Pengalaman Ustaz Haron Din Masuk Dalam Kaabah

Posted on the October 22nd, 2010 under Agama by admin

Oleh: Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din

Saya pernah tawaf di Baitullah seorang diri. Pelik tetapi benar. Waktu itu iaitu empat tahun sudah (2001) saya datang ke Mekah, Allah taala lah yang mengaturkannya, saya dapat peluang untuk masuk ke dalam Kaabah. Sebab saya datang atas tetamu tokey yang membuat dan membersihkan Masjidil Haram.

Pagi itu saya datang awal. Pengawal keselamatan baru memagar keliling Kaabah dan saya dapat masuk ke dalam pagar itu sebab saya ada Pass VIP. Ketika itu tetamu-tetamu lain tak sampai lagi. Ketika itu lah saya tawaf seorang diri di hadapan Kaabah. Lepas saya habis tawaf baru tetamu-tetamu lain sampai. Ketika itulah saya nampak Hajarul Aswad seterang-seterangnya, ia tidak lagi hitam tetapi sudah kemerah-kemerahan.

Bila pintu Kaabah di buka saya orang yang ke tiga masuk ke dalam. Pertama pembuka pintu Kaabah iaitu daripada Bani Syaibah.

Pembuka pintu itu sudah tua, dia melatih anaknya yang berumur lebih kurang empat tahun untuk membuka pintu Kaabah itu.

Sejarah pintu Kaabah itu, kalau orang yang lain tidak boleh buka. Dia hanya boleh di buka oleh pemegang kunci itu sahaja dari keturunan Bani Syaibah. Bila Nabi meninggalkan Mekah kerana berhijrah ke Madinah, Mekah di kuasai oleh Bani Syaibah. Bani Syaibah ini adalah keturunan yang di amanahkan untuk memegang kunci kaabah sejak turun temurun.

Bila nabi balik semula ke Mekah dalam tahun 7 hijiriah, berlaku peperangan pembukaan Mekah, nabi menang dan orang Islam berkuasa ke atas Mekah. Nabi menghantar Sayidina Ali untuk mengambil kunci pintu Kaabah daripada Bani Syaibah. Sayidina Ali pergi ke Bani Syaibah dan rampas kunci tersebut. Bani Syaibah serahkan kunci kepada Sayidina Ali tetapi bila pintu Kaabah nak di buka tak boleh. Sekejap sahaja datang Jibrail kepada Nabi membawa wahyu dari Allah. Al-Quran (An-Nisaa’:58)

Mahfumnya “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya”

Nabi bagi balik kunci itu kepada Bani Syaibah, walaupun ketika itu Bani Syaibah belum Islam lagi. Rupa-rupanya bila bagi balik, Bani Syaibah kata mesti dia seorang nabi. Kalau dia bukan seorang nabi pasti dia gila kuasa kerana memegang kunci ini adalah satu penghormatan turun temurun. Bila kunci ini dipulangkan balik, ketua Bani Syaibah terbuka hatinya memeluk Islam kemudian semua pengikutnya memeluk Islam sehingga hari ini.

Budak kecil tadi dibawa tangannya untuk pegang kunci oleh bapanya kemudian di buka dan di tolak pintu itu. Saya lihat di depan saya. Berapa besar pintu itu? Berapa tebalnya? Pintu itu dibuat dari Solid Gold beratnya 8 tan. Dia tolak senang sahaja, kemudian kami masuk.

Mula-mula sekali saya pergi sembahyang di satu ruang belakang pintu Kaabah yang menghadap ke arah Hajaral Aswad (dari dalam) iaitu di bahagian Multazam. Selama sejam saya berada di dalam Kaabah itu.

Di dalam Kaabah itu masih ada lampu yang digunakan pada zaman nabi dahulu. Zaman Kerajaan Umaiyyah ditukar lampu lain seterusnya zaman Kerajaan Abasiyah juga tukar lampu. Apabila lampu di tukar, lampu yang lama di simpan di dalam Kaabah. Berpuluh-puluh atau mungkin beratus-ratus lampu lama ada disimpan di dalam itu.

Gambar Dalam Kaabah

Pengalaman kedua, saya membantu salah seorang yang terkaya di Saudi Arabia, multi-billionaire, semua projek di Saudi dia yang buat. Dia ada masalah keluarga mintak tolong saya ikhtiarkan. Allah nak tunjukkan bahawa masalah yang dihadapi itu telah terlalu lama, ada duit yang banyak pun tak boleh selesai.

