Benarkah Manusia Boleh Masuki Alam Jin?

Oleh: Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din

Gambar Hiasan

Banyak perkara ganjil berlaku. Salah satu yang ganjil adalah cerita mengenai manusia yang dilarikan jin masuk ke alamnya dan hilang dari alam manusia. Beberapa ketika kemudian orang berkenaan muncul balik dan memberitahu dilarikan jin. Ada orang kampung saya yang hilang, selepas tujuh hari mencarinya, tiba-tiba dia ditemui di belakang rumahnya. Betulkah cerita-cerita sebegini. Harap Dato’ dapat jelaskan.

SUBHAN JAMAL, Kuala Langat

Jawapan

Saya pun banyak mendengar cerita seperti yang saudara sebutkan itu. Boleh dipercayai atau tidak, jawapan saya boleh.

Cerita sebegitu boleh dipercayai. Tetapi ingin saya berpesan, jangan sesekali kita mempercayainya bulat-bulat tanpa diselidiki sehalus-halusnya.

Dunia kita ini didiami oleh banyak makhluk. Manusia, jin, haiwan, unggas-unggas, ikan dan sebagainya. Apabila kita berkongsi tempat tinggal di dunia ini, maka dengan sendirinya kita akan berinteraksi dengan semua makhluk ini.

Kita akan berjumpa, berkawan, bersapa, bermusuh dan sebagainya.

Syaitan (makhluk halus) wujud. Mereka pada umumnya adalah musuh manusia. Makhluk halus boleh menyerupai manusia dengan pelbagai rupa.

Salah satunya mereka boleh menyerupai manusia seperti yang disabitkan dalam Firman Allah SWT dalam al-Quran (mafhumnya): “Dan (ingatlah) ketika syaitan memperhiaskan kepada mereka perbuatan mereka, serta menghasut mereka dengan berkata: “Pada hari ini tidak ada sesiapa pun dari umat manusia yang dapat mengalahkan kamu, dan sesungguhnya aku (syaitan) adalah pelindung dan penolong kamu……..(hingga akhir ayat).” (Surah al-Anfaal, ayat 48)

Kesimpulan daripada ayat ini menurut ahli tafsir, adalah peristiwa dalam Perang Badar, apabila syaitan yang zahir dalam bentuk manusia, dikenali menyerupai Suraqah bin Malik bin Jukshum.

Suraqah (syaitan tadi) bersama dengan bala tenteranya, kononnya mahu menolong kuffar Makkah ketika itu untuk mengalahlan umat Islam.

Akhirnya apabila bertemu kedua-dua pasukan, Suraqah bersama bala tenteranya, lintang pukang cabut lari dari medan peperangan. Rupa-rupanya Suraqah dan tenteranya, bukan Suraqah sebenar yang dikenali oleh puak Musyrikin, ia adalah jelmaan syaitan.

Jelas daripada ayat ini, menunjukkan syaitan (makhluk halus) boleh berubah menjadi makhluk kasar, dan atas perkara yang sama, makhluk kasar (seperti manusia) boleh berubah menjadi makhluk halus. Manusia boleh hilang pada pandangan mata kasar dan berada dalam alam makhluk halus.

Dalam Kitab Gharaib Wa’ajaaibul Jinn karangan Al-Muhadith al-Qadi Badruddin as-Syubli, di halaman 99 ditulis suatu tajuk ‘Hukum ke atas isteri yang suaminya dilarikan jin’.

Diceritakan di dalam bab tersebut, bahawa pada zaman Umar al-Khattab (r.a.) menjadi khalifah, seorang perempuan mengadu kepada Umar tentang kehilangan suaminya (dilarikan jin). Umar bertanyakan wanita tersebut dan membenarkan dakwaannya.

Umar memberi hukum, perempuan itu terpisah dengan suaminya dan hendaklah ber’idah selama 4 tahun. Sesudah genap ber’idah, dia mendatangi Umar sekali lagi untuk meminta kebenaran berkahwin.

Setelah berkahwin dengan suami yang kedua, suami pertama yang hilang dahulu muncul semula dan mereka bersengketa kerana perempuan itu ada dua orang suami.

