Aktivis edar ‘Biskut Telinga Cap Adnan’

Sekumpulan aktivis Himpunan Hijau hari ini mengedarkan biskut dinamakan ‘Biskut Telinga Cap Adnan’ di bandar Bentong sebagai cara untuk mengingatkan warga kawasan tersebut kepada kiasan “potong telinga” oleh Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob.

Aktivis Chen Sit Yong, 56, yang membantu mengedarkan biskut berbentuk telinga itu berkata usaha berkenaan bagi membangkitkan kesedaran warga Bentong mengenai kenyataan Adnan berhubung kebimbangan orang ramai ke atas projek Lynas.

“Kami tidak berpuas hati dengan kenyataan Adnan, yang memperkecilkan kebimbangan rakyat mengenai Lynas,” katanya.

Pengedaran biskut berkenaan diadakan sempena konvoi 200km dari Kuala Lumpur ke Kuantan yang akan berakhir dengan perhimpunan di loji Lynas di Gebeng malam ini.

Chen menambah, pengedaran biskut itu juga bagi memastikan Adnan, yang merupakan seorang ADUN dalam kawasan parlimen Bentong, tewas dalam pilihan raya umum akan datang.

“Kita mahu wujudkan kesedaran, supaya orang tempatan di sini akan membantu agar Adnan benar-benar memotong telinganya (dengan menyebabkan ADUN Umno itu tewas dalam pilihan raya),” kata Chen.

Adnan pada awal bulan ini bahawa beliau hanya berkias ketika menyatakan kesediaannya untuk memotong telinganya jika BN tewas di kawasan Bentong.

Beliau mengulas kenyataannya sebelum itu berhubung keyakinannya bahawa loji Lynas merupakan isu di Kuantan sahaja dan tidak akan menjejaskan peluang BN di Pahang dalam pilihan raya umum akan datang.

Beliau memberi contoh kawasannya di Bentong yang menurutnya tidak boleh dimenangi DAP.

“… DAP tidak boleh menang di Bentong. Tidak boleh menang. Jika DAP menang di Bentong, anda potong teliga saya, saya terjun Sungai Pahang. (DAP) tidak boleh menang,” katanya.

Malaysiakini

7 thoughts on “Aktivis edar ‘Biskut Telinga Cap Adnan’

  1. MasyaAllah, siapa anda berkata demikian? Allah yang menetapkan segala kejadian bukan manusia lemah seperti kita semua. Andakah anda mendahului qada dan qadar Allah? Jangan terlalu sombong dengan harta dunia, ingatlah kisah kisah terdahulu yang menjadi pengajaran kepada kita semua.

    • Sila terang kan maksud anda itu…..itu cuma bahasa sindiran….seperti yang rasul kita juga ada bahasa sindiran nya juga…kepada orang yang tuli telinga nya…

  2. Sindiran tiada pada rasul, hanya kebenaran perkataan sahaja, tetapi jika terleka dengan kelalaian dunia, hukum agama hanya hiasan sahaja, jangan perkataan kita melebihi dari qada dan qadar, kita tidak tahu apa yang akan berlaku esok hari. Tiada rasul atau ulama bersindiran menggunakan perkataan sedemikian, hanya berkias atas kebenaran Islam, bukan kepentingan politik semata.

  3. lain kali jgn merapu bukan bukan, kami rakyat yang malu sbb pilih anda… nanti 1 malaysia kata kami pilih mb yg sengau…. kami bkn apa, anda mb, org atas, jadi jagalah nama kita org pahang…org islam,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>