Dia tunggu saya di airport Jeddah dengan jet peribadi. Saya tak pergi imigresen dia terus ambil saya dari tangga kapal terbang terus masuk ke jet dia. Sungguh kuat pengaruh dia, saya tanya passport saya bagaimana, tak ada masalah dia dah uruskan. Naik jet dia pergi ke Madinah. Saya selesaikan masalah dia dengan izin Allah SWT. Lepas itu biasalah adat orang Arab nak bagi itu nak bagi ini sebagai balasan.

Dalam Kaabah

Saya kata kepada dia, “Kalau kamu nak masalah itu selesai selama-lamanya dan tak berulang semula, jangan bagi pada aku apa-apa, kalau kamu bagi, aku boleh terima tetapi masalah itu akan berulang balik.”

Dia mintak maaf tetapi dia kata “Aku nak buat sesuatu untuk kamu apa yang kamu nak?”. Saya kata “Ok kalau begitu apa yang aku nak tolong bawak aku masuk ke dalam Kaabah.” Dia kata “Itu mudah sangat, esok pun aku boleh arah buka”. Saya kata “Tak apalah kamu arahlah”. Dia kata “Tak apa itu perkara kecil, mintak yang lain.” Saya kata “Tidak, itu paling besar pada saya. Kalau kamu boleh bawa masuk aku ke dalam Kaabah, itu sudah lebih daripada cukup.”

Akhirnya saya dapat masuk. Saya masuk dengan dia ke dalam Kaabah, itulah kenangan yang tak boleh saya lupa sampai hari ini.


Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

  • Hidayah Usman

    Syukur alhamdulillah.. ustaz…doakan saya juga ya … Hanya Allah sajalah yang dapat membalas budi baik ustaz…
    terimakasih ustaz

    • http://www.yahoo.com Dayang Zuwati

      menitis air mata bila saya baca kesah ustaz harun din,,,mungkinkah orang seperti kita ni dpt merasa apa yang dialami beliau….

  • Mohd Yus Jawarry Yusoff

    Alhamdulillah…saya bersyukur kerana kebolehan yg Allah beri pd Ustaz tu, Ustaz dpt peluang yg tak semua org dapat…namun Ustaz, mohon bantuan kiranya Ustaz dapat beri pandangan utk …khusyuk dalam setiap ibadah terutamanya solat…bagaimana ya Ustaz??..Wasalam.

  • Megatz

    Hebat Orang Malaysia nie…TAkbir

  • http://adli.me/belibukuonline Adli Yusof

    Saya pun berkeinginan untuk masuk ke dalam Kaabah sekiranya ada peluang dan dengan izin Allah.

  • Rosnani

    Sesungguhnya Allah yang memilih ustaz untuk mendapat kemuliaan itu.Masyaallah.

  • sharifah faridah

    Ya Allah…Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mengetahui…Insan2 yang Engkau Redha…Alhamdulillah…

  • AnasJais

    alangkah baik nya aq spertimu whai tuan guru…

  • hazizah kasban

    Terharu dan terlalu amat bersyukur……..itu baru mendengar cerita Ustaz, kalau dpt melalui bagaimana Ustaz lalui terlalu amat bersyukur lah. Berbahagia sungguh mendengarnya, bertuah dan inilah dinamakan ketentuan dan kehendak Allah terhadap hamba2nya yang terpilih………syukur alhamdullillah ya Ustaz.

  • http://facebook joko

    hemmmm indah sangat…subhanallah….

  • atie

    allah itu maha mengetahui segala-galanye…ustaz adalah insan yang terpilih diatas kebaikkan yang dilakukan…!saya sangat terharu apabila membaca cerita ustaz..bilakah saye akan mendapat peluang seperti itu…YA ALLAH..saya selalu berdoa agar satu hari nanti saye akn dapt menjejakkan kaki di tanah haram ..nak sangat..dengan izinnye jua…doakan bersama ya ustaz….AMIN.

  • rozzel

    ermmm terharu mendengar rahsia ustaz mendapat kebenaran untuk memasuki kaabah, betapa besarnya allah di mata ustaz…….semoga beribu-ribu lagi yang lahir di atas dunia nie macam ustaz…..amin……

  • ana

    ustadz doakan saya, saya ada masalah di tipu orang,..dan saya juga telah melibatkan emak saya..saya harap ustadz dapat doakan masalah saya akan selesai..ameen.Terima kasih ustadz sekiranya ustadz dapat membantu saya

    Ana

  • hajah norrizan

    Shukur alhamdulillah, dgn izin allah taala pada tahun 2001 juga saya dan suami sampai ke tanah suci, kali pertama melihat kaabah saya rasa terharu & menitis air mata tidak terkata,baunya wangi…….

