Adakah sama Saka dengan Qareen?

Soalan:

Saya banyak mendengar perkataan saka yang dirujuk kepada gangguan makhluk harus atas seseorang yang berpunca daripada keturunan seseorang yang mendampinginya sentiasa meminta berbagai permintaan atau mengenakan berbagai keburukan. Adakah ini sama dengan istilah qareen yang pernah Dato’ sentuh dalam jawapan terdahulu. Samakah antara saka dengan qareen? Bagaimana hendak mengatasi hal ini apabila ianya berlaku?

SAMIHAH MANSOR
Batu Gajah

Jawapan dari Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din

Saka adalah suatu istilah yang biasanya digunakan oleh tukang ubat atau bomoh tradisional yang merujuk kepada suatu fenomena gangguan spiritual yang berlaku ke atas manusia kebanyakannya kaum wanita dan ada juga lelaki, yang mengaitkannnya dengan makhluk yang kononnya diamanahkan menjaga seseorang. Bagi tujuan menjaga tersebut maka berbagai-bagai gangguan spiritual berlaku. Gangguan seperti ini dikenali sebagai gangguan makhluk halus.

Saka dikaitkan dengan kononnya ada makhluk yang berdampingan dengan keturunan bapa, ibu, datuk atau nenek seseorang yang menjaga atau bersahabat dengan makhluk ini dan dipesan kepada makhluk tersebut selepas kematiannya untuk menjaga dan mengawal anak cucu mereka.

Hasil daripada itu maka berlaku kawalan, sebenarnya gangguan ke atas orang berkenaan sehingga menimbulkan masalah yang diistilahkan sebagai saka.

Saya tidak dapat menentukan apa sebenarnya saka. Betul atau tidak ia makhluk yang mendampingi manusia dan keturunan mereka diganggu sehingga mendatangkan kemudaratan kepada mereka. Jika benar ianya (makhluk halus) sebagai sahabat, kawan atau dampingan orang-orang terdahulu, maka sepatutnya ia tidak berubah sekadar hanya menjaga dan melindungi anak cucu seseorang, tiba-tiba berlaku sebaliknya sehingga menyakiti dan menganggu sampai menjadi separuh gila atau separuh sedar.

Saya tidak nampak hal ini sebagai saka yang digunakan untuk menjaga dan mengawal seseorang untuk kebaikan. Jika berlaku begini, maka tidaklah menimbulkan masalah walaupun hukum asalnya bersahabat, berbuat baik, berdampingan dengan makhluk halus dilarang oleh syariat Islam.

Banyak ayat-ayat al-Quran yang menggesa manusia menjauhi dan berlindung diri daripada syaitan. Malah manusia wajib menjadikan syaitan sebagai musuh dan sebagainya.

Berbalik kepada seseorang yang diganggu oleh makhluk halus, maka jelas ia adalah musuh kerana ia menyakiti manusia, menganggu manusia dan melakukan perkara yang tidak dingini oleh manusia, ianya memberikan kesan negatif.

Kita mesti menjauhi mereka, benda yang dinamakan saka ini tidak menjadi sesuatu yang baik kepada manusia. Dirawatlah dengan cara-cara yang diharuskan oleh syarak bagi mengelakkan saka ini terus menerus menganggu manusia.

Adapun Qareen adalah istilah al-Quranul karim yang jelas Allah S.W.T menyebut dalam beberapa ayat seperti dalam Surah Qaf (ayat 23), Surah al-Fussilat (ayat 25) dan lain-lain.

Di antara makna-maknanya, Allah menyebut (mafhumnya), “Dan kami tetapkan bagi mereka, teman-teman yang menjadikan mereka memandang bagus apa yang ada di hadapan dan di belakang mereka. Dan tetaplah atas mereka keputusan azab pada umat yang terdahulu dari jin dan manusia. Sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang meragui.”

Istilah teman-teman dalam al-Quran adalah pada asal perkataan Qurana atau kawan-kawan setia. Maksudnya adalah dari suku sakat syaitan atau iblis ini menjadikan manusia sebagai teman mereka.

