsa.

“Kami ingin mengutuk pentadbiran Najib yang mempraktikkan double standard sedangkan Malaysia adalah antara salah satu anggota dalam Majlis Hak Asasi Manusia PBB,” katanya lagi.

Harakahdaily.net

Guna FBC Media RM84 juta, k’jaan nafi peranan kementerian

Posted on the November 3rd, 2011 under Politik by

KUALA LUMPUR 2 Nov: Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Md Ramli mempertikaikan peranan Kementerian Luar Negeri mahupun kedutaan luar negara dalam usaha menaikkan imej negara di peringkat antarabangsa.

Beliau mempersoalkan jawapan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz berhubung tindakan kerajaan menggunakan syarikat media asing bagi menonjolkan imej Malaysia.

“Adakah terdapat kekurangan kepada mereka yang telah dilantik untuk mewakili negara di luar sebagai kedutaan, Matrade dan juga Kementerian Luar sehinggakan kita terpaksa melantik media asing sebagai konsultan bagi menaikkan imej negara ini?

“Kita melihat lantikan media asing itu bukan mendatangkan kebaikan tetapi sebaliknya telah menjatuhkan imej negara di persada antarabangsa apatah lagi FactBased Communication (FBC) Media yang berada di United Kingdom itu telah dikenakan tindakan kerana salah laku yang dilakukan oleh mereka,” katanya.

Sebelum itu, Nazri menjelaskan kerajaan melantik FBC Media sebagai konsultan untuk menaikkan imej Malaysia dan juga Perdana Menteri di peringkat antarabangsa, lapor Harakah Daily.

Nazri juga memberitahu kontrak selama setahun itu disambung sebanyak dua kali dan tamat pada 2010 dengan kos perbelanjaan selama tiga tahun sebanyak Euro 19.6 juta (RM84 juta).
Dr Hatta yang merujuk jawapan Nazri itu berkata, jika dilihat secara menyeluruh ia mengambarkan satu usaha yang baik tetapi hakikatnya mendatangkan kesan buruk kepada negara.

“Kita melihat apa yang dilakukan oleh FBC Media itu melanggar etika kewartawanan dan juga penyiaran di United Kingdom sehinggakan British Broadcasting Corporation (BBC) telah mengambil tindakan kepada FBC Media,” tambahnya lagi.

Beliau juga memberitahu FBC Media sekarang sudah hampir bankrap.

Katanya, pihak-pihak lain juga tidak lagi mahu menggunakan khidmat mereka sebagai konsultan yang mana lebih mendatangkan keburukan daripada kebaikan kepada sesebuah negara

Keadilandaily

11 beg tangan Rosmah antara RM638 ribu hingga RM5 juta

Posted on the October 27th, 2011 under Politik by

KUALA LUMPUR: Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor diminta menjelaskan dari mana beliau memperoleh wang bagi membeli sekurang-kurangnya 11 beg tangan mewah jenama Birkin.

Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin berkata, sekiranya anggaran kasar, Rosmah membelanjakan minima RM638,000 hingga maksima RM5,192,000 untuk membeli beg tangan berkenaan.

Bagi beg edisi terhad itu, harga sebuah beg tangan dikatakan mencecah RM28,000 (US$ 9,000) hingga RM472,000 (US$150,000) bagi setiap satu.

“Dalam Belanjawan yang dibentangkan Datuk Seri Najib Razak, saya telah menyatakan Rosmah tidak memberikan contoh dan model yang baik sebagai suri rumah, akibat sikap borosnya berbelanja.

“Ini kerana kita tahu, suri rumah tangga lazimnya menggunakan pendekatan belanja yang berhemah dan berjimat cermat dalam perbelanjaan mereka. Tapi Rosmah memberi contoh yang tidak baik kepada suri rumah dan golongan wanita,” katanya.

Minggu lalu, Ahli Parlimen Pakatan Rakyat mempersoalkan kegagalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz menjawab soalan bertulis yang dikemukakan berhubung pemilikan beberapa beg tangan jenama Birkin oleh isteri perdana menteri.

Dalam soalannya, Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching bertanya sama ada benar atau tidak Datin Seri Rosmah Mansor memiliki cincin berlian RM24 juta dan beberapa beg mahal berjenama Birkin.

Bagaimanapun, Nazri langsung tidak menjelaskan tentang beg tangan berkenaan.

Katan Teo, berdasarkan gambar di internet, bilangan beg tangan Birkin yang dibawa Rosmah ke majlis rasmi serta bercuti, bukan satu atau dua, tetapi sekurang-kurangnya 11 warna berlainan.

“Jika Nazri memilih untuk tidak menjelaskan soalan berhubung beg tangan Birkin itu, adakah ini bermakna bahawa khabar angin berkenaan adalah benar?,” soal Teo.

Keadilandaily