  • Asrin

    Mudah-mudahan Ustaz dipanjangkan umur, murah rezeki dan mendapat RAHMAT TUHAN. Doakan juga kami…

  • Raihansemail

    subhanallah…

  • Cngahna

    Alhamdulillah ustaz… impian semua orang untuk merasai nikmat seperti ustaz

  • Mahani Mohamad

    Ya Allah…menitis air mata saya membaca pengakuan ustaz mengenai masuk ke dalam kaabah ini..
    Alhamdulillah ustaz sgt beruntung dan tergolong orang-orang yg soleh, malah lebih tinggi lagi darjat ustaz..

  • Ckazwari

    Mula-mula sekali saya pergi sembahyang di satu ruang belakang pintu Kaabah yang menghadap ke arah Hajaral Aswad (dari dalam) iaitu di bahagian Multazam.
    Nak tanya sikit Ustaz, kalau kat dalam kaabah, sembahyangnya menghadap ke mana? Terima kasih.

    • Musanurr

      bila dlam kaabah solat menghadap 4 pjuru dalam kaabah…kiri,kanan.,dpn,blakang..buatla solat sunt dalam kaabah bnyk2

  • nianajeeha

    alhamdulillah,saya bersyukur krn kebolehan yg allah bri pd ustaz tuw, ustaz dpt peluang yg sangat besar tak semua orang dpat..saya harap suatu hari nanti saya dpt peluang mcm ustaz,amin`~

  • HazZulDzar

    Betul ke kalu pandang atas ketika duk dlm kaabah kita akan jadi buta???

  • HazZulDzar

    Betul ke kalu pandang atas ketika duk dlm kaabah kita akan jadi buta???

  • antiperpecahan

    alhamdulillah, Ustaz..terharu saya dengan cerita Ustaz memasuki kaabah, sesungguhnya Ustaz telah dipilih oleh ALLAH SWT untuk menjadi tetamuNya. ALLAH maha mengetahui akan rahsia hidup ini dan keadaan kita. Saya juga hiba dengan cerita ustaz berjaya menyelesaikan masalah hartawan dari Madinah itu dan hanya meminta ganjaran melihat Kaabah. Saya kerap juga ke klinik Ustaz di Bangi dan bangga dengan apa yang Ustaz lakukan ini. Harapan saya, dapatlah Ustaz membantu kita umat Islam di Malaysia ini yang hanyut dengan kancah politik. Saya amat sedih dengan keadaan kita ahli PAS,UMNO dan PKR yang sentiasa tuduh menuduh, berburuk sangka dan berkelakuan kasar dan kesat sesama kita. Kita ibarat lupa akan prisip asas kita sebagai umat Islam dan saya amat takut (maaf) membaca atau mendengar hal2 berkaitan politik samada dari UMNO atau PAS, ibarat memakan daging keluarga kita sendiri. Saya du’akan Ustaz sebagai pemimpin yang dipilih tabah dengan Ujian berat yang ALLAH berikan ini, harap Ustaz dapat beringat-ingat sesama pemimpin kita agar berlaku adillah dengan semua tidak kira mereka itu dari parti apa dan Dunia ini hanya sementara.Segala yang baik disini datang dari Allah SWt, maaf jika menyinggung sesiapa.

    • siputbaby88

      masalahnya dato’ sendiri terlibat dlm parti politik yg makan daging saudara sendiri tuu..abih camno??

      • Benjo_832002

        amboiii…sedapnye soalan sedara ni…berhati2 bile bercakap dgn ulama’ sedara…warisatul anbiya’…

      • Ikram Atm

        hormat sikit ustaz.

        • Azman Ibrahim

          tu sbb dia jadi siput babi…hormat sikit ulamak, ustaz harun akan memperjuangkan agama kita

      • bukamindamacai

        masalahnya kau baca utusa,tv3 mmg la pandangan kau terhadap dato harun din negatif. zaman dulu org xsuka islam semua kata nabi jahat.sama lah dgn ulama2 zaman skarang yang perjuangkan agama.itulah propaganda yang dimainkan.