Firman Allah (mafhumnya), “Dan berkatalah Qareennya, inilah catatan amalan yang tersedia pada sisiku.” (Surah Qaf, ayat 23).

Dan Surah Qaf, ayat 27 bermaksud, “Yang menyertai dia, Qarennya berkata pula,”Wahai Tuhan kami, aku tidak menyesatkannya, tapi dialah yang berada dalam kesesatan yang jauh.”

Ini merujuk kepada perkataan Qareen. Allah S.W.T menyifatkannya sebagai kawan rapat bukan kerana manusia hendak sangat berkawan dengan mereka, tetapi pada pandangan sesetengah ulama, sejak manusia dilahirkan ada makhluk halus yang mendampinginya, mengajak, memandu serta mempengaruhinya melakukan kejahatan. Itulah yang dimaksudkan sebagai Qareen.

Dalam hadis daripada Ibnu Mas’ud r.a, bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w bersabda (maksudnya), “Setiap orang daripada kamu, ada bersama dengannya qareen (syaitan) daripada jin. Sahabat bertanya, apakah Rasulullah juga mempunyai qareen, baginda menjawab, ya, saya pun ada qareen itu, cuma Allah S.W.T membantu saya, dapat mempengaruhi qareen itu sehingga dia telahpun Islam dan dia berdamping dengan saya, dia tidak mendorong saya membuat sesuatu melainkan semuanya untuk kebaikan.” (Riwayat Muslim).

Hadis daripada Ai’shah r.ha berkata,”Suatu ketika Rasulullah s.a.w berada bersama dengan saya, lalu keluar meninggalkan saya kerana ada suatu urusan pada malam hari, tiba-tiba timbul cemburu dalam diri saya, apabila Rasulullah s.a.w kembali menemui saya, baginda mengetahui perasaan saya itu, maka baginda bertanya, apakah gerangan mu wahai Ai’shah? apakah kamu cemburu? Maka saya menjawab, manalah orang seperti saya ini tidak cemburu ke atas mu wahai Rasulullah s.a.w. Maka Nabi menyebut kepada saya, apakah kamu telah dikuasai oleh syaitanmu wahai Ai’shah. Maka saya menjawab, ya Rasulullah, apakah bersama saya ada syaitan? Rasulullah menjawab, ya, malah pada tiap-tiap insan ada syaitannya. Saya bertanya kepada Rasulullah, apakah kamu juga ada syaitan? Jawab baginda, ya, tetapi Allah S.W.T telah membantuku, aku Islamkan dia dan tidak menyuruhku melainkan untuk kebaikan.”

Hadis-hadis sebegini adalah hadis sahih, ia menunjukkan memang berlaku bahawa qareen, ia adalah syaitan, mendampingi semua manusia. Kalau Rasulullah s.a.w pun didampingi oleh qareen ini, inikan pula insan biasa.

Oleh yang demikian, jelas bahawa qareen ini ada pada setiap orang dan bergantung kepada seseorang insan itu, jika ia belum boleh menguasai dirinya dengan kerja-kerja ketaatan sehingga tidak ada ruang untuk melakukan kemaksiatan maka qareen ini seolah-olahnya putus asa untuk mengajaknya melakukan kejahatan, melainkan sekali sekala sahaja.

Adapun orang-orang yang mudah mendedahkan dirinya kepada melakukan perkara yang tidak baik, khasnya melakukan kemaksiatan, maka qareen inilah yang menjadi pendorong utama. Pada pandangan saya qareen adalah makhluk halus yang jahat.

Jika hendak dikatakan saka, hanya sekadar mengatakan ianya wujud ada, maka tidak salah mengatakan kita semuanya ada saka, tetapi saka yang saya maksudkan adalah saya yang sedia ada, bukan kerana dipelihara oleh keturunan, bukan disuruh oleh seseorang melakukannya tetapi kerana tabiat makhluk ini memang sentiasa berusaha menjerumuskan manusia kepada kejahatan. Wallahua’lam.

31 thoughts on “Adakah sama Saka dengan Qareen?

  1. salam, sy ingin bertanya…kebelangan ini apabila bangun dr tido, sy dapati ada kesan biru-kehijauan di peha sy, adakah itu gangguan dr makhluk halus @ jin?

