PKR terbit ‘Warta Keadilan’ ganti Suara Keadilan

KUALA LUMPUR, 12 Nov: Akhbar rasmi Parti Keadilan Rakyat (PKR) kini kembali diterbitkan dengan nama Warta Keadilan setelah permit penerbitannya ditarik balik akhir Jun lalu.

Menurut ketua editornya, Fazallah Pit, terbitan pertama Warta Keadilan sebnayak 32 muka surat berada di pasaran di seluruh negeri bermula hari ini.

Isu utama untuk terbitan pertama ini mengenai perbicaraan kes liwat dan pemiliahan PKR.

“Ahli PKR boleh mendapatkan akhbar ini di pasaran bermula hari ini,” kata beliau kepada Harakahdaily.

Warta Keadilan masih mengekalkan harga lama iaitu RM2 senaskhah.

Beliau juga berkata, penerbitan Watra Keadilan adalah secara tidak berkala, iaitu mengikut keperluan semasa.

“Warta Keadilan diterbitkan secara tidak berkala. Kita akan tengok situasi dan bergantung kepada isu,” katanya.

Bagaimanapun ujarnya, PKR masih berusaha untuk mendapatkan kembali permit penerbitan daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN).

KDN tidak memperbaharui permit Suara Keadilan sejak 30 Jun lalu setelah akhbar berkenaan menerbitkan artikel bertajuk “Felda Bangkrap”.

Sebelum ini Suara Keadilan diterbitkan dengan nama Keadilan dan Utusan Keadilan serta Sinar Keadilan.

Aktivis Hishamuddin Rais turut menjadi salah seorang kolumnis dalam terbitan terbaru ini.

Source: HarakahDaily.net

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>