  • omarani khan

    syukur alhamdulillah…. tahniah Dato’…
    best ye….
    hrp2 dptlah kiranye sy dpt masuk ke dlm Kaabah 1hari nti….klo x sy pon….
    insyallah moga2 ank2 @ cucu2 sok…amin…
    doakn ea dato’…

  • Suhaili

    Alhamdulillah dan terima kasih dgn perkongsian ilmu ini. Moga rahmat Allah sentiasa bersama Ustaz dan kita semua. Sungguh syukur dapat menimba ilmu di sini.

  • melakar pelangi

    ALLAH perancang yg terbaik

    • safie mahiey

      alhamdulillah…..sy pn rse brsyukur krna dpt tgog kaabah….amin….

  • Norlida_hisham

    assalamualaikum…subhanallah…yarabbal alamin…ustaz…mohon kiranya agar ustaz dpt doakan sya agar menjaga amalan solat n lancarkan lidah sy utk berzikir…ustaz terlalu dlm hajat hati sya utk menjadi hambanya yg khusuk n tawaduk…terima kasih setinggi2nya ustaz….

  • Sharifah Shalong

    begitulah Allah meninggikan darjat orang berilmu…..masyaAllah… laahaula wala quata illah billah .alangkah indahnya kalau saya dapat masuk kedalam kaabah..walau dalam mimpipun..jadilah.

  • Amalinaisyah

    ustaz adalah gambar yang dipaparkan adalah pemandangan dalam kaabah?

  • Amalinaisyahkhir

    adakah gambar kedua diatas itu adalah pandangan dlm kaabah yang asli….

  • ust kecik

    alhamdulillah……
    kalau la saya pon boleh masuk dlam kaabaah……..

  • Sukri48

    Assalamualaikum,Dato,saya setiap kali membaca atau mendengan keistimewaan KAABAH,hati saya sebak dan secara tidak disedari air mata akan mengalir,hati menjadi bergelura bercampur baul,marah pun ada ,sedih pun ada,bukan apa Dato,saya ni hampir setiap kali sembahyang TAHAJUD sentiasa minta kepada “ALLAH supaya saya dapat gi kerja haji seberapa segera,memandangkan umur saya pun sekarang sudak hampir lima puluhan,saya takut ,saya tak sempat gi haji,saya sangat merinduinya tapi tidak berkemampuan sudah bertahun saya niat untuk nak bawa anak isteri gi kerja haji,untuk pengetahuan Dato,sangatlah supaya Allah lebehkan sedikit reski untuk saya,,,,,,,,itulah saya mengharapkan sangat.saya juga berazam jika Allah memberi sijil simpanan saya dapat cabutan pertama.dengan duit itulah saya bawa keluarga gi haji……minta Dato, komen

    • Ramlah

      Assamualaikum En. Sukri. Saya tertarik untuk membalas komen dan keluhan saudara. Saya tertarik tentang harapan anda untuk memenangi tempat pertama di dalam cabutan Sijil Simpanan Premium BSN. Baru 2 atau 3 hari lepas saya lawati laman web blog Zaharuddin.net. Mungkin saudara pun tahu siapa dia Dr. Zaharuddin. Tujuan saya melawat blog tersebut untuk mengetahui cara-cara mengeluarkan zakat sijil simpanan premium yang saya beli tahun lepas. Saya terkejut juga dengan penjelasan terperinci dari Dr. Zaharuddin. Selapas membacanya saya bercadang untuk menjual semula SSP. Saya harap saudara boleh lawati blog tersebut. Saya tidak bercadang untuk mengulas apa yang ditulis. Terpulang kepada saudara untuk membuat pilihan. Wallahua’lam.

      • Rms_nisa

        Assalam.utk makluman ssp @ sijil simpanan premium telah patuh syariah sepenuhnya pada Mac 2011 dan telah disahkan oleh Jakim sendiri.jadi tiadalah ragu2lagi.

        • jakimjem

          jakim dulu kata forex sah…..pastu haram plak…ntah apa2 ntah jakim…harap jakim lantik ketua2 yg terdiri dr alim ulamak yg diiktiraf…bukan sekadar ahli politik yg banyak ckp kosong

  • anuar

     terharu dan rasa sebak bila tn guru dapat masuk ke dalam kaabah,syukur.janji Allah mmg benar,kalau arab x nak islam, Allah akan bagi kelebihan itu kepada jemaah di kalangan kita.saya yakin gerakan islam di negara kita akan dirahmati Allah. Kepada Tn Guru, teruskan perjuangan ini dan kami akan bantu semampunya dari belakang.

