Setelah Gagal Strategi Fitnah Umno-BN Kini Cuba Sabotaj KEADILAN Dari Dalam Parti

SIMPANG RENGGAM 12 Nov – Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Umno-Barisan Nasional menerusi agen propagandanya, Utusan Malaysia kini cuba mencetuskan krisis dan suasana tegang dalam parti setelah segala usahanya untuk memfitnah dan mentohmah pemimpinnya menemui kegagalan.

Kata Anwar antara usaha tersebut adalah seruan agar beliau dan Naib Presiden, Azmin Ali mengundur daripada parti yang dibuat oleh individu tertentu dalam KEADILAN atas dakwaan beliau dan Ahli Parlimen Gombak itu punca kepada segala masalah dalam parti.

“Kalau saya umum hari ini,’dengan ini saya Anwar mengisytiharkan keluar daripada KEADILAN’ Umno akan buat kenduri besar-besaran esok. Malah mereka akan sambut perayaan korban lebih awal daripda Hari Raya Haji,” Anwar berseloroh di depan lebih 1,000 penyokong di majlis ramah mesra anjuran KEADILAN Cabang Simpang Renggam semalam.

Dalam nada yang lebih serius Anwar yang juga Ketua Oposisi menyakinkan kepada anggota parti bahawa segala usaha dan komplot tersebut tidak akan berjaya.

“Semasa saya dalam kerajaan dan pernah memegang jawatan sebagai Pemangku Perdana Menteri, semua tokoh-tokoh kaya yang berpangkat daripada Datuk, Datuk Seri, Tan Sri, Tun mengelilingi saya dan angguk kepada semua kata-kata saya tetapi selepas saya dipenjarakan, dipukul setengah mati, ditelanjangkan satu satu panggilan kepada Azizah untuk bertanyakan khabar anak-anak pun tidak ada daripada orang seperti ini.

“Siapa yang bantu perjuangan saya, mereka yang tinggal Kampung Kerinci yang setiap malam memasak nasi dan memberi air kepada penyokong, pemandu teksi yang membawa penyokong ke rumah saya tanpa meminta wang tambang dan rakyat biasa yang berkorban tanpa meminta apa-apa pembalasan. Mereka inilah sebenarnya tunggak  kekuatan menegakkan keadilan di negara ini.

“Tokoh korporat yang kaya, bekas menteri yang kaya boleh datang dan pergi dalam parti kita tapi yakinlah kalau parti ini menjaga hak dan kebajikan rakyat bawahan kita akan berjaya, insyaAllah.

“Yakinlah kejayaan adalah hampir jangan kita lupa pada PRU-12 Pakatan Rakyat menang di Semenanjung denga 51 peratus undi, Umno-BN hanya dapat 49 peratus, mereka dah kalah. Kita hanya perlukan 5 peratus lagi dan insyaAllah kita akan ambil alih Putrajaya dan buat perubahan untuk rakyat. Jadi saya menyeru semua anggota parti, pendokong pakatan Rakyat serta rakyat berusaha sikit lagi da bersabar,” tegas Anwar bersemangat sambil disambil tepukan gemuruh para hadirin.

Anwar berkata media Umno seperti Utusan Malaysia tidak berhenti-henti menyerang KEADILAN dan juga pemimpin Pakatan Rakyat kerana mereka mengetahui potensi besar yang ada pada Pakatan Rakuyat untuk menubuhkan kerajaan persekutuan selepasd PRU-13 nanti.

“Apa yang mereka tidak serang. Utusan kata saya mula-mula agen Amerika, lepas tu agen Yahudi, kemudian agen Hindu, lagi agen Cina. Jadi sekarang ni Anwar dah jadi macam agen 007 James Bond,” beliau ketawa.

Beliau menambah Umno-BN melalui jentera media mereka juga memfitnah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sebagai anti-Melayu, juga Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin kerana memberi geran tanah kepada rakyat Cina miskin dan seterusnya menuduh Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengamalkan rasuah.

“Apabila Umno tuduh Tok Guru Nik Aziz rasuah, saya tahu Umno-BN sudah sampai ke penghujung modal mereka untuk memfitnah. Sudah tidak ada apa lagi yang mereka ada jadi mereka cuba sabotaj KEADILAN sekarang dari dalam,” jelas Anwar.