Mereka mendatangi Umar semula kerana dialah yang membenarkan perempuan itu berkahwin.

Umar berkata kepada suami pertamanya mengapa kamu menghilang diri begitu lama. Lalu lelaki itu menjawab dengan mengatakan beliau mempunyai alasan yang kuat kerana, dia ditawan oleh jin sepanjang masa dia hilang tersebut. Dia akhirnya dibebaskan.

Umar memberikan pilihan kepada suami yang pertama itu iaitu, sama ada hendak bersama dengan isterinya, dia akan memfasahkan perkahwinan kedua, atau dia menceraikan isterinya kerana ada suami yang kedua dan dia berhak mendapat kembali mahar yang dibayarnya semasa berkahwin dahulu.

Kisah ini dengan sendirinya membenarkan cerita bahawa terdapat manusia yang hilang kerana disembunyikan makhluk halus dan boleh kembali semula.

Namun demikian tidak semua cerita seperti ini benar. Kadang-kadang ada orang yang mengambil kesempatan, dia menghilang diri, bukan disorok jin, tetiba muncul semula dengan dakwaan sedemikian.

Tidak mustahil, orang yang mempunyai masalah dirinya, menghilangkan diri daripada orang ramai dengan pergi ke tempat yang jauh, akhirnya pulang dengan masalah-masalah yang tertentu.

Hal sebegini, kes-kes manusia dihilangkan jin jarang berlaku. Ianya kes terpencil, kita patut berhati-hati.

Wallahua’lam.

(Petikan dari Ruangan bersama Ustaz Dr. Haron Din: Harakah Bil.1340)


40 thoughts on “Benarkah Manusia Boleh Masuki Alam Jin?

  1. saya ingin bertanya pada tuan guru beberapa soalan. kebelakangan ni kita sering mendengar tentang kehilangan seorang perempuan yang berusia 22 tahun di kampung gong nangka, apal, jerteh….soalan saya, betul kah gadis ini di sembunyikan oleh jin?? saya ada di beritahu, gadis ini boleh hilang hanya dalam sekelip mata….setahu saya jin ada dua, iaitu jin islam dan jin kafir…. jin yang manakah menyembunyikan gadis ini??? sudah banyak perubatan bomoh telah dilakukan, tapi hanya sia-sia saja….dan setahu saya, perubatan akhir sekali dilakukan oleh seorang ustaz dengan menggunakan perubatan islam….selepas melakukan perubatan, ia di beri masa 21 hari untuk menentukan keadaan….tetapi perubatan itu hanya mampu bertahan dalam masa 14 hari saja… adakah semua ni sudah tidak ada penawarnya??? adakah sudah tidak ada perubatan lain yang mampu melawan jin tersebut??? kehilangan gadis ini adalah kehilangan yang paling lama….saya ada di beritahu seseorang tentang sebelum kehilangan gadis ini, makhluk yang menyembunyikan gadis ini seolah olah mengumpan orang lain dgn barang-barang yang berharga dan sukar ditemui untuk mengalih perhatian orang ramai yang berada di sekeliling gadis itu….. cara perubatan yang mana lagi boleh mengubat gadis ini??? adakah ini semua ujian yang tuhan bg untuk menguji kesabaran dan ketaqwaan seseorang??? itu sahaja soalan daripada saya…. MOHD HAFIZI…DARI BANDAR JERTEH, TERENGGANU….

  2. kita hanya hamba Allah jadi perkara ini bukan sesuatu perkara baru jadi sebagai umat Islam kita harus sentiasa beringat bahawasanya hidup kita selalu dihantui misteri dan susah nak dibuktikan

  3. apepun perlu diingat….byk org tidak sedar yg kita dikawal oleh syaitan2 yg menunggang sifat hewani & amarah pada jasad kita yg kita ingat selama ini itu adalah bisikan hati diri kita…..peranglah ia dan sucikan rohani diri supaya syaitan2 itu terpisah dari kita….dlm detik2 perpisahan antara diri kita dan syaitan akan berlaku bisikan hati pd diri yg akan menghina dan mengkhitik kebaikan kita dlm proses pengsucian diri..kata2 tersebut mcm kita tp fikirannya sgt berbeza dari fikiran kita…sedarlah bahawa itu adalah syaitan yg mula gagal menguasai diri kita..

