Jingga 13: Bukti video, kapal Israel di Pelabuhan Klang

Posted on the February 20th, 2012 under Politik by admin

NGO mesra PKR, Jingga 13, hari ini membekalkan bukti menunjukkan kapal-kapal yang dimiliki sebuah syarikat yang didakwa dikuasai oleh kerajaan Israel mempunyai akses bebas ke Westport, Pelabuhan Klang.

Mendedahkan dokumen dari Jabatan Kastam, Wesport dan syarikat Zim Integrated Shipping Services Ltd, Jingga 13 berkata kapal, Zim Atlantic, yang berlabuh di Pelabuhan Klang pada 16 Februari lalu datang secara langsung dari pelabuhan Ashdod di Israel.

“Dagangan ini menyumbang kepada ekonomi Israel, dan kami percaya bahawa Malaysia telah menyumbang wang yang digunakan untuk membeli peluru yang membunuh rakyat Palestin,” kata ketua penyelaras Jingga 13 Fariz Musa.

Menurutnya, saham Zim Integrated Shipping Services Ltd turut tersenarai dalam Bursa Tel Aviv.



Beliau turut mendedahkan beberapa dokumen termasuk kebenaran belayar atau ‘sailing clearance’ dan dokumen penerimaan ejen penghantaran yang disahkan Kastam Diraja Malaysia.

Fariz turut menayangkan rakaman video telefon pintar kehadiran dua kapal kargo, Zim USA dan Zim Atlantic di Pelabuhan Klang.

“Zim USA dan Zim Europa belayar terus dari Pelabuhan Ashdod, dipercayai kapal milik Zim turut belayar ke pelabuhan di Sabah dan Sarawak,” katanya.

“Persoalannya, kenapa ada hubungan dagang? Polisi tak jelas. Dasar kerajaan patutnya tidak mewujudkan sebarang hubungan diplomatik. Apakah ini satu pengiktirafan kepada kerajaan haram Israel?” katanya.

Malaysiakini

Related News:

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

  • Masterblade

    seperti yg kite semua tahu,negara malaysia memang tiada langsung diplomatik dgn israel,secara langsung apa2 urusan berkaitan dgn ,politik,sosial,ekonomi, tidak boleh berkejasama dengan malaysia….kapal kargo masuk di peraliran malaysia semua adalah kapal-kapal berdaftar ngan negara2 yg berdiplomatik ngan malaysia…..mustahil kapal tersebut boleh masuk,malah org islam pun tau sendiri sape musuh dia sebenar,kalau ikutkan undang2 tentera da lama kena ambush

  • Masterblade

    aper bukti…..

    • Snipper708

      Buktinya kerajaan Malaysia tolak hudud

  • Taylorscarlettson

    Carilah kt YouTube..Ada buktinya

  • Abdrahmanmr

    Jangan cari alasan lain untuk menghalalkan yang lain, seperti kata TGHH Dato’ President haram mengiktiraf negara Israel yang nyata sebagai haram. 
    Apakah benar seperti yg dikatakan YB Khairy Jamaluddin didalam Harakah Portal Politik Bebas, sebelum tahun 1996 Malaysia tidak boleh berdagang dengan Israel, tetapi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan 1996 pada waktu itu  YB Anwar Ibrahim yang memberi kebenaran itu?.Orang awam seperti saya inginkan jawapan?.

  • ady

    Hububgan dengan Israel dah lama terjalin masyarakat saja yang tak tau,,,,,,dalam telco industri dah lama guna alat2 dari israel,yang mana masyarakat memang tak tau langsung.