    • biasanya kesan itu akan ada sekiranya saudari mengamalkan tidur selepas asar…ia adalah tanda yang dibuat oleh jin…sebab saudari tidur selepas asar…untuk mengelakkannya…jgn tidur selepas asar…kalau masih teruskan.dikhuatiri jin tersebut akan obses dengan saudari dan masalh yg lebih truk akan timbul…cara ubatnya..baca al-fatihah 7 kali dan hembuskan dalam sebotol air mineral….dan curahkan air tersebut dalam sebaldi air…dan gunakannya untuk mandi….(untuk lebih detail, denga ceramah dari ustaz qazim alias)

  2. assalamualaikum dato’
    adakah makhluk halus boleh menyebabkan kan sampingan pada penyakit zahir?
    atu kecederaan pada anggota zahir?

    • Dari pengalaman sy dan merujuk kepada apa yg pernah sy alami…..sakit zahir (sakit nyata spt. cyst,kanser,tb,dsbnya ) adalah berpunca daripada mahluk halus atau makanan.

  3. sy ada masalah saka ni.. sudah bnyk tmpt pergi berubah.. masih x sembuh.. smpi satu tahap sy hampir putus asa.. bantu la sy…

    • sdr/sdri Feusha, dpd pengalaman yg saya alami sendiri adalah lebih mujarab jika kita sendiri mengubati nya iaitu dengan banyak berzikir, iaitu sentiasa berzikir jngn putus 24 jam. zikir adalah ubat rohani yg paling mustajab. zikir yg paling berkesan zikir di dalam hati. hidupkan hati kita dgn zikir, insyaAllah bkn shj saka itu akan hilang malah makhluk2 jahat sama ada yg zahir mahupun yg batin akan menjauhkan diri dari kita. Wallahu’alam.

    • Amalkan surah As Saffat ayat 1-10 tiap hari. Dan bnykkan solat sunat taubat. Moga Allah memberikan petunjuk untuk anda mengatasnunya.

    • Amalkan surah As Saffat ayat 1-10 tiap hari. Dan bnykkan solat sunat taubat. Moga Allah memberikan petunjuk untuk anda mengatasnunya.

  4. Pingback: Adakah sama Saka dengan Qareen? « My Weblog

  5. Yang berhormat Dato,
    Kemanakah Qareen kita pergi selepas kita meninggal dunia? Adakah mereka juga turut meninggal atau masih tinggal didunia? Jika mereka TIDAK ikut meninggal kemanakan mereka semua ditempatkan? Terima kasih dato.

  6. assalamualaikum admin & YB dato’……
    soalan saya sama dengan abdulmanaf, bolehkah syaitan masuk islam,bukan kah syaitan itu berasal dari keturunan iblis (azazil) yang berkahwin dengan pengikutnya jin betina? saya masih x dapat jawapan lagi. apa itu saka dan apa itu qorin? mungkin saya agak kurang ilmu,mohon admin atau dato dapat perjelaskan, dan saya juga ada mendengar kisah, qorin kepada nabi muhammad yang diislamkan itu, telah menjadi guru mengajar hadis kepada para jin selepas kewafatan nabi. mohon penjelasan dan huraian

    • qorin ni mmg Allah kirimkan kepada setiap manusia sekor qorin. dia kembar kita di alam ghaib . saka ni pendamping dengan keluarga yang bela. dua2 ni makhluk halus. jin boleh msk islam. Rasulullah pernah islamkan jin .

  7. asalammualaikum ustaz..sy ade saolan…bagaimana saya nak terang kan kepada orang yang saya x mengamalkan ilmu sihir ini kerana saya susah lama bersabar dgn fitnah yg di lemparkan kepada saya hampir 17 thn…biras saya dia sakit seperti di rasuk konon nya saya yg sihir nye dan kata nya lagi saya memuja ular…saya dah lama bersabar kerana menghormati nye sebagai kakak..tetapi makin saya diam makin dia ,menjadi2 melempar kan fitnah nya,,,sehingga kan pertalian keluarga saya dgn mentua tidak berapa bagus …..saya ajak bersemuka dia tidak mahu konon nye kalau saya jumpa dia ..dia akan sakit..saya ajak jumpa di rumah dia..dia pun tidak mahu…akhir nye saya ajak dia jumpa dlm masjid pun situasi yg sama….saya minta bapa mentua saya pertemukan kami tapi dia tidak melakkukan nye…saya binggung…tolong lh sy