Menyentuh mengenai keperibadian yang perlu ada kepada anggota KEADILAN, beliau memuji sikap bekas Menteri Kesihatan, Datuk Chua Jui Meng yang tidak meminta-minta sebarang jawatan dalam parti setelah menyertai perjuangan lebih setahun lalu.

“Saya tanya Datuk Chua samada beliau ingin bertanding, Kata beliau beliau masih baru dalam parti dan mahu membantu mengukuhkan jentera parti terutamanya di Johor sebab kita yakin pada pilihan raya umum akan datang kita yakin mampu mengambil alih Johor. saya lihat beliau menjelajah seluruh negeri Johor dan negara membantu parti tanopa meminta jawatan, kedudukan dan sebagainya. Inilah sikap yang baik sebagai seorang ahli parti. Jadi tidak semua bekas Menteri tidak baik dan ambil kesempatan,” sindir Anwar.

Anwar juga sempat menyentuh mengenai Pemilihan Majlis Pimpinan Pusat 2010 dan menggesa agar anggota parti menggunakan hak yang ada pada mereka dengan bijaksana.

“Saya mahu semua anggota parti keluar mengundi. Gunakan hak dengan sebaik mungkin dan jangan cuai. Sekarang kita ada dua calon Timbalan Presiden iaitu Azmin dam Mustaffa, jadi mereka boleh pilih antara kedua-dua calon ini,” kata beliau lagi.

Sebelum ini seorang lagi calon bagi jawatan tersebut, Datuk Zaid Ibrahim telah mengumumkan Selasa lalu bahawa beliau menarik diri daripada pertandingan serta melepaskan semua jawatan dalam parti termasuk sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Wilayah Persekutuan.

Anwar sebelum itu mengadakan sidang akhbar bersama Persatuan Koresponden Asing Singapura dan kemudianya mengadakan pertemuan dengan Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Johor pada sebelah petang dan diikuti dengan majlis dialog bersama anggota KEADILAN di Pulai.

Source: Suara Keadilan

17 thoughts on “Setelah Gagal Strategi Fitnah Umno-BN Kini Cuba Sabotaj KEADILAN Dari Dalam Parti

    • malaysia ni lagi ok dari…. negara luar tu….. minyak naik bagi subsidi… xde keje dpat keje… gaji x cukup naik gaji…. xde rumah bagi rumah… ( last xpuas ati jugak… ape lagi wat demonstrasi la… pas tu wat sepanduk, tu yang best tu…. tanamlah semangat nasionalis didalam diri kita…. -HIDUP MALAYSIA-

    • saya pn ucp thank you kt krajaan coz rajin sgh naikkan hrga brg,tmbh2 org yang kais mkn pg dan kais mkn ptg.fikirlh sm pd rkyat.

  1. sAYA SOKONG UMNO /BN kerana telah banyak bukti berjaya membela nasib Rakyat..tidak seperti PEMBANGKANG hanya pandai janji macam PRU 12 sampai hari ni habuk pun tak de..dok cakap kisah lama..

    • cakap biar elok ye.umno mmg bnyk tlg rkyt,nk tahu sbb pa? sbb..mereka suka putar belit rkyat.pmbangkang plak mne ada duit ,nk putar alam kot mne.mntak duit ckit..mula krjaan pusat sekat sana,sekat sini.

      • sapa kata pembangkang tak de duit???? kalu tak de duit..sapa yg support semua demo BERSIH tu? sapa dalangnye? tak ke org luar? (YAHUDI) skang sape yg suka cakap belit2…hargai la keamanan yg ada…jgn sampai negara tergadai ..maruah agama  pon habis! jd la kta seperti negara indonesa dan singapura yg menjadikan islam agama yg yg terpinggir! ko Nak ke????