  • Azah

    Maha Suci Allah.  Ustaz adalah orang yang dipilih oleh ALLAH.  Kalau ustaz nak minta mcm2 drp hartawan Arab boleh sangat2, tapi hanya ketinggian IMAN dan TAQWA yang membezakannya.

  • K_Zamri

    Assalammualaikum ustaz.. Terpegun saya membaca kisah ustaz.. terasa rindu hendak kesana juga.

  • hawari amanisa

    alhamdulilah…….syukur segala puji bg allah kerana memberi kesempatan kpd tuan guru menziarahi mekah&berpeluang memasuki kaabah

  • shahnan72

    Assalamualaikum Dato’/Ustaz… Bila sy baca artikel nie amat trharu krn alhamdulillah ustaz salah sorg dr hamba Allah s.w.t yg trpilih utk melihat sdr isi Kaabah. Doakan sy & isteri utk memijakkn kaki kami di kota suci walaupun skali dlm hidup nie biar pun tidak boleh mamasuki Kaabah sprt Dato’/Ustaz bg mengabdikn diri kpd Allah s.w.t semasa haji ataupun umrah.

  • Ila_lyia

    subhanallah..

  • https://www.mencariilmuallah-muslimatusoleha.blogspot.com موسليماتوصليها

    subhanALLAH

  • http://www.facebook.com/people/Jamalpakcun-Cuncak/100000567303003 Jamalpakcun Cuncak

     Allahuakbar

  • http://www.facebook.com/people/Muhammad-Palestin/1525611971 Muhammad Palestin

    insan terpilih dari ALLAH S.W.T

  • http://www.facebook.com/people/Muhammad-Palestin/1525611971 Muhammad Palestin

    insan terpilih dari ALLAH S.W.T

  • http://www.facebook.com/people/Muhammad-Palestin/1525611971 Muhammad Palestin

    insan terpilih dari ALLAH S.W.T

  • http://www.facebook.com/people/Muhammad-Palestin/1525611971 Muhammad Palestin

    insan terpilih dari ALLAH S.W.T

  • http://www.facebook.com/people/Muhammad-Palestin/1525611971 Muhammad Palestin

    insan terpilih dari ALLAH S.W.T

  • Rosle

    Alhamdulillah Dato’.semua yang Dato lalui adalah suatu perancangan yang hebat Dari Allah.
    Terimakasih kerana berkongsi pengalaman dengan kami.Syahdupun ada rasanya bila mendengar cerita ni.Semuga Allah merahmati kita semua.amin.dpd rosle

  • Rosle

    Alhamdulillah Dato’.semua yang Dato lalui adalah suatu perancangan yang hebat Dari Allah.
    Terimakasih kerana berkongsi pengalaman dengan kami.Syahdupun ada rasanya bila mendengar cerita ni.Semuga Allah merahmati kita semua.amin.dpd rosle

  • Nanpkpk

    alhamdulilah dato,syukur diatas anugerah dato,dapat masuk kedlm kaabah,dalam perhatian saya orang kita banyak komen,dengan rakan2 dan bangsa2 kaum lain yang menjadi tetamu allah,dan memuji orang malaysia,angkat bakul,sampai pasang tanda nama maleizi nak bagi orang arab kenal,untuk menjadi contoh ko.sedangkan nabi puji kaum bangsa cina,hindi,melayu tak masuk pun dalam senarai…
     

  • http://www.facebook.com/people/Rodzah-Abd-Rahman/100002337324592 Rodzah Abd Rahman

    subahanallah , besar nya kuasa tuhan , semoga suatu hari nanti saya akan kesana .

  • Syafik_0402

    Ya Allah..untungnye dato’. Harap sgt dpt pluang mcm dato’. Sebak sye bce cerita ni… Harap akan dtg sye smpat mnunaikan hji walaupon sye bru berumur 19 tahun…Harap semue orang doakan

  • http://www.facebook.com/people/Wan-Rosdi-Wan-Ali/100000340024910 Wan Rosdi Wan Ali

    Sesungguhnya Dato’ merupakan insan yang terpilih di kalangan manusia di dunia ini, mudah-mudahan Dato’ jua bakal menjadi insan yang terpilih jua di akhirat nanti.