  8. assalamualaikum Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din,

    saya berusia 29thn, masih lagi belum berkahwin. pada usia saya 23thn, setiap malam saya sering di ganggu, di hempap oleh satu makhluk yg saya tidak nampak. sehingga satu hari saya cuba berinteraksi dgn makhluk itu, saya memegang pen dan kertas dan bertanya kpd makhluk tersebut.

    bersaksikan oleh rakan2, saya tanya” kenapa engkau selalu kacau aku?” tiba2, tangan saya ligat menulis nama saya (Anum) beberapa kali. kemudian saya tanya lagi, “kau berasal dari mana?”. terus “dia” melukis gambar seolah2 bentuk daun keladi. saya bertanya lagi “apa yang kau nak dari aku”, tangan saya makin laju menulis Anum, beberapa kali sehingga “dia” menulis perkataan “MATI……..”. saya terkejut dan terus istigfar. sejak dari hari itu saya merata pergi berubat tp masih sama.

    ketika usia saya 27thn, saya dan keluarga bawa ayah (arwah) saya pergi berubat dgn seorg rakan. saya ada juga bertanya kpd rakan saya, kenapa saya selalu sejuk kaki, mcm ais tp yg pelik sampai lutut shj dan meremang kepala. bila dia baca “laillahaillah” dan sentuh kaki, saya terus menjerit dan tak dapat kawal diri.

    selepas beberapa hari, saja nak hiburkan hati ayah dan emak, saya bawa mereka mandi sungai (ulu langat). keesokkan hari, saya dtg lagi berubat, rakan saya ckp ada org ikut saya (perempuan tua). saya ckp saya tak tahu dan tak kenal dia siapa. lps berubat terus saya balik. Esok bila mandi (air + garam), dalam hati saya baca beberapa kali Al-Fatihah dgn sangat tertib. saya terkejut sebab sgt tertib dan suara saya lain. lebih kurang 2 jam, saya muntah2 kosong sehingga saya letih.

    buat pertama kali dalam hidup, saya nampak makhluk yg menggangu saya selama ini. makhluk tu ckp pada saya, “aku nak engkau, aku tak nak engkau kahwin. engkau milik aku seorg dan aku milik engkau seorg”.

    “perempuan tua” tu ckp, Demi Allah, engkau keluar dari badan bdk ini. pulang pada tempatmu wahai iblis laknatullah. yang lain saya tak ingat.

    saya ceritakan hal ini pada rakan saya dan dia dtg rumah, dia sendiri terkejut saya tak lagi meracau. rakan saya cuba berinteraksi dgn “perempuan tua” itu dan suara saya bertukar.

    memberi salam, dia cakap, dia dari sungai yg saya pergi mandi bersama dgn ayah dan emak. dia beritahu, dia adalah “bunian” dan dia adalah jin Islam, dengan izin Allah S.W.T, kami telah bertemu dan saya dtg hanya membantu. dia ckp lagi, saya telah mengandung anak makhluk itu sbb itu kadang2 perut saya nmpak buncit terutama bila bulan mengambang. dia juga pesan supaya saya jgn tinggalkan solat dan selalulah berzikir pada Allah S.W.T. sebaik2 zikir adalah “lailahaillah, muhammadur rasulullah.”

    sejak hari itu, alhamdulillah, saya sembuh dan kadang2 dpt melihat mcm2 makhluk lain.

    pertanyaan saya,
    1. apakah pendapat dato’ tentang bunian?
    2. bolehkah kita berkawan dan berubat dgn bunian?
    3. apa pendapat dato’ tentang cerita saya?
    4. adakah sama bunian dan qareen?