  4. apepun perlu diingat….byk org tidak sedar yg kita dikawal oleh syaitan2 yg menunggang sifat hewani & amarah pada jasad kita yg kita ingat selama ini itu adalah bisikan hati diri kita…..peranglah ia dan sucikan rohani diri supaya syaitan2 itu terpisah dari kita….dlm detik2 perpisahan antara diri kita dan syaitan akan berlaku bisikan hati pd diri yg akan menghina dan mengkhitik kebaikan kita dlm proses pengsucian diri..kata2 tersebut mcm kita tp fikirannya sgt berbeza dari fikiran kita…sedarlah bahawa itu adalah syaitan yg mula gagal menguasai diri kita..

  5. yg macam kes Siti Balqis tu ..sah cuma rekaan kan!…setiap hari hilang dilarikan jin kononnya..
    last2 teknologi sms gak yg dpt kesan dia..(polis kesan sms yg Siti hantar tu)..
    ni kategori masalah jiwa..reka kata jin sorok…

  6. Allah Maha Mengetahui…
    Sbg hambaNya kita dirikan apa yang disuruhNya dan Rasulullah.
    Hidupkan sunnhah dalam diri dan famili..
    Semoga kita mendapat keberkatan dunia dan akhirat

  7. assalamualaikum….alam Allah s.w.t ni sgt luas.Alam berlapis alam…bnyak hijab.Kita dah biasa dengar ttg org yg diberi kelebihan oleh Allah s.w.t blh masuk ke “ALAM JIN”…itu pn bukanlah sesuatu yg mudah…ianya perlukan suatu jln keilmuan utk sampai ke peringkat itu dan juga merupakan satu anugerah dr Allah s.w.t kpd hamba pilihannya hasil dr kesungguhan seseorang itu sblm sampai ke peringkat yg paling tinggi iaitu peringkat “KEWALIAN”.

    Tp tak ramai org yg memperkatakan ttg seseorang yg Allah s.w.t anugerahkan kelebihan kpdnya sampai peringkat seseorang yg tinggal di “ALAM ZAHIR”ini tp blh masuk dan keluar”ALAM KEWALIAN”…ianya juga memerlukan satu proses yg panjang utk sampai keperingkat ini dan perlu kesungguhan seseorang itu menempuh susah payah serta siku-liku tertentu yg telah ditetapkan oleh Allah s.w.t…..

    Apakah pendapat Ust….????

    Dr “ORANG LAMA”