  • http://www.facebook.com/mohdsaad.awang Mohd Saad Awang

    ALHAMDULILLAH ALLAH MAHA BESAR DAN ADA NYA DIA YG SEBENAR.

  • Hashim

    Subhanallah

  • Nietkhas_2006

    Haza min fadhli robbii…..

  • http://www.facebook.com/people/Khairul-Abrar/100000878726611 Khairul Abrar

    Pengalaman Us Harun Taib masuk kedalam Kaabah

  • Apaiku

    syukur alhamdulilah ustaz..walaupun saya belum di izinkan masuk kedalam kaabah..dengan cerita ustaz cukup puas bagi saya.

  • http://www.facebook.com/people/Aina-Sofea-Abdul-Halim/100001771473536 Aina Sofea Abdul Halim

    subhanallah….

  • http://www.facebook.com/people/EdSolutions-Eds/100001428942287 EdSolutions Eds

    subhanallah…

  • http://www.facebook.com/people/EdSolutions-Eds/100001428942287 EdSolutions Eds

    subhanallah….

  • http://www.facebook.com/profile.php?id=100002370799784 Uchiha Zaizin Zeen

    alhamdulillah,ustaz..berbahagialahlah ustaz menjadi org yg terpilih oleh Allah SWT.saya sgt terharu dgn kisah ustaz.semoga ustaz dipanjangkan umur utk brdakwah dan brjuang.hati saya sering tersentuh mendengar tazkirah agama dari ustaz.

  • Probiotic06

    Alhamdulillah…subhanallah…insya’Allah suatu hari nanti akan ke sana bersama keluarga.

  • http://www.facebook.com/people/Mohammad-Bin-Saleh/100001160960873 Mohammad Bin Saleh

    allah huakhbaar..besar nya kekuasaan muu allah……..

  • SHIDEMY

    Alhamdulilah,Ustaz saya yakin Allah telah memilih ustaz untuk masuk kedalam Kahbah,sekiranya dapat lagi peluang seperti ini kami raayat yang sering di tindas kerajaan BN,mengharafkan pada ustaz berdoa pada Allah supaya ditarik balek kuasa yang ada pada kerajaan BN,supaya Malaysia lebih sejatera,semua kita sedia maklum situasi kini,berbagai masaalah yang kita sama hadapi,barang keperluan harian semakin naik,seta bermacam massalah…..merayulah pada ALLAH.

  • tamu

    Allah akbar.. 

  • MamaSufi

    mungkin pada pak arab tu masuk ke dalam Kaabah dah jadi perkara biasa tapi pada kita masuk ke dalam Kaabah tu sebenarnya rezeki yg maha besar dari Allah…

  • Rosnah Mohd Yusoff

    Alhamdullilah Ustaz, saya juga ingin mendapat peluang seperti Tuan. Saya selalu berdoa kepada Allah agar deberi peluang tersebut. Bagaimana nak mensucikan diri saya agar diberi peluang keemasan tersebut.

  • Amato_1 6vtec

    Allahuakbar..ustaz mmg org yg terpilih :’)

  • http://www.facebook.com/people/Murad-Abdul/100000610416582 Murad Abdul

    alhamdullilah maha suci allah

  • syah

    Subhanallah, Maha Suci Allah. Alhamdulillah, Pujian bagi Allah. Allahuakbar, Allah Maha Besar

  • Zaitiikmal

    Subhanallah,,,Ya Allah berilah peluang kepada kami untuk beribadat di dalam kaabah dan angkatkan darjat kami  , muliakankanlah kami di dunia dan akhirat ,,,,sesunggunhya Kau  Maha Mendengar dan Maha Berkuasa,,,,,Amin

  • Yusufyhya

    peluang yang lain-lain macam mana?

  • Lanmansor

    itu la harta dan pengalaman yang tak ternilah harganya apa bila diberi peluang memasuki kaabah….

  • Aneeqa

    Assalam,

    Maha Suci Allah! Allahu Akbar!

    Orang orang tertentu yang dapat masok dalam Kaabah!

    Ya Allah, semuga kami juga mendapat kesempatan ini sebagai hamba hamba yang terpilih. KAU lah yang Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui!

