1 Malaysia pun komunis?
Dalam keghairahan mencegah dan mengekang demonstrasi Bersih kedua, kerajaan telah membangkitkan tentang ancaman komunisme, ekoran penangkapan sekumpulan aktivis Parti Sosialis Malaysia.
Dalam keghairahan mencegah dan mengekang demonstrasi Bersih kedua, kerajaan telah membangkitkan tentang ancaman komunisme, ekoran penangkapan sekumpulan aktivis Parti Sosialis Malaysia.

Walaupun kurang dibincangkan secara mendalam, selebriti merupakan golongan yang mahu dilibatkan dan dilihat sebagai penyokong oleh pemain-pemain politik.
Dalam permainan simbol yang penting dalam dunia politik, populariti mendapat penilaian sangat penting, dan ini menjadikan tokoh-tokoh dalam dunia budaya popular dan lapangan seni lain penting kepada pemain politik.
Seperti juga endorsement produk melalui iklan, sokongan yang ditunjukkan oleh selebriti atau seniman terhadap kumpulan politik tertentu juga memberi kesan sama.
Budaya popular ialah ruang paling mudah untuk menyampaikan sebarang mesej yang mudah dan ringkas, berbanding ucapan politikus, ceramah agamawan dan pelbagai cara lain.

Wardina Safiyyah Fadhullah Wilmot, pengacara terkenal di TV3 menambahkan lagi senarai selebriti yang menyertai atau menunjukkan sokongan terbuka kepada parti-parti Pakatan Rakyat.
Selepas Bob Lokman, Wardina yang mula popular selepas kemunculan dalam rancangan sitkom Spanar Jaya akan menjadi satu lagi wajah popular yang bakal memeriahkan dunia politik Malaysia.
Parti-parti pembangkang dan Barisan Nasional kini dilihat berlumba-lumba untuk menarik selebriti menyertai parti mereka secara terbuka untuk membina imej popular dan menarik pengundi.
Beberapa tahun lalu, peserta rancangan realiti, Mawi menjadi rebutan Umno dan PAS untuk ditonjolkan sebagai penyokong parti terbabit.

Perhimpunan besar-besaran Bersih pertama pada 2007 telah menjejaskan dengan teruk imej kerajaan Barisan Nasional pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Liputan media dalam dan luar negara yang meluas telah meletakkan kerajaan pada masa itu dalam keadaan defensif, terutama dengan munculnya rakaman-rakaman tindakan keras pihak berkuasa terhadap peserta demonstrasi.
Media antarabangsa dari Australia ke Amerika Syarikat membuat liputan yang memalukan kepada kerajaan Abdullah.
Pada masa yang sama, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilihat sebagai pemimpin gerakan itu menyaksikan peningkatan imej ekoran kejayaan himpunan besar-besaran itu.

Tindakan ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mahu menyertai demonstrasi Bersih pada 9 Julai nanti disekat oleh partinya sendiri apabila Hishamuddin Hussein memberi amaran perhimpunan oleh Pemuda Umno juga bakal berdepan tindakan polis.
Menurut Hishamuddin, sebarang perhimpunan yang tidak mempunyai permit dianggap haram termasuk anjuran Pemuda Umno.
Pihak polis menyatakan tidak akan mengeluarkan sebarang permit untuk perhimpunan pada 9 Julai.
Khairy sebelum ini mengumumkan mahu menggerakkan perhimpunan anti-Bersih kedua dengan tujuan yang dilihat menyokong pendirian gerakan menuntut perubahan dalam sistem pilihan raya itu.

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dipersalahkan ramai pihak dalam parti pemerintah itu akibat kekalahan teruk Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Umum ke-12 pada Mac, 2008.
Khairy dipersalahkan kerana didakwa mempengaruhi Tun Abdullah Ahmad Badawi yang ketika itu menjadi perdana menteri membuat keputusan-keputusan yang menyumbang kepada kekalahan.
Kemunculan pemuda yang juga menantu Abdullah itu dilihat dengan kurang senang oleh banyak pihak dalam Umno, dikaitkan dengan pelbagai tanggapan termasuk mempunyai hubungan sangat baik dengan pihak negara asing.

Ketika demonstrasi Bersih pada 7 Julai memanaskan suhu politik negara ekoran amaran-amaran kepada penganjur, kes kartun diterbitkan Utusan Malaysia meningkatkan lagi pertembungan yang telah sedia hangat.
Esok Pemuda PAS dijadual menyerahkan memorandum kepada Utusan di pejabatnya di Kuala Lumpur menuntut akhbar itu memohon maaf kepada umat Muslim.
PAS menganggap kartun disiarkan akhbar itu semalam sebagai menghina Islam, pandangan yang turut disuarakan Persatuan Ulama Malaysia dalam satu kenyataan semalam.
Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam satu kenyataan dilapor media menyamakan tindakan Utusan Malaysia menyiarkan kartun itu dengan sebuah akhbar Denmark yang mencetuskan kontroversi global ekoran penyiaran karikatur Nabi Muhammad S.A.W. dan kartun lain berkaitan Islam.
Zulkifli Noordin dan Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim dari kumpulan ahli Parlimen dikenali Konsensus Bebas bertindak mewakili suara Barisan Nasional apabila menentang dengan keras demonstrasi Bersih kedua.
Keprihatinan terhadap impak negatif perhimpunan besar seperti dirancang pada awal Julai nanti terlalu mengambil kira senario-senario terburuk dan mewakili sentimen pemerintah semata-mata.
Senario buruk kelihatan terlalu diperbesarkan dan dihalakan semata-mata kepada pembangkang sedangkan banyak pihak lain boleh bertanggungjawab dalam mencetus insiden tidak diingini.
Kebimbangan pihak tertentu, seperti peniaga dan pemandu teksi bukan tidak berasas tetapi tindakan berdemonstrasi tidak dapat dielakkan daripada dijalankan sebagai sebahagian proses demokratik.
<
Lantikan penuh ahli-ahli Jawatankuasa PAS Pusat hari ini menunjukkan lagi haluan “kabinet pilihan raya” parti itu, dengan dua pesuruhjaya negeri diletakkan tokoh yang lebih diterima rakan-rakan Pakatan Rakyat.
Lantikan hari ini ditunggu-tunggu untuk melihat tanda persaingan kem-kem dalam parti itu.
Datuk Dr Hasan Ali yang dinilai sesetengah pihak sebagai tidak sehaluan dengan PR diganti dengan Dr Abd Rani Osman, yang pernah cuba dilantik ke jawatan itu sebelum ini.
Hasan pernah mengkritik jawatankuasa akauntabiliti Selcat dan bertikam lidah dengan exco dari DAP Ronnie Liu dalam kes inisiatif PAS mengawal penjualan arak, menjadikannya tidak popular dalam kalangan kerajaan PR Selangor.
Pelbagai bacaan muncul ekoran kemenangan besar pemimpin-pemimpin yang bukan berpendidikan agama dalam pemilihan PAS dalam muktamar tahun ini.
Banyak pihak melihat perkembangan ini sebagai persediaan PAS untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.
Presiden parti itu sendiri, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyatakan kepimpinan yang baru dipilih ialah “kabinet pilihan raya PAS.”
Hal ini turut diperhatikan oleh pengkaji politik Dr Bridget Welsh dari Sekolah Sains Sosial, Universiti Pengurusan Singapura, yang menyifatkan pemimpin baru dipilih itu sebagai satu “pasukan bekerja.”