Posted on the May 23rd, 2013 under Pembaca by admin
Gambar hiasan
“Abah, kenapa abah bawak kereta slow sangat?” Tanya Mukhriz kepada bapanya, Zahid Hamidi. Bapanya menoleh ke belakang lantas menjawab, “Kalau awak tak suka, awak boleh keluar dari kereta ni!” Tersentak Mukhriz mendengar jawapan bapanya. “Takdelah nak, abah main-main saja. Lawak” jelas bapanya lagi.
Memang Zahid Hamidi ini kelakar orangnya, suka bergurau senda. Namun dia juga seorang yang cermat dan sangat berhati-hati.
“Tadi Mukhriz tanya kenapa abah bawak kereta slow ye? Ini kerana jalan dekat sini bengkang bengkok, lebih-lebih lagi sekarang dah malam. Silap-silap jatuh gaung nanti”.
Mukhriz terdiam. Kemudian dia bertanya lagi “Kalau laju boleh sampai Kelantan lagi cepat”. “Betul tu nak, tapi kalau nasib tak baik kita sampai Kelantan naik van”. Jawab bapanya. “Van apa abah?” Tanya Mukhriz. “Van jenazah” ujar Zahid selamba…diekori dengan ketawa terbahak-bahak.
Posted on the May 23rd, 2013 under Politik by admin
KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, Datuk Seri Noh Omar tidak perlu untuk menyuruh rakyat yang tidak berpuas hati dengan sistem pilihan raya negara ini “duduk di dalam hutan” kerana sememangnya Malaysia sudah pun seperti berada dalam hutan.
Menurutnya, negara ini sebenarnya sedang ditadbir menggunakan undang-undang rimba, sehingga membenarkan segala penipuan pilihan raya berlaku secara berleluasa.
“Rakyat bukan nak masuk hutan sebab mereka rasa memang duduk dalam hutan dah apabila negara ditadbir guna undang-undang rimba,” katanya kepada Harakahdaily.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Noh yang juga timbalan pengerusi perhubungan BN Selangor semalam yang berkata, individu yang tidak suka dengan sistem pilihan raya negara ini sewajarnya “duduk di dalam hutan”.
Posted on the May 23rd, 2013 under Politik by admin
KDN rampas Harakah di beberapa negeri pagi ini
KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini bertindak merampas akhbar lidah rasmi PAS, Harakah di beberapa buah negeri di seluruh negara.
Antara negeri yang dilaporkan berlaku rampasan itu termasuk Melaka, Negeri Sembilan, Kedah dan Perak.
Menurut Pengurus Pemasaran Harakah, Ahmad Faisal Tawang, pagi ini beliau menerima pangggilan telefon daripada pengedar-pengedar yang memaklumkan pihak KDN menjalankan operasi merampas Harakah.
Katanya, KDN bukan sahaja merampas Harakah di kedai-kedai malah turut menyerbu premis pengedar.
Posted on the May 23rd, 2013 under Politik by admin
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Batu Tian Chua serta aktivis NGO Asal Bukan Umno (ABU) Haris M Ibrahim hari ini ditahan polis dipercayai ada kaitan dengan program himpunan SuaraRakyat505 Sabtu ini.
Pembantu Tian, Rozan Azin Mat Rasip ketika dihubungi Harakahdaily berkata, bosnya itu ditahan di lapangan terbang LCCT tengahari ini sebelum melepasi pemeriksaan keselamatan untuk ke Kelantan.
“20 minit lalu saya menelefonnya dan beliau memaklumkan dibawa ke Balai Polis Jinjang.
“Mungkin ada kaitan sama ada dengan ucapan pada forum 13 Mei di Dewan Himpunan Cina sebelum ini atau himpunan Black505,” katanya.
Tian melalui Twitternya dalam pada itu turut menyebut polis menahannya berhubung siasatan mengikut Akta Hasutan.
Posted on the May 23rd, 2013 under Politik by admin
KOTA BHARU: “Mengapa hendak dikait dengan Arab spring, sedangkan kita ada cara kita sendiri ala Malaysia. Kita boleh nyatakan pandangan kita. Demokrasi yang pincang dan SPR sepatutnya menjawab segala keraguan.
“SPRlah yang mengundangkan hura hara kalau terus mendiamkan diri. SPR bertanggungjawab memberi penjelasan segera bagi memuaskan hati rakyat bagi menutup ruang untuk diadakan protes jalanan,” kata Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din petang tadi.
Ketika ditemui selepas menziarahi Ketua Dewan Ulamak PAS Kelantan, Datuk Mohamed Daud yang diserang strok kali kedua sejak lebih seminggu lalu, katanya mengapa tiada penjelasan sehingga hari ini dakwat yang didakwa kekal tetapi tidak kekal.
Katanya, beliau telah membuat laporan polis bagi membolehkan pasukan keselamatan itu menyiasat kerana disyaki ada sesuatu unsur penipuan yang berlaku.
Posted on the May 23rd, 2013 under Politik by admin
Papan tanda Kampung Serai Wangi yang terletak dekat dengan Puncak Alam
PUNCAK ALAM: 36 keluarga yang mendiami Kampung Serai Wangi dan Desa Pengasih dekat sini bakal kehilangan tempat berteduh apabila mereka diarahkan untuk mengosongkan tanah yang diterokai sejak 20 tahun lalu.