    • Salam.. kerajaan UMNO-BN yg dh lama perintah, memg xdinafikan byk bela nasib rakyat..tetapi sepatutnya lebih lama memerintah, semakin byk masalah rakyat terutamanya gejala sosial, keruntuhan akhlak, fitnah memfitnah dapat diatasi dgn telus…bahkan saya rasa AMAT malu n sedih dgn status negara Islam yg dibangga2kan oleh UMNO-BN selama ini..kembalilah kita kpd Islam yg dibawa oleh baginda Rasul tercinta Nabi Muhammad SAW.
      Seandainya baginda melihat umat Islam kini yg ramai tetapi tidak menjadikan AlQuran n Sunnah sbg panduan hidup, adakah baginda merasa gembira atau menangis??? fikir2kanlah..

  2. Saya yakin kejayaan sebenar akan dimiliki oleh pihak yang menegakkan kebenaran Islam dan menentang kebatilan walau dlm kesukaran ..Fitnah mfitnah sesama manusia seolah2 memakan bangkai sesama saudara sendiri, lebih2 lg menuduh tanpa bukti yg benar. Ingatlah..Allah xtanya kamu kalah atau menang, tapi Allah tanya adakah kamu memperjuangkan agama Allah n kebenaran? sama2 lah kita bermuhasabah..takbir! AllahuAkbar

  3. Sy sokong mana mana kjaan yg membawa kebaikan dan kebajikan utk rakyatnya tak kira dr mana parti politik yg penting ianya mesti selaras dgn tujuan sebenar penubuhan sesautu parti,tanpa rakyat tidak adalh sebuah kjaan.ingatlah dgn kekuasaan Allah.

  4. Tabung Simpanan pekerja orang swasta KWSP adalah satu tabung yang duit masuk tak keluar-2 sehingga umur 55tahun.Tambahan lagi ahli baru makin bertambah setiap hari dan tahun.Jadi ia ialah satu tabung yg paling untung dan jadi pihak kerajaan selalu meminjam sesuka hati tampa kebenaran ahli KWSP.Lihatlah Felda pimjam RM6 Billion untuk bayar Bonus peneroka dan penjawat awam.Sepatutnya Felda pinjam kena bayar faedahnya sekali bagi kebajikan pekerja swasta.Malangnya kerajaan sebagai seorang ayah yang menyuruh anaknya simpan duit dalam tabung, tapi ayahnya berjoli duit tabung anaknya itu.Sepatutnya Pihak MTUC dan pencarum boleh saman kerajaan yang tidak jujur.Cuba fikirkan;-siapakah yang melantikkan pengarah KWSP (Kerajaan juga).Duit Tabung KWSP bukan duit Income Tax . ia adalah seperti duit Koperasi.Aktanya tak sama, kita boleh samakan dengan duit Tabung Haji.Urusan keluar masuknya, sama macam ASB dan Tabung Haji cuma tak boleh keluar sampai umur 55tahun.Mana minit Mesyuarat agong KWSP dan ahlinya.kalau seorang ahli pencarum pun susah hendak keluarkan duit KWSP, kena ikut prosuder, kenapa pula kerajaan senang-2 guna duit itu. Kalau ada pencarum yang menipu keluar duit dia akan dihukum, tapi kerajaan pakai duit tu tak apa ,tak ada salah pada pekerja swasta,nak guna duit tu nak naikkan gaji penjawat awam pun tak apa.Sebab itu bangunan KWSP nya kecil saja tak membesar macam Tabung haji, sebab kerajaan selalu pakai dan bagi interets yang rendah pada ahlinya. walaupun ahlinya menyimpan beratus dan beribu ringgit setiap bulan.kalau kerajaan jujur duit itu boleh dilaburkan dalam ASB yang bagi interet tinggi sampai 8.5%Cuba bayangkan kalau seorang pekerja potong 11% dari gajinya RM1000 dan tambahan majikan 13% lagi bereti RM1000 x 23%=RM230.Itu sorang kalau 5.3 juta orang ahli macam PM Najib cakap dlm burget 2012 fasa 108 lepas, berapa juta Billion RM pula hasilnya.Duit itu ujud kerana seorang pekerja swasta Malaysia. Andai kata kalau tiada pekerja Swasta kerajaan pun pening kepala.Kan kerajaan ni macam seorang ayah suka pakai duit, guna pula duit tabung anaknya. Apa lagi kerajaan mahu dari orang Swasta ini , cukai mereka dah bayar, tak kan pula nak bela anak emas penjawat awamnya saja.Bukan sekali setiap kali tuntutan penjawat awam berkumandang dalam burget , banyak kali cakap seolah-olah pekerja swasta tak ujud. tapi duitnya ujud.Seorang ayah jangan tidak adil pada anak-anaknya , lebih-lebih lagi guna tabung anak si A untuk bagi si B belanja .Bila orang swasta MTUC mintak gaji minimun, alasan takut pelabur lari. Tapi alasan itu sudah basi, lihatlah Pulau Pinang dan Selangor pelabur negeri tidak pulak lari kalau PKR memerintah.Ada menteri yang cakap kalau gaji minimam ujud ,pekerja asing dapat tempiasnya , cuba kita fikir siapa yang bawa masuk pekerja asing bukankah kerajaaan yang bawa masuk ramai-ramai tu.Pekerja asing tak ada kerja bukan masalah kita ia masalah negara mereka.Cuba fikir kenapa negara Singapura boleh bagi elaun sara hidup pada rakyatnya yang tidak bekerja.Sebenarnya duit KWSP pekerja boleh diberi lagi banyak faedah pada ahlinya. selain diveden, skim insuran , skim ganjaran tambahan pada pengeluaran umur 55tahun atas kutipan satu sen setiap sumbangan semua ahli untuk diberi pada ahlinya yang bersara diusia 55 tahun. Sebab ahlinya bertambah setiap hari dan tahun bukan berkurangan. Jadi siapakah yang pakai, Kalau ahli orang beragama Islam saja yang menabung dalam Tabung Haji boleh punyai bangunan canggih, inikan pula orang Melayu, Cina dan india yang setiap bulan menyimpan dalam KWSP. Sayang bangunan KWSP tetap macam tu sampai bila-bila pun.Jadi jangan kecilkan hati orang Swasta.