    saya mohan agar dapat dato’ jelaskan.. terima kasih

  9. Assalamualaikum Dato,,
    saya mpunyai 1 msalah mgenai nenek saya,,
    ceritanya bmula begini,,
    makcik saya baru saja meningal pada awal Ramadhan tahun ini,,
    arwah makcik sy dmandikan di rumah nenek saya,,
    slps itu nenek saya mjadi takut untuk tnggl dirumah diA,,
    untuk duduk dluar rumah smada siang atau mlm,,nenek sya takot,,,
    kami sudah mgajak dia untuk tnggl drumah kami dan anak2 yg lain tp dirumah kami dia ttp takot lebih2 lagi kalau tido seorang diri,,,dia takot teramat sgt,,kalau kami mahu kemana2 kami kena mbawa dia bsama,,dan dia takot klu mendengar berita kmatian,,,

    jadi kami minta pendpat dari Dato bgaimana mahu myelesaikn mslh ini,,
    kami sudah tidak tahu bgaimana mahu myelesaikn maslh ini..
    terima kasih,,

  10. Assalamualaikum…Tuan guru Dato’Dr haron Din……sy rasa soalan sy ni berat sikit nk tanya..tapi sy sedia berkongsi pengalaman dgn Tuan Guru….ketika sy masih kecil sy sering dikaitkan dgn mimpi…aneh seperti ditanam hidup2 di dlm kubur…berterbangan di awang2ngan..terapung di arasy atau langit sambil melihat bintang mcm berada di ruang angkasa…dan sekarang ni alhamdulillah mimpi2 sebegitu jarang berlaku.dan sudah tdk berlaku lagi….dan sekarang kadang2 bermimpi org2 yg dikenali..dan pernah bermimpi perkara yg akan berlaku dan ternyata ianya benar…..dan sy tdk terlepas juga drp mimpi2 buruk yg tdk elok seperti dikejar oleh binatang buas dan berbisa……..dan tdk kurang juga pernah bermimpi dgn ayat2 al-quran…….sy tahu sesetengah pandangan ulamak berkata mimpi kadang2 mainan tidur dan adakalanya membawa maksud…sy mengharap Tuan Guru..memberi sedikit nasihat dan teguran dan bimbingan kpd saya….kerna sy tahu apa jua masalah yg berlaku perlu ada bimbingan drp org yg kita kenal seperti drp ibu dan bapa sy dan sekarang sy mohon jasa baik Tuan Guru…supaya sy dpt membentuk dan mengawal diri sy ini yg lemah ini ke jln yg diredhoi Allah Taala…..
    terima kasih dan wassalam

    • saya pernah mimpi smua mcm yg awak sebut di atas, seperti mimpi di angkasa, terbang bebas di udara umpama burung ke mana tempat yg saya mahu pergi.saya juga memohon Dato’ menjawab persoalan kami.

    • sesiapa yang berhajat untuk menyelesaikan masalah berkaitan denga tajuk di atas dan gangguan makhluk halus, boleh la berhubung dgn saya, insyaallah saya akan cuba bantu

      013-524 3005- Azman

  11. nur…………..saya telah 3 tahun tidak didatangi haid.sebelum saya mendapat penyakit ini saya didatangi mimpi budak kecil dan mimpi2 pelik.selepas itu saya tidak didatangi haid hingga kini.dari ilmu kedoktoran saya sihat.saya juga penah buat niat utk mendapatkan anak melalui seorang perubatan tradisional malahan bayi yg dikandung mengalami gangguan makhluk halus.selepas mendapat mimpi seseorang….org yg saya kenali…………

    • ini semua kerja2 jahat jin yang dilaknat oleh Allah. sdri boleh hubungi saya utk kita cuba atasi masalah ini