  8. SALAM DATO,SAYA ADALAH SEORANG MANUSIA YANG TELAH DIHIDUPKAN SEMULA DGN IZIN ALLAH INGIN BERTANYA, KENAPA DAN MENGAPA SEJAK SAYA DI HIDUPKAN KEMBALI SELALU MENGALAMI BANYAK PERISTIWA PELIK DAN SUKAR UNTUK DITERANGKAN DENGAN KATA -KATA.SAYA TELAH MELALUI SUATU ALAM MISTERI DAN MENEMUI BANYAK PERKARA DAN LALUAN MIMPI YANG NYATA SEPERTI DAPAT MELIHAT ROH DAN KEADAAN HANTU SYAITAN DENGAN NYATA.HINGGAKAN SAYA TELAH KERING HATI UNTUK MERASA TAKUT @facebook-100000572209060:disqus  SERAM .MALAH BOLEH BERKOMUNIKASI JIKA SAYA MAHU DENGAN MEREKA INI .BARU-BARU INI DALAM BULAN RAMDAHAN YG LALU , SAYA SELALU MENGALAMI MIMPI YANG NYATA SEPERTI DAPAT MENAIKI TANGGA DAN MEMBUKA PINTU LANGIT,BERMIMPI MEMEGANG HAJARTUL ASWAD DAN APABILA SAYA MENYENTUH DAN MENCIUMNYA BATU ITU BERCAHAYA DAN MENJADI PUTIH BERSIH .DISAMPING ITU,SAYA BERJALAN DI ANTARA DUA GUNUNG DAN MENEMUI AIR TERJUN YANG KERING KONTANG DAN MENEMUI SATU LUBANG YG BERFUNGSI SEPERTI KUNCI AIR .DAN BILA SAYA MEMASUKKAN TANGAN DIDALAM LUBANG ITU DAN MENARIK SATU BESI ,MAKA MELIMPAHLAH AIR DAN MEMBASAHI SELURUH KAWASAN ITU,SAYA TELAH MENCUBA MEMPRATIKKAN ILMU YANG SAYA MIMPIKAN DENGAN MENAIKI DAN MENDAKI SEBUAH GUNUNG DI SEGAMAT, JOHOR PADA HUJUNG TAHUN LEPAS,DAN MENEMUI KAWASAN AIR YG TAKUNG TENANG DI ATAS GUNUNG ITU,LANTAS SAYA MANGAMBIL AIR WUDUK DAN BERDOA .APABILA SAYA TURUN DARI GUNUNG TERSEBUT DAN MENUJU KEKAWASAN AIR TERJUN YG BERADA DIBAWAHNYA ,TIBA -TIBA GERHANA MATAHARI TELAH BERLAKU SECARA MENGEJUT .KEJADIAN INI DISAKSIKAN OLEH IBU ,ADIK ,KELUARGA DAN ORANG SEKITAR YANG BERADA DI KAWASAN GUNUNG  ITU.DAN BANYAK LAGI PERKARA YANG PELIK YG SUKAR DITERIMA AKAL.DENGAN NAMA ALLAH YANG MENJADIKAN SAYA . SAYA YANG BERAKAL WARAS DAN BERPENDIDIKAN AMAT REDA DENGAN KETENTUAN TAKDIR DAN REDHA ATAS KEJADIAN INI.WALLAHUALAM .MINTA TOLONG JELASKAN PENGERTIAN DAN MAKSUD INI SEMUA.WASALAM.TQ.HAZRITHEGREAT,JOHOR.

    •  ilmu ghaib ada lah anugerah Allah pada manusia yg dipilih,kita kalau bole jgn terlalu percaya dgn kejadian2 ghaib yg berlaku ke atas diri manusia itu,dan kita juga tidak bole menafikan nya,bagi diri saya juga mengalami hal2 yg ghaib2 itu,namun itu belom cukp jln mengenal Allah,sbb klau sudah mengenal Allah yg sebenar2 kenal,kita dh tk bercerita2 lagi tentang alam2 ghaib,alam ghaib ni ada lah salah satu jln menuju Allah,dan kita jgn terlalu taksub dgn kejaian2 aneh itu,teruskan lah berjalan sampai ke Makrifat Nya maaf  klu tersilap kata

      • SAYA BERGURU, DALAM MENGENALI ILMU MENGENAL DIRI DAN MENGENALI ALQURAN KITA WAJIB BERGURU ,KITA HARUS TAHU DAN MEMAHAMI APA YANG KITA BELAJAR ,KENA BERPEGANG TEGUH PADA RUKUN ISLAM DAN RUKUN ISLAM.JGN SEKADAR MENGIKUT……………….

    • assalamualaikum semua saya berasal dari p.mas ..saya juga mempunyai pengalaman berada di alam yg mistri..yg saya sendiri xtahu kenapa saya jadi mcm nie…blh merasa kehadiran makhluk halusb n kadangbkala blh nampak..n krg kala ia datang…dulu saya takut..sudah cuba berubat dengan keadaah darulsyifa..di kota kotabharu..tapi tetap mengalami jugak..buat masa skrg saya berserah pada allah..selagi benda tu x menganggu saya dan keluarga saya…

      • dulu saya hampir jadi gila kerana xtahan dgr macam2 suara…yg entah dari mana dtg…..nampak api membakar yg menjulang tinggi…amat menakutkan…bersyukur kerana jumpa ustaz azmi…kalau s mungkin saya skrg berada di wad sakit mental kerana bercakap dgn benda yg org xnampak..