    Jazakaullah

  • http://www.facebook.com/profile.php?id=100001302254948 Alfan Are Tid

    sy berasa bangga sekarang..sebab,,sy boleh lihat keadaan didalm kaabah…
    terima kasih kerna bg lihat kaabah…

  • Jim

    Ya allah !!!
    Tepegun saya membacanya !!!
    Saya baca semasa saya memandu smp la ketempat destinasi !!!
    Nsb baik tidak excident !!!
    hihiii

  • http://www.facebook.com/profile.php?id=100002002016624 Amir Hakim

    aq harap suatu hari nanti aq dpt menunaikan haji dan memasuki Kaabah……

  • Sunnan_murio

    terpacak bulu roma menusuk nusuk ayat dr masuk dalam hati kecil ini bila membacanya…ya ALLAH…..KAU lah Segalanya bagi kami HambaMu…

  • hamba Allah

    alhamdulillah..walaupun blm pergi mekah lagi dah dapat tngk dalamnye…

  • kasih alia

    sya ingin mlihat sndiri apa yg ada d dlm kaabah….tp sya cuma pernah dgr cerita llaki yg msuk c 2…x de lg perempuan yg msuk…adakah perempuan x boleh masuk dlm kaabah? ~just nk tanya je~

  • nur syaadah

    subhanallah…..untungnyer…..

  • nisa

    ya allah….sangat betuah ustaz sebab dpt masuk… 

  • ct safiah

    Subhanallah… untungnye UStaz…. apabila sy bace crite ustaz… hati sy tetiba sjew jdiew sebak n terasa mcm nk nangis jer…. ini pertama kali sy bleh lihat keadaan dlm Kaabah….

  • Azhari_74

    Alhamdulillah.. . . . Hanya orang terpilih sahaja dapat masuk. . . . . Saya tumpang gembira dengan tuan guru. . . . Alhamdulillah. . . .

  • Junaidi hj Wahid

    Alhamdulillah dapat juga gambaran didalam Kaabah menurut pengalaman Dr Haron Din….

  • Pingback: Ustaz Haron Din Ceritakan Pengalamannya Masuk Dalam Kaabah

  • Syeera_22

    bukan calang2 org leh tgk kaabah…tahniah kerana dipilih oleh Allah

  • http://www.facebook.com/profile.php?id=100001064093776 Mohamad Hadi

    saya rasa sangat bersyukur dapat menyaksikan keadaan didalam kaabah walaupun hanya melalui gambar! alhamdulillah,..

  • asyraf leyasu

    im proud to be a muslim till today.. :)

  • Daus_fir88

    nk nangis bace..

  • Pingback: Pengalaman Ustaz Haron Din Masuk Dalam Kaabah

  • Asna Dehi

    Subhanallah………. Allahu Akbar….

  • Din3569

    Allah Hu Akbar, Alhamdulillah.

  • http://pulse.yahoo.com/_2FVCRVK3LO3S5UXGYWC5QF5MSQ Rio

    Syukur Alhamdulilah….  Sekurang2nya kita dpt jg melihat keadaan dlm kaabah wlupun cuma hanya di dlm gambar sahaja.. Allah hu akhbar x3…

  • hamba hina

    bilakh hambamu ini akan menjejakkn kaki di rumah Engkau…..

  • Jaymahali

    bertuah badan

  • Zabidiha

    Salam Ustaz,

    Boleh Ustaz ceritakan apa yang dirasa dan nampak ketika didalam Kaabah dari pengalaman pertama dan kedua?

    Waalaikumusalam

  • Thalhah_maliki

    subhanallah…org terpilih

  • Raml bin yusof

    Alhamdulillah subhanallah beruntungnya ustaz dapat masuk dalam kaabah tolonglah doakan supaya saya dapat diberi peluang seperti ustaz. Inshaalah pada tahun ini 2012 kami semua dapat menunaikan haji ke Mekah. saya dan isteri,abang, kakak dan abang ipar sekiranya dizinkan allah  doakan kami ustaz agar kami semua  dapat pergi menunaikan haji dengan selamat dan mendapat haji mabrur . Saya pada tahun 2000 telah dapat menunaikan haji kerana  bertugas tapi banyak bersyukur kerana setiap kali apabila saya renung dan bertafakur melihat kaabah bertaburan air mata  saya, begitu jugalah apabila saya sampai dimakam  rasullulah dan setelah hendak meninggalkan madinah betaburan air mata saya seolah olah saya rasa semacam rasullulah menghapiri saya , Alhamdulilah.

    Ustaz adalah  orang kedua yang dalam pengalaman hidup saya yang saya nampak tanda tanda nampak kesenangan diakirat dimana Hajarul Aswad  nampak seterang terangnya dan tidak lagi hitam tapi sudah kemerah merahan  masaalah.