    • ALAH PAK DUKUN. 
      Kerajaan Guna duit kerajaan untuk bagi pada rakyat. Bukan untuk kepentingan pribadi. Apa nak kesah duit tu dari mana. yang penting dia bagi rakyat. Pak dukun kesah sangat pasal duit KWSP tu kenapa. banyak ke duit KWSP pak dukun. selama ni  tak ada komplin daripada mana-mana pencarom KWSP yang tak dapat duit mereka bila sampai cukup  umur bersara. 
      Kerajaan ada pakar ekonomi. Ada lembaga pengarah. Pakdukun sebok-sebok tu pak dukun pakar ekonomi ke?. 

      • Sokong Pak Dukun 110%…….Impak kenakkan gaji kepada penjawat awam perlu justifikasi ?????!!!!!!! Jangan hanya untuk membeli undi !!!! Duit dan amanah yang di berikan oleh pembayar CUKAI perlu di jaga dan bukan di anggap sebagai duit sendiri yg boleh di beri kepada sesiapa yg dia suka kerana PRU…. KAU HARUS INGAT !!!! INI HARTA BUKAN BUKAN KAU YG PUNYA !!!! TAPI PEMBAYAR CUKAI YG PUNYA….. BUKAN HANYA UTK PENJAWAT AWAM DAN KRONI SAJA TAPI UNTUK SEMUA … INGAT DUNIA DAN INGAT AKHIRAT…….

  5. Penjawat awam di naikkan gaji , di beri bonus tanpa justifikasi ????? hanya semata mata utk mengambil hati sempena PRU….. Harga barang naik melambung … yg jadi mangsa pekerja swasta yg bonus Raya tak ada apa tah lagi kenaikkan gaji. Punah duit pembayar CUKAI …. Kenapa banggang sangat ????? Pengundi dan pembayar CUKAI bukan hanya penjawat AWAM sahaja yang menjadi Mangsa atas tindakkan tidak bijak ini. Impak kenaikkan harga sangat terasa kepada golongan ini dan am nya penjawat awam yg menerima kenaikkan sebenarnya tidak  mendapat apa apa menafaat di sebabkan kenaikkan harga barang dan yg untung hanya lah peniaga…. fikirkan lah masak masak tika anda masih mampu berfikir !!!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>