  9. Assalamualaikum…buat saudara-saudara semua….sebenarnya alam mistik seperti ghaib,hilang ,sihir dan sebagainya…banyak masih di antara kita yang belum faham…alam ghaib ini atau seperti mempunyai kelebihan tertentu telah lama berlaku…bukan HANYA DI ALAM MELAYU….di eropah telah berabad kurun sakti,ghaib,sihir berlaku..sejak zaman firaun lagi..sehinggakan pada abad ke 18 orang eropah terpaksa membuat undang2 bagi boleh mencegah sihir…di alam melayu hanya mengenai mistik ini satu benda kebaruan…tetapi banyak bangsa melayu takut percaya tentang mistik takut digelar “KONO”…sebenarnya orang eropah dan yahudi yang begitu lama telah tahu mengenai rahsia perkara2 mistik seperti jin,ghaib,sihir dan sebagainya…..PERLU DIINGAT PENGAMAL HINDU,BUDDHA DAN BEBERAPA PENGAMAL AGAMA DAN SEBAGAINYA MEREKA JUGA MEMPUNYAI UNSUR KEPERCAYAAN MISTIK YANG BEGITU KUAT…TETAPI AJARAN AL-QURAN SEBENARNYA ADALAH MAHA MENGETAHUI YANG TIDAK DIKETAHUI MANUSIA..SEBAB ITU YAHUDI CUBA MELEKAKAN MASYARAKAT DUNIA SUPAYA MEMPERCAYAI APA YANG MAMPU DIUKUR OLEH SAINS SAHAJA…

    mengenai manusia boleh hilang…sebenanya manusia tersebut masuk ke satu alam kehidupan di dunia ini yang di kongsikan oleh semua makluk ghaib..termasuklah jin dan sebaginya…kita boleh masuk ke alam yang manusia tidak nampak secara panca indera tersebut dengan izin Allah s.w.t dengan cara yang betul..niat..amalan.dan jiwa yang betul kepada Allah s.w.t… sebelum kamu perlu mengetahui alam mistik..banyak perkara mistik sebenarnya manusia tidak ketahui…disekitar kita mempunyai perkongsian tenaga…jika digunakan dengan betul melalui kekuatan otak kita boleh terbang,berjalan di atas air,menghasilkan api…seperti manusia dulu2….percaya tak….contohnya kita mengunakan telefon bercakap dengan orang dari jauh dan berlainan tempat…pernahkah kita nampak tulisan atau suara yang berjalan melalui talian telefon..sudah tentu tidak…penghantaran mesej dan suara hanya melalui kuasa yang tidak mampu dilihat manusia…mistik tidak sebenarnya..cuma manusia masih lemah dan tidak terfikir kearah itu….dalam diri kita ada kuasa..tetapi kita tidak mengamati kuasa tersebut..di dunia pelbagai bentuk alam,pelbagai bentuk tenaga,,pelbagai tahap manusia yang masih tidak mampu dirungkaikan….semoga fikirlah sendiri….YANG PENTING INGAT ALLAH S.W.T…DAN JANGAN KE JALAN YANG SESAT…KAJILAH SEJAUH MANA KITA MAMPU KAJI