    Dan orang pertama yang saya dengar iaitu seorang ulamak dimana jenazahnya yang dibawa pulang dari Kuala Lumpur ke Kedah pesawat yang membawanya dilindungi awam sehingga kedistinasinya, subhanallah mungkin ustaz tahun siapakah hamba allah itu.  

  • http://www.facebook.com/ali.faizal Ali Faizal

    Bertuahnya Dapat Masuk…. moga saya dan Famili dapat masuk juga.. Amin….

  • Sh. Radziah bt. S. Ali

    Alhamdulillah…tuan guru insan yg terpilih, bangga dan terharu membaca kisah ini, doaka  moga saya dan suami juga Allah sudi terima  sebagai tetamuNya.

  • http://www.facebook.com/people/Jaja-Ramlan/100003103221322 Jaja Ramlan

    entah ada rezeki atau x sy nk ke Mekah..apa lg nk masuk dlm Kaabah.tengok gambar dn dgr cerita pn alhamdulillah..moga2 ada jln untu sy dn keluarga smpai ke tanah suci..insyaallah..

  • mamu

    Ntah2 ustad nie kelentong pa…

    • Madd

      jaga sikit tulisan tu mamu nk komen apa..
      sorang ulama kalau kaki kelentong tu bukan ulama namanya tau..
      kalau mamu org islam ada baiknya minta maaf pd tuan guru semula..

    • Ikram Atm

      busuk hati ko ni.

  • bob malau

    hamba ALLAH. ..yg ikhlas berjuang.

  • andi nur wahyu

    Subhanallah sungguh beruntung , mudah-mudahan saya juga seberuntung Ustaz Haron Din yang diberikesempatan yang baik oleh Allah SWT. mudah-mudahan saya beserta keluarga ku juga mimi dan bapa bisa berangkat ke Makkah al-Mukarramah beribadah haji , umroh mengunjungi tempat-tempat bersejarah islam , berjiarah kemakam para nabi. . mudah-mudahan terkabul keinginanku, . Aamiin ya rabbal ‘alamin: do’ain yaa….minta do’anya :)

  • Siti Nurkhadijah

    Assalamualaikum ustaz. Boleh saya dapatkan email ustaz utk tanya beberapa soalan. Mungkin soalan yg tidak sepatutnya ditanya di tempat umum.

  • Asmaroni Rahman

    ustaz haron din dibenarkan masuk ke dalam kaabah kerana berhasil merawat dengan izin allah penyakit tiada selera makan yang dihadapi oleh jutawan tersebut….. tn guru menggunakan surah al quraisy ayat 1-4… bila mana sampai ayat min ju’ urutkan dileher/ halqum terus ke perut… wallahua’lam

  • hamba Allah

    Ape pun parti ustaz, ttap seorg islam…alhamdulillah betapa seronoknya dpt mlawat baitullah…lebih baik kita berdoa agar dilimpahkan rezeki untuk ke rumah Allah daripada membuat perbuatan mengeji

  • wan

    MashyAllah…hebat

  • yan

    yang membaca pun sudah rasa bahagia, apatah lagi ustaz yang mengalaminya… pengalaman saya menunaikan umrah dulu, pertama kali lihat kaabah dari jauh pun sudah bercucuran air mata syukur dan gembira…

  • Niza

    Insya Allah, bile tiba masanya saya pun nak jejakkan kaki ke sana.. aminn,

  • Murshizi Best

    saya tumpang teruja dengan pengalaman ustaz memasuki kaabah.

  • Khairul Anuar Bin Ramli

    Alhamdulillah…

  • Wan Saidi

    alhamdulilah,sungguh saya rasa bertuah sekiranya saya berada di tempat ustaz namun saya sangat lah miskin disisi Allah,juga masyarakat begitu juga disisi keluarga.Saya tersangat ingin kesana namun siapa lah saya.Tapi saya ucapkan jutaan taniah di atas kesudian ustaz share cerita ini moga dapat lah saya bayang kan biar perkara yang terjadi pada ustaz berada di ruang minda saya juga di tabir penglihatan saya.

  • sKITZO

    Itu je ceritanya? ke tak lengkap cerita ni?

  • Syrayhan Ahmad

    Kalau ulama politik yg bercakap ni…sukar utk dipercayai….

  • mdtahamdnoh@yahoo.com

    masyallah, syokor,,,,, ALLAH IZIN TIADA YANG MEGHALANG