Perintah pengosongan tanah itu akan berakhir tujuh hari sahaja lagi, iaitu pada 28 Mei ini – yang dianggap satu tarikh yang begitu menyedihkan dan mengecewakan bagi mereka.
Biarpun bersedia mengosongkan kampung tersebut, rata-rata penduduk mengharapkan pihak berwajib dapat menyediakan satu penempatan lain bagi mereka meneruskan kelangsungan hidup.
Kampung Serai Wangi adalah kampung tradisi Melayu manakala Desa Pengasih adalah perkampungan yang dibina oleh sebuah NGO untuk menangani orang yang bermasalah termasuk penagihan dadah dan sebagainya.
Posted on the May 22nd, 2013 under Politik by admin
MIRI: PAS Sarawak mempertikaikan kenaikan gaji mendadak pemimpin kerajaan negeri Sarawak sebagaimana yang diluluskan oleh Dewan Undangan Sarawak kelmarin.
Timbalan Pesuruhjaya PAS Sarawak, Jofri Jaraiee dalam kenyataannya berkata, kenaikan itu tidak wajar kerana kehidupan rakyat sarawak sangat dhaif dan di bawah taraf kemiskinan sedangkan pendapatan mereka sangat tinggi.
“Pendapatan ketua menteri dan timbalan ketua menteri serta menteri-menteri yang dilantik sudah cukup mewah daripada kenaikan gaji baru tersebut,” kata Jofri dalam kenyataannya.
Gaji ketua menteri Sarawak, timbalan ketua menteri, menteri-menteri serta wakil rakyat dan mereka yang dilantik dalam kabinet Sarawak meningkat lebih dari tiga kali ganda mula 1 Januari 2012.
Posted on the May 22nd, 2013 under Politik by admin
Kumpulan Kewangan Antarabangsa (IMF) mahu semua negara di dunia melaksanakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (CBP – Goods and Services Tax) dengan alasan supaya sistem pencukaian menjadi seragam di seluruh dunia “to create a more level playing field amongst trading nations.” IMF mendakwa bahawa sistem cukai langsung yang masih diamalkan oleh banyak negara sedang membangun telah digunakan untuk “menyorokkan” dasar perlindungan perdagangan yang mereka amalkan. Ia memberi contoh cukai yang tinggi dikenakan oleh sesetengah negara sedang membangun ke atas otomobil import telah menghalang pertandingan sihat di dalam industri otomobil dunia dan memaksa penduduk sesebuah negara sedang membangun menggunakan kereta keluaran dalam negara sendiri yang bermutu rendah berbanding kereta import dari negara maju. IMF berpendirian bahawa CBP pro-perdagangan bebas dan setiap negara – miskin atau kaya – hendaklah melaksanakannya. Penulis menghidu maksud tersirat dari dasar ini tidak lain ialah untuk mengekalkan penguasaan blok Barat ke atas ekonomi dunia.
IMF sudah menggesa Malaysia supaya segera melaksanakan CBP dan kerajaan sudah bersedia untuk tunduk kepada gesaan itu seawal tahun 2005 lagi.
Ketika membentang Belanjawan 2005, Menteri Kewangan mengumumkan CBP bakal dilaksanakan di Malaysia berkuatkuasa 1 Januari 2007, menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan yang sedia ada. Walau bagaimanapun, berikutan penentangan kuat rakyat, maka pada 22 Februari 2006, kerajaan mengumumkan penangguhan.
Selepas lebih tiga tahun dibekukan, kerajaan menghidupkan semula rancangan untuk melaksanakan CBP bila mana pada Disember 2009, Bil CBP dibentangkan untuk pembacaan kali pertama di parlimen diikuti pembacaan kali kedua pada April 2010. Namun, sehingga sekarang ia belum dilaksanakan, mungkin kerana kerajaan kurang yakin pelaksanaannya akan diterima baik oleh rakyat.
Posted on the May 22nd, 2013 under Politik by admin
KUALA LUMPUR: BN boleh memberikan RM1,200 untuk BR1M setahun kerana mendapat balik daripada cukai barangan dan perkhidmatan (GST), yang akan membebankan setiap keluarga RM5,000 setahun.
Demikian dinyatakan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini.
Katanya, pengumuman Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Seri Idris Jala baru-baru ini bahawa kerajaan pusat akan menjana pendapatan RM27 bilion setahun dengan kadar GST sebanyak 7% membongkarkan satu penipuan besar BN kepada rakyat.
“Cukai GST 7% ini akan menaikkan kadar inflasi tetapi impak paling buruk adalah kepada golongan berpendapatan rendah kerana cukai GST merangkumi semua barangan yang dibeli dan dijual,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Bagan.
Posted on the May 22nd, 2013 under Politik by admin
KUALA LUMPUR: Pelantikan lima senator yang belum mengangkat sumpah sebagi anggota kabinet baru Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sesi 2013 adalah tidak sah dan boleh dicabar.
Pandangan itu dikemukakan Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak yang dipetik Sinar Harian Online.
Mohamed Mustafa berkata, dalam Perlembagaan Negara, melalui Perkara 43, anggota kabinet hanya boleh dipilih mana-mana Majlis Parlimen iaitu Dewan rakyat ataupun Dewan Negara.
Beliau merujuk kepada perlantikan dua menteri dan tiga timbalan menteri iaitu berstatus senator yang belum mengangkat sumpah.