    YANG IKLHAS
    M.R
    BSC SAINS SOSIAL

  10. Assalamualaikum…buat saudara-saudara semua….sebenarnya alam mistik seperti ghaib,hilang ,sihir dan sebagainya…banyak masih di antara kita yang belum faham…alam ghaib ini atau seperti mempunyai kelebihan tertentu telah lama berlaku…bukan HANYA DI ALAM MELAYU….di eropah telah berabad kurun sakti,ghaib,sihir berlaku..sejak zaman firaun lagi..sehinggakan pada abad ke 18 orang eropah terpaksa membuat undang2 bagi boleh mencegah sihir…di alam melayu hanya mengenai mistik ini satu benda kebaruan…tetapi banyak bangsa melayu takut percaya tentang mistik takut digelar “KONO”…sebenarnya orang eropah dan yahudi yang begitu lama telah tahu mengenai rahsia perkara2 mistik seperti jin,ghaib,sihir dan sebagainya…..PERLU DIINGAT PENGAMAL HINDU,BUDDHA DAN BEBERAPA PENGAMAL AGAMA DAN SEBAGAINYA MEREKA JUGA MEMPUNYAI UNSUR KEPERCAYAAN MISTIK YANG BEGITU KUAT…TETAPI AJARAN AL-QURAN SEBENARNYA ADALAH MAHA MENGETAHUI YANG TIDAK DIKETAHUI MANUSIA..SEBAB ITU YAHUDI CUBA MELEKAKAN MASYARAKAT DUNIA SUPAYA MEMPERCAYAI APA YANG MAMPU DIUKUR OLEH SAINS SAHAJA…

    mengenai manusia boleh hilang…sebenanya manusia tersebut masuk ke satu alam kehidupan di dunia ini yang di kongsikan oleh semua makluk ghaib..termasuklah jin dan sebaginya…kita boleh masuk ke alam yang manusia tidak nampak secara panca indera tersebut dengan izin Allah s.w.t dengan cara yang betul..niat..amalan.dan jiwa yang betul kepada Allah s.w.t… sebelum kamu perlu mengetahui alam mistik..banyak perkara mistik sebenarnya manusia tidak ketahui…disekitar kita mempunyai perkongsian tenaga…jika digunakan dengan betul melalui kekuatan otak kita boleh terbang,berjalan di atas air,menghasilkan api…seperti manusia dulu2….percaya tak….contohnya kita mengunakan telefon bercakap dengan orang dari jauh dan berlainan tempat…pernahkah kita nampak tulisan atau suara yang berjalan melalui talian telefon..sudah tentu tidak…penghantaran mesej dan suara hanya melalui kuasa yang tidak mampu dilihat manusia…mistik tidak sebenarnya..cuma manusia masih lemah dan tidak terfikir kearah itu….dalam diri kita ada kuasa..tetapi kita tidak mengamati kuasa tersebut..di dunia pelbagai bentuk alam,pelbagai bentuk tenaga,,pelbagai tahap manusia yang masih tidak mampu dirungkaikan….semoga fikirlah sendiri….YANG PENTING INGAT ALLAH S.W.T…DAN JANGAN KE JALAN YANG SESAT…KAJILAH SEJAUH MANA KITA MAMPU KAJI

    YANG IKLHAS
    M.R
    BSC SAINS SOSIAL

  11. kalau jin bole masuk alam manusia,,kenapa manusia tk bole masuk alam jin,bukan kah Allah menciptakan manusia dan makhluk2 halus itu sama kejadian nya.