      013-524 3005- Azman

  12. assalamualaikum Dato….umur sy 32thn,masa saya umur 18thn sehingga sekarang sy sering mendapat pertunjuk perkara2 yg belum berlaku atau yg sedang berlaku.pertunjuk tu datang kadang2 dari gerak hati kadang2 dari bisikan di telinga.cerita pertama saya pada hari raya aidilfitri yg lepas sy balik ke kampung di johor sampai jam 6pm.lebih kurang setengah jam sy mendengar bisikan menyuruh sy pulang segera ke rumah sy di KLANG,dia memaksa sy pulang,tanpa melengahkan masa sy terus mengikut kehendak dia.bila sampainya sy dirumah adanya 2 org pencuri didalam rumah saya sedang seronok nak menyamun.cerita kedua,saya biasa minum atau makan diluar..perkara ni lebih kurang da 6 kali terjadi,waktu saya makan dikedai tiba2 seluruh telapak tangan sy ni berbau minyak wangi mungkin sejenis minyak atar.padahal sy ni tak pakai minyak wangi jenis itu,tiba2 badan sy terasa bahang,lalu sy pun memanggil pemilik kedai tersebut lalu sy bertanya.makan dan minum disini sedap kenapa abg perlukan benda yg dilarang disisi agama islam????dia tanya kenapa???sy menjawap apa yg ada di dalam laci duit abg maksud sy seperti tangkal???lalu dia mengakuinya.sy pun beri dia nasihat kalau abg tak buang barang tu percaya la cakap saya abg akan dapat berniaga tak lebih dari 2 minggu.yg lebih menghairankan saya Dato kesemua kedai yg saya singgah itu semuanya tutup tak sampai 2 minggu.banyak lagi cerita yg saya da lalui,tapi sampai sekarang saya tak tahu apakah sebenarnya atau siapa yg selama ini yg memberikan pertunjuk tersebut,kalau nk dikatakan makhluk2 jahat sy sering didorong kejalan kebaikan,contohnya pabila sy ingin melakukam perbuatan yg tidak baik bisikan2 itu akan sampai untuk melarang perbuatan sy itu.saya berharap sangat DATO dapat membantu atau huraikan ape sebenarnya bisikan2 itu.saka???qaren???atau ada yg lain??terima kasih banyak2.salam

    • Jin juga ada yang menyuruh kpd kebaikan supaya kita tertipi kerana merasakan bahawa ia bagus utk didampingi, pd hal ia ingin menyesatkan kita supaya mensyirikkan Allah dalam amalan yang sepatutnya kita lakukan kerana Aklah semata2, Bukan kerana anjuran dia. Tipu daya mereka cukup licik. mereka akan menyutuh kita melakukan sesuatu bergantung kepada cara kehidupan kita, kalau kita bermaksiat, dia akan galakkan lebih byk maksiat, begitulah sebaliknya.

      Bagi anda yang mempunyai masalah berikatan dgn gangguan jin, boleh la berhubung dgn saya, insyaallah kita sama2 berusaha menjauhkannya supaya mudah kita melaksanakan kehidupan sbg hamba Allah

      Ikhlas darai azman 013-524 3005

    • Assalamualaikum saudari..kisah saudari..sama dgn kisah saya..saya konfius setiap apa yg berlaku pada saya…macam pelik jerr..

  13. Pingback: Antara Saka Dan Qarin « Ustaz Love Menulis…

  14. salam tuan guru,nama saya haprizam,umur 30,org cakap mimpi mainan tidur,saya selalu mimpi org dtg kepada saya,pada umur 16 saya mimpi ada org pakai jubah datang bersilat dgn saya,selepas tu dtg seorang lg menyuruh saya ambil sesuatu didalm dinding tapi saya tak ambil,tahun lepas saya mimpi dtg lagi seorang yg lengkap pakaian pahlawan melayu membawa quran di sebelah tgn kanan dan menyuruh saya baca ayat empat,saya tak tahu adakah tu empat qul,sewaktu dia dtg awan ikut mcm jadi payung kepada dia,selepas tu saya mimpi lagi ada seorang dtg masuk bilik saya bentang kain,selepas tu duduk melihat saya,tidaj lama kemudian dia ikut tidur,baru,baru ni saya mimpi lagi saya duduk bersama wajah yg mirip kpd tuan guru nik aziz dan tuan guru nik aziz menyuruh seorang lelaki yg saya tak kenali bgtau saya sesuatu dan lelaki tu berkata dia suruh sya buang tulang hitam dlm badan dan menyuruh saya solat,saya terpinga2 apa itu tulang hitam,tuan boleh tak tolong saya ,apa yang mimpi sebenarnya,kalau betul ia mainan tidur takpela.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>