  12. SESUNGGUHNYA ALLAH ITU MAHA BERKUASA DAN PENYAYANG,….SESUATU MUSIBAH HIDUP YANG MELANDA PADA SAYA BANYAK MENYEBABKAN HIJAB MATA SAYA TERBUKA HINGGA MENGALAMI KEHIDUPAN DUA ALAM DUNIA DAN DAPAT MELIHAT SESUATU YANG DI LUAR DUGAAN TANPA SENGAJA.ASALNYA SAYA ADALAH MANUSIA NORMAL YANG MEMPUNYAI PENDIDIKAN DIPLOMA ,YANG HANYA PERCAYA PADA BENDA YANG WUJUD DAN NYATA SAHAJA DAN BERPEGANG PADA AYAT ALQURAN DAN SUNNAH SAHAJA DAN TIDAK LANGSUNG MEMPERCAYAI BOMOH….,SEHINGGALAH SAYA DI UJI HINGGA CEDERA DAN KOMA HAMPIR SEBULAN….LUMRAH PERMAINAN DUNIAWI MANUSIA,SALING MENGUJI DAN TERUJI,KEMUNGKINAN APABILA KITA DIDALAM MEDAN PERNIAGAAN ,INI ADALAH PERKARA LUMRAH YANG SERING BERLAKU DAN HARUS DITEMPUHI APABILA KITA DIPUNCAK KEJAYAAN HIDUP.MASA DIUJI INILAH BARU TERBUKA HIJAB SAYA HINGGALAH  DAPAT MELIHAT SUATU KEHIDUPAN YG SANGAT BERBEZA YANG BANYAK MENGAJAR SAYA ILMU MENGENAL DIRI DAN HAK SERTA MENDALAMI ALQURAN DAN HADIS..UNTUK MENGALAMI PROSES INI SAYA SELALU BERPEGANG PADA RUKUN IMAN DAN RUKUN ISLAM.PERJALANAN MENGENALI HAK INI  AMAT DALAM DAN HARUS BERPEGANG PADA HAKIKAT ,MAKRIFAT ,SYARIAT DAN TARIKAT.. DARI KEHIDUPAN MODEN HINGGALAH MENGHADAPI KEHIDUPAN DUA ALAM INI ,TERLALU BANYAK PERKARA YANG PELIK DAN AJAIB TELAH BERLAKU HINGGA BANYAK MERUBAH KEADAAN HIDUP SAYA..ZIKIR,DOA DAN TAWAKAL MENJADI AMALAN HIDUP  UNTUK MEMBINA KEKUATAN DALAMAN DIRI.SEBAGAI MANUSIA ,DALAM KAMUS HIDUP SAYA TIDAK PERLU KETAKSUBAN @ TUNTUTAN UNTUK MELIHAT BENDA YANG DILUAR JANGKAUAN  PENGLIHATAN.TETAPI ALLAH LEBIH MENGIZINKAN DAN MAHA MENGETAHUI .KEHIDUPAN YANG PENUH MUSIBAH DAHULU TELAH BANYAK BERLALU, DAN KEHIDUPAN YANG PENUH BERKAH DAN KEBERKATAN MULA DIRASAI KINI. JIKA DAHULU DUIT BANYAK DAN MELIMPAH RUAH PUN TIADA GUNANYA JIKA KEHIDUPAN KITA PENUH DENGAN PENYAKIT YANG DIBUAT SENDIRI(SYURGA DUNIAWI) .KEHIDUPAN MEWAH YANG PENUH DENGAN KEKOSONGAN JIWA…HANYA  GEMBIRA SEKEJAP DENGAN BERTONGKAT NAFSU..TETAPI SETELAH MENEMUI KEHIDUPAN BARU KINI ,BANYAK MERUBAH DAN MEMBERI KETENANGAN DAN BERKAH,JIKA MELIHAT GAMBAR FACEBOOK SAYA ,ITULAH KEHIDUPAN SEKARANG YANG PENUH KEBERKAHAN .ALHAMDULILLAH ALLAH ITU MAHA KAYA DAN MENYAYANGI.SESUATU YANG TERJADI PASTI AKAN ADA IMBALAN DAN ALASANNYA……………………WALLAHUALAM!

    • Cerita kita lebih kurang sama tapi dugaan saya menimpa dari sekolah menengah lagi. Panjang ceritanya. Tapi apa kita umat Islam akan mendapat hidayah Allah.

    • aSLM Tn2. Sy m’jmput Tn b’2 utk m’dgr pdgn2 sy dlm segmen Kisah Seram di BapakkuFM. Rkmn smua pggiln sy ada diupload di youtube.com atau Tn2 blh mngikutinya mlalui wall fb sy…dgn mnaip ‘Mohamed Hidayat’. Jk t’dpt sbrg tgurn, kritikn @ pdgn lain, blh la emel sy di hidayat@live.com.my…T/ksh & wSLM.

  13. sahabat2 yang tdk percaya,silakan membaca laman facebk saya,bknlh tekanan,bknlh gila,sakit…tapi perjuangan yang sgt membosankan menghdpi manusia2 y meragui kebenaran al Quran itu senditi…

  14. Hak tak tahu dok bbaloh dengan hak tahu. Org yg ada pengalaman alam ghaib menceritakan kpd yg tak pernah alami. Punoh jjanang. Dok bbaloh. Dlm buku tak sama